Berikut adalah beberapa gambar (kredit kepada pemunya asal) yang menerangkan dengan sendiri kedahsyatan kesan banjir akhir Disember 2014, di Pekan Kecil Dabong, Kelantan...
EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Dec 31, 2014
Dec 30, 2014
Ribut Di Pulau Pinang
Tup tup, semasa kebanyakan tempat lain di Malaysia mengalami banjir, di sebahagian tempat di Pulau Pinang pula mengalami ribut yang agak teruk:
KEJADIAN POKOK TUMBANG DI KAWASAN BALIK PULAU, BARAT DAYA, P.PINANG. IA BERLAKU SEKITAR JAM 8.30-9 MALAM, 29 DISEMBER 2014. SEBANYAK 9 KEJADIAN POKOK TUMBANG DAN 1 KABEL ELEKTRIK
TERPUTUS DILAPORKAN.
LOKASI POKOK TUMBANG ADALAH JALAN
TUN SARDON (3 KEJADIAN), JALAN SUNGAI PINANG (1 KEJADIAN), JALAN PONDOK
UPEH (2 KEJADIAN), JALAN TITI TERAS (1 KEJADIAN), LINTANG POKOK UPEH (1
KEJADIAN) DAN JALAN SUNGAI PINANG (1 KEJADIAN), DAN KABEL ELEKTRIK
TERPUTUS. DALAM PADA ITU, SEBUAH MOTOKAR ROSAK AKIBAT KEJADIAN INI DI
JALAN TUN
SAADON (PERMANDANGAN INDAH) DAN MENYEBABKAN SEORANG TERCEDERA.
Oleh Rudy
Syareme Sheriffudin dan Mohd Hilmi Mahmud
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Balik Pulau:
Lelaki cedera selepas keretanya dihempap pokok tumbang akibat angin kencang di
Jalan Tun Sardon, di sini, 9.30 malam tadi.
Difahamkan,
angin kencang sekitar Balik Pulau itu berlaku antara 8.30 malam hingga 12
tengah malam tadi, mengakibatkan banyak pokok tumbang.
Malah, Pusat
Khidmat ADUN Telok Bahang dibuka apabila Kampung Sungai Rusa dan Permatang
Pasir adalah antara tempat terjejas teruk sehinggakan atap beberapa rumah
penduduk serta kedai rosak dan tertanggal akibat diterbangkan angin.
Sumber
berkata, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk rawatan
lanjut dan identitinya belum diketahui.
Katanya,
hasil pemeriksaan lanjut antara kawasan yang dikenalpasti mengalami kejadian
pokok tumbang adalah Jalan Tun Sardon, Jalan Sungai Pinang, Japan Pondok Upeh,
Jalan Titi Teras dan Lintang Pokok Upeh manakala kabel elektrik terputus di
Jalan Sungai Pinang.
Artikel ini
disiarkan pada : Selasa, 30 Disember 2014 @ 2:37 AM
Dec 29, 2014
Kesan Banjir 2014 Di Gua Musang, Kelantan
Gambar-gambar berikut, yang diambil sekitar Gua Musang, Kelantan, yang
saya terima daripada pelbagai sumber dalam tempoh 26-28 Disember 2014,
dapat menceritakan pelbagai perkara, dan memberikan pelbagai kesimpulan
dan iktibar kepada kita...
(NOTA: Banyak lagi gambar terdapat di laman azizlaw2.blogspot.com)
(ATAS) Jambatan Setelu, Kg Setar (laluan utama dan satu-satunya jalan penghubung Jeli-Gua Musang) runtuh sepenuhnya. Anggaran awal kos membina semula adalah sekitar RM80 juta.
Gambar yang diambil pada 1 Januari 2015, oleh sepasukan konvoi bantuan kemanusiaan dari Perak, menuju ke Gua Musang, sedang melalui jalan yang terputus (yang sedang dibina sementara)
(NOTA: Banyak lagi gambar terdapat di laman azizlaw2.blogspot.com)
(ATAS) Jambatan Setelu, Kg Setar (laluan utama dan satu-satunya jalan penghubung Jeli-Gua Musang) runtuh sepenuhnya. Anggaran awal kos membina semula adalah sekitar RM80 juta.
Jalan utama, dan satu-satunya jalan penghubung Gua Musang-Cameron Highlands/Simpang Pulai juga runtuh sepenuhnya.
Gambar yang diambil pada 1 Januari 2015, oleh sepasukan konvoi bantuan kemanusiaan dari Perak, menuju ke Gua Musang, sedang melalui jalan yang terputus (yang sedang dibina sementara)
Dec 25, 2014
Banjir Terburuk Di Bandar Lama Gua Musang Dan Sekitar
Diantara tempoh jumaat 20 Dis sehingga khamis 25 Disember 2014, sebahagian besar kawasan pekan lama dan sekitarnya, dan di sebahagian bandar baru Gua Musang, Kelantan telah ditenggelamai air banjir yang amat serius (bersama kelodak pekat airnya dan deras arusnya). Ini gambar-gambar saya dirakamkan oleh ahli keluarga saya dan rakan-rakan. Seingatan saya, ini adalah diantara banjir terburuk yang melanda bandar Gua Musang
Cucu ku...
Pada jam 5.50 pagi, 18 Disember 2014 (bersamaan 25 Safar 1436), lahirlah
seorang insan lelaki, merangkap cucu saya, yang dinamakan Firas Ammar.
Dia anak kepada pasangan anak lelaki saya, Mustaqem, dan menantu saya,
Nur Afiqah. Alhamdulillah, cucu saya ni sihat dan cukup sifat. Saya
doakan semoga dia menjadi anak yang soleh, bagus sifat dan sikapnya dan
berjaya cemerlang dalam kehidupannya. Aamiin...
CATATAN:
Pada jam 5.15 pagi, rabu 24 Disember 2014, saya bertolak dari rumah di VSK, Batu Uban, Pulau Pinang, menuju ke arah Kuala Lumpur. Singgah solat di R&R Gunong Semanggol, dan meneruskan perjalanan dan makan pagi di Tapah. Seterusnya ke UKM Bangi untuk urusan rasmi. Kemudian bertolak ke Semenyih untuk menziarah cucu saya ini... Sekitar jam 4.15 petang, saya bertolak balik ke Pulau Pinang, dan sampai ke destinasi jam 11.10 malam. Alhamdulillah saya beupaya, dan selamat dalam perjalanan harian ini, yang hitungannya pergi-balik adalah 808 kilometer....
Gambar diambil pada 31 Disember 2014
Gambar diambil pada 11 Januari 2015
Gambar di bawah, dirakam pada 1 Februari 2015
Dec 15, 2014
Majlis Kenduri Perkahwinan Di Perlis
Pada 13 Disember 2014, saya menghadiri majlis kenduri perkahwinan bekas pelajar saya di HBP, USM, iaitu Nur Ahmad Jazlan Mohamad, dengan pasanganya, Nabila, di Batu 1, Jalan Ngulang, Kangar, Perlis. Ramai sungguh saudara mara yang datang...walaupun masa saya sampai dah pun jam 4.30 petang...
Subscribe to:
Posts (Atom)