... ... ...
Melakukan Pembunuhan
“Hei manusia, aku lihat banyak makhluk sedang membantumu. Mengusap-usap kepalamu, menggambar banyak cerita indah untukmu! Awas! Mereka membantu memusnahkan dirimu, fikiranmu!”
Oh sayang sekali. Dia tidak faham suaraku. Kesian dia. Dia sedang melakukan pembunuhan. Dia sedang membunuh akal bistarinya. Dia sedang membunuh kesihatannya. Dia sedang membunuh masa depan dan usianya. Dia sedang membunuh agama yang dianutinya. Dia sedang membunuh pendapatan hariannya.
Ya…dia sedang membunuh segala-galanya sendiriannya, tapi dibantu. Dibantu ke arah membunuh sendirian, tapi semua, segala. Dia sedang membunuh dirinya, tanpa dicabut nyawa. Dan makhluk-makhluk di sekelilingnya itu sedang membantu mencapainya. Oh malang sungguh. Oh bodoh sungguh kamu hai manusia!
“Hei makhluk durjana, hina dina, terlaknat. Kenapa kamu tiada sifat kasihan?”
“Oh, ini urusanku seperti arahan bosku. Lagi pun bukan salah kami. Ibu bapanya dahulu semasa proses menjadikannya pun tidak menyebut nama Tuhan. Dan tidak mendoakan kebaikan. Serta memohon dijauhi dari kami.”
“Kami juga lihat makan minumnya tidak dijaga sumbernya. Pendapatan yang dihalal dan diharam Tuhan baginya sama sahaja. Benda yang dihalal dan diharam Tuhan baginya sama sahaja.”
“Sama-sama dilahapnya. Tapi suruhan Tuhan tidak satu pun diakurnya. Jadi, kami pun amat mudah bertapak dan berkawan dengannya. Lagikan Barsis kami boleh kuasai. Hei kamu, siapa lebih laknat? Lebih hina? Kami atau dia ini?”
Aku mengelukan lidah. Jawapannya benar.
Hok…hook…hook! Ah, itu dia musuhku telah datang! Baik aku meninggalkan lorong ini segera. Nanti digigitnya pula ekorku.
Meeoww, (cepuh…cepuh…cepuh).
Di atas adalah sedutan daripada cerpen Abdul Aziz Hussin (1995) Saratnya Lorong Sunyi. Mingguan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.