Hari ini awal pagi selepas solat subuh, (ops, sebelum tu bersahur)(hari nie, hari kedua berpuasa ramadhan), saya terus memandu sejauh lebih 320 km. Cuma sekali singgah untuk "melepaskan hajat". Kenderaan tak begitu banyak di jalan Cameron Highlands dan di lebuhraya Utara-Selatan. Tiba di rumah di Pulau Pinang jam 10.20 pagi, dan terus memasukkan makanan (lauk dan buahan ke dalam peti sejuk)... Terjeling beberapa jenis buahan dan air minuman...Aduuuiiisss, "cemburu" nyer. Rasa tercabar sangat nak berbuka (minum ais tu banyak banyak, dan makan buah-buahan nan sejuuuk tu...). Tapi tak tergamak la pulak... pertama saya memandu cuma sekitar 4 jam sahaja, dan kedua, "malas" nak qada puasa...he he...
Kenapa yer, kebanyakan kita akan memegang amanah sedemikian (berpuasa) walaupun tiada orang yang melihat jika kita "berbuka awal?"
Kerana sifat amanah kita?
Kerana malas nak qada?
Kerana masih sayangkan agama?
Kerana dalam diri kita masih ada sifat takut kepadaNya?
Kerana cintakasih kita kepada satu amalan yang muncul cuma sebulan dalam setahun?
Apapun,
YA ALLAH
AKU MEMOHON PERLINDUNGAN MU
KEPADA SEMUA ORANG YANG KU SAYANGI
SEMOGA KAMI SEMUA BERADA DALAM PERLINDUNGAN TERBAIKMU
DAN DAPAT MENYUDAHKAN IBADAT PUASA INI
DALAM KEADAAN YANG DIPERMUDAHKAN OLEHMU
DAN AMALAN YANG BERKUALITI YANG DITERIMAMU
KERANA..
KAMI TAK TAHU
APAKAN IBADAT PUASA TAHUN INI ADALAH IBADAT PUASA YANG TERAKHIR KAMI
SEBELUM KAMI DIPANGGIL PULANG
OLEHMU...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.