Baru-baru ni saya singah makan di sebuah restoran sebuah hotel di Utara Semenanjung Malaysia. Ada masakan asam pedas ikan yu... Nampak sedap juga.. Namun bila dihirup kuah bersama sedikit ikan tu, rasa hancingnya amat menusuk hidung...!
Kenapa jadi begitu?
Mungkin ikan lama, dan sudah busuk?
Atau, mungkin tak disediakan dengan betul. Sepatutnya, sebelum disiangkan, ikan tadi dibersihkan betul-betul, iaitu bahagian kulitnya diberus dengan berus (bukan kerus besi untuk berus periuk, tau) agar lendirnya keluar. Kemudian, selepas dipotong, ikan tadi direndam sekitar setengah jam di dalam air asam jawa. Seeloknya, selepas itu dibakar sekejap dan berbau harumnya. Kemudian barulah boleh kalau nak buat masak asam pedas, masak lemak daun kaduk, masak lemak daun kesum dan lain-lain.
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.