Aug 27, 2011

Lawatan ke Phuket, Thailand

Pertengahan tahun 1998, saya mengetuai satu rombongan kecil lawatan rasmi ke selatan Thailand, termasuk Phuket.

Antara produk yang di war-warkan adalah alam semulajadi

Elemen estetika dan "kejadian" juga ditawarkan sebagai destinasi pelancongan, misalnya Pulau Kecil Ko Tapu (Pulau Siput), yang kemudiannya diwar-warkan sebagai "Pulau James Bond" (hanya kerana ada slot adegan filem James Bond 007 bagi filem, "The Man With the Golden Gun", membuat pergambaran di sini dalam tahun 1974. Mereka kembangkan pula produk pelancongan dengan jualan barang karang dan kraftangan karang.




Yang menarik adalah perkampungan orang Islam di pulau kecil Panji (Ko Panji) yang rata-rata asal usul penduduknya adalah yang berhijrah daripada kepulauan Jawa Indonesia. Kebanyakan rumah dan destinasi pelancong (seperti kedai jualan kraftangan dan restoran) adalah di atas air. Di sini juga terdapat sekolah dan masjid

 

 Saya mewakili organisasi saya menyampaikan derma (wang) untuk Masjid Pulau Panji

 


Berikut pula produk-produk pelancongan yang "dipasarkan" kepada pelancong:







 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.