Jul 21, 2011

Nasi Dagang

Ada peminat minta saya muatkan cara nak buat nasi dagang. Saya suka nasi dagang yang dibuat oleh ibu saya, iaitu menggunakan beras pulut putih (kalau boleh, pulut susu, yang bijinya besar dan lebih putih dan lebih wangi berbanding beras pulut biasa)

Berasnya:
1 cawan beras pulut
1 atau 2 cawan beras biasa (beras lembut lagi elok)
Kedua-dua jenis beras tadi dicampurkan, basuh bersih dan rendam selama sekitar 1 jam, dan toskan

Bahan-bahan:
1 cawan santan
1 sudu besar halba
1 batang serai
1 sudu gula
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sm halia
1 sudu kecil garam
Semua bahan di atas dikisar halus. Kemudiannya ditapis. Selepas itu dimasak sehingga sebati (sekali mendidih).

Caranya:
Beras tadi dicampurkan dengan semua bahan di atas. Kemudiannya bolehlah dikukus, atau dimasak dalam periuk seperti memasak nasi (lagi mudah, kan?)(saya buat cara ni jer)
Tunggu sehingga beras masak
Kemudian..., tunggu apa lagi???? Ops, tunggu lauk la kan? Cari jer gulai ikan tongkol atau kari ayam....
Boleh juga dimakan dengan sambal kelapa goreng dan acar campur, sebagai penambah lagi selera.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.