Jul 7, 2011

Mentadak

Semasa saya nak ambil gambar buah bendi (di kebun mini di sisi rumah saya) yang panjaaaang saiznya (bijinya diberikan kepada saya oleh seorang Aci tukang sapu yang tua tapi rajin, ramah, di pejabat saya di USM), saya tertarik dengan adegan mentadak Mantis, atau praying mantis) ni, yang tak bergerak-gerak walaupun saya ambil gambarnya dari jarak amat dekat dengannya. Namun, tak lama kemudian, dia menyentap ngap seekor lebah, dan menyiat-nyiat tubuh lebah tersebut sambil memakannya. Ganas juga mentadak ni yer....


Mengikut Wikipedia (2011), Mentadak, mentadu, cengkadak atau cengkadu ialah sejenis serangga dalam susunan Mantodea. Kebanyakannya berada dalam famili Mantidae. Sebagaimana serangga lain, mentadak mempunyai tiga segmen badan, dengan kepala, toraks, dan badan (abdomen). Mentadak betina mempunyai serkus yang besar dan kuat. Segmen pertama dari tiga, protoraks, adalah memanjang dan darinya terdapat kaki hadapan yang diubah suai

Ada juga orang memanggilnya "Sudu Senu".

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.