"Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja, sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran". YUNUS, 10:36
وَمَا يَتَّبِعُ اَكْثَرُهُمْ اِلاَّ ظَنًّا اِنَّ الظَّنَّ لاَ يُغْنِى مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا
"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu menggunjing atau memfitnah sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang". (Al Hujarat : 12)
Ya Allah...
Jauhilah kami daripada sifat buruk sangka
Jauhilah juga daripada dilihatkan kami sebagai berburuk sangka
Jauhilah juga kami daripada diburuk sangkakan oleh pihak lain
Berikanlah kami baik sangka, dibaik sangka, dan sentiasa dilihat berbaik sangka
Aamiin..ya Rabbal Aalamiin...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.