May 18, 2011

Kek Labu

Sebiji labu (yang sederhana saiznya)(basuh bersih dan potong bahagian atasnya seperti gambar di bawah, dan buang bijinya)

Bahan-bahan:
1 keping manisan tar/kabung/gula melaka
1 cawan gula
Sesuku sudu kecil garam
1 helai daun pandan
2 sudu besar agar-agar tepung (powder)
1 gelas air
1 biji telor ayam (hancurkan)(selepas dibuang kulit la weyyy..)(NOTA: Nak ingatkan--kalau ambil telor, basuh dahulu telor tu sebelum dipecahkan, sebab telor disaluti najis...)

Caranya:
Masak semua bahan sehingga hancur semuanya, dan menjadi pekat.
Kemudian masukkan kesemua bahan tadi (kecuali daun pandan) ke dalam labu, dan tutup bahagian atasnya.
Masukkan labu ke dalam kukusan, dan kukus sehingga labu masak (tetapi awas, jangan terlebih masak sebab ia akan "terkulai" dan hancur... labu..ooo...labu....)
Sejukkan, dan bolehlah dihidangkan (jangan hidang jer dan pakat-pakat tengok dengan air liur meleleh....makan la...)


Tanda Isyarat Lalulintas 1

Apa pandangan dan "pembacaan" anda apabila anda sedang memandu melintasi kawasan ini?


May 17, 2011

Berkongsi Ilmu 12: Kursus Tatatertib USM, Kota Bharu

Bersama penjawat pelbagai peringkat dan pelbagai organisasi dalam Ceramah/Bengkel Pengurusan Tatatertib yang diadakan di Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian, Kelantan pada 9-10 Mei 2011

Bersama mereka...Memberikan penerangan/penjelasan semasa "sumbangsaran (brainstorming)"


Sesi penyampaian oleh peserta bengkel

Saling berkongsi pandangan dalam sesi tugas kumpulan

Dah "letih otak..." la kuit... Senggangkan fikiran...

Telor Goreng Harum dan Rangup

Bahan-bahan:
Sebiji telor ayam (telor itik atau angsa pun boleh..telor burung unta pun boleh)(telor penyu? Tk boleh!)
Satu biji bawang besar (mayam halus dan masukkan ke dalam telor)(telor yang dah dipecahkan dan diletak di dalam mangkuk)
Sedikit garam
Sedikit gula
Gaulkan/bancuh rata-rata
Boleh ditambah cili padi/cili besar kalau suka

Caranya:
Panaskan kuali, masukkan sekitar 4 sudu besar minyak. Biarkan betul-betul panas, dan masukkan bancuhan telor tadi. Kecilkan api, dan biarkan hingga agak garing, dan terbalikan telor, dan goreng yang sebelah lagi. Hidangkan panas-panas, makan dengan nasi panas, dan lauk, sayur panas, dan pergi makan tengah panas (ops, maap la yer.. dah melalut la pulaak..)

Ni la ruper nyer...


Cicah Air Asam

Bahan-bahan:
1 biji bawang besar (dipotong sedang)
Sepotong kecil belacan (dibakar separuh garing)
Sebiji limau nipis (ambil kulitnya, ops, silap, ambil airnya)(Boleh juga digunakan limau kasturi, atau limau kerat lintang. Tapi limau tambun, limau sunkist, limau purut tak leh la wey...)
2 sudu kelapa goreng (lumatkan)
Sesudu kecil garam
Sedikit serbuk perasa (kalau suka)
Dua ulas bawang merah (dibakar sehingga wangi baunya)(kemudian lumatkan)
10 biji cili padi (campuran yang warna merah dan hijau)(tumbuk lumat)
Sebiji tomato merah/kuning (dipotong kiub atau panjang, atau bulat)

Caranya:
Gaulkan semua bahan tadi, masukkan ke dalam mangkuk (mannnggkuk, bukan geeelasss, tau!), dan hidangkan. Sesuai untuk pencicah perut rebus atau ikan/pari bakar.

Ini la gambarnyer...

SELAMAT HARI GURU, cikgu...

Pada jam 6.42 pagi kelmarin (16 Mei 2011), saya menerima sms berikut:

"Salam PM..dsini sya nk mgucapkn selamat hari guru..trma kasih tak trhingga krana mgjar sya smnjak 1st year dan mylia sya dlm mnyiapkn tesis..jasa baik PM tdk akan sya lupakn hgga akhir hayat..trma kasih skli lgi"

(NOTA: "PM" tu bermaksud Profesor Madya")

Saya termenung sekejap selepas membaca sms tersebut, dan menjawabnya seperti berikut pada jam 6.47 pagi,

"Salam, Ridhwan. tqvm atas doa tu. Apapun Ridhwan pun seorng pelajar dan anak yg baik. Smga kita mndpt prlindungnNya"

Terfikir sejenak kaitannya dengan satu hari yang dinamakan "HARI GURU" dimana disambut dengan meriah dan terdapat 2 ucapan penting bagi meraikannya, iaitu oleh Perdana Manteri dan Menteri Pelajaran. Adakah "HARI GURU" ini hanya untuk "GURU" seperti takrif "GURU" ("teacher") di "institusi pendidikan" di dalam seksyen 2 Akta Pelajaran 1996 sahaja? :

“teacher” means a person who—
(a) teaches pupils in an educational institution; or
(b) prepares or issues lessons or corrects returned answers in, for or through a distance education centre,
and includes a head teacher or principal;

Dan, ia termasuk jugakah "GURU" di institusi pengajian tinggi seperti ditakrifkan oleh Perkara 2, Jadual Pertama, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971?, iaitu,

"Teacher" means a person appointed to be a teacher by the Board in accordance with this Constitution, and includes a senior professor, professor, associate professor, fellow, assistant professor, reader, senior lecturer, lecturer, assistant lecturer, language and matriculation teacher, and tutor;

Tetapi, tidak pula termasuk "PENSYARAH" di Universiti teknologi Mara? Ini kerana seksyen 2 Akta Universiti Teknologi Mara 1976 tidak menyebut "GURU", tetapi "STAF",

“staff” means—
(a) any officer or servant of the Universiti;
(b) any person appointed to be a lecturer by the Board, and includes a senior professor, professor, associate professor, assistant professor, reader, senior lecturer, assistant lecturer, and tutor; or
(c) any person employed by the Board;


Bagaimana pula "GURU" yang mengajar GURU di Institut Pendidikan Guru? Atau "GURU" yang mengajar pegawai kerajaan/badan berkanun di institusi tertentu, misalya, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)? atau lain-lain badan?

Namun, daripada ucapan nyata (dan tersirat) dua orang kuat negara, nampaknya ia merujuk kepada "GURU" yang disebutkan di dalam Akta Pelajaran 1996 sahaja.

Eh, saya menwujudkan polemik la pulak... Emm, cuma untuk percambahan fikiran, dan "mengusik" pihak-pihak tertentu supaya "berfikir sejenak"

Apapun, setiap kita adalah guru, dan setiap kita adalah murid. Kita mesti setiap masa mengajar, dan belajar, dan belajar juga untuk mengajar, he he he...

Niat Jahat, Buruk Sangka

Niat jahat atau buruk sangka adalah suatu persepsi yang wujud dalam fikiran seseorang terhadap orang lain (berkaitan sifat, perangai, perbuatan, rupa, tindakan dan seumpamanya).

 
"Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja, sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun  berguna untuk mencapai kebenaran".  YUNUS, 10:36
وَمَا يَتَّبِعُ اَكْثَرُهُمْ اِلاَّ ظَنًّا اِنَّ الظَّنَّ لاَ يُغْنِى مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا


49:12
 
"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu menggunjing atau memfitnah sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang". (Al Hujarat : 12)

Ya Allah...
Jauhilah kami daripada sifat buruk sangka
Jauhilah juga daripada dilihatkan kami sebagai berburuk sangka
Jauhilah juga kami daripada diburuk sangkakan oleh pihak lain
Berikanlah kami baik sangka, dibaik sangka, dan sentiasa dilihat berbaik sangka
Aamiin..ya Rabbal Aalamiin...