Namun dalam perspektif lain, perkataan "mencuri" ada juga digunakan, misalnya,
Mencuri dengar
Mencuri pandang
Curi tulang
Makan curi-curi
Mencuri tumpuan
Curi pekerja
Mencuri hatinya (cewaaah...)
Mencuri masa kerja
Rakaman curi
Nampaknya dalam konteks di atas, "mencuri" tidak semestinya dalam konotasi negatif, sebab ada juga yang bermaksud positif. Namun kebanyakannya bolehlah dikatakan ia berada dalam kelompok negatif
Ada juga nama orang yang ada perkataan "curi", misalnya Renato Curi, Érika Curi, Cascadas de Juan Curi, George Curi, dan lain-lain.
Daripada perspektif undang-undang jenayah di Malaysia, takrifan "mencuri" ada diberikan di bawah seksyen
378 Kanun Keseksaan,
Barangsiapa, dengan niat untuk mengambil secara salah apa-apa harta alih keluar daripada milikan mana-mana orang tanpa kebenaran orang berkenaan, menggerakkan/mengalihkan harta itu dengan tujuan mengambilnya, adalah dikatakan melakukan pencurian.
Hukuman terhadap pencuri yang didapati bersalah dan disabitkan dengan mencuri, ada dinyatakan di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan
Barangsiapa melakukan pencurian hendaklah dihukum penjara sehingga tujuh tahun, atau didenda, atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedia dan berikutnya hendaklah dihukum penjara dan hendaklah didenda atau disebat.
Dalam kes Ibrahim[1] apabila A dituduh mengambil kacang dari sebatang pokok yang berada di atas tanah kerajaan tanpa kebenaran. Mahkamah menyatakan bahawa benda yang diambil itu terlalu kecil nilainya dan dengan itu A boleh di lepaskan (dengan memberinya peluang membela diri dengan menggunakan seksyen 95 Kanun Keseksaan (
[1] (1940) A.T.R. Mada 760.
[2] Iaitu sama peruntukannya dengan seksyen 95, Kanun Keseksaan, Malaysia
Seksyen 95. Perbuatan yang menyebabkan kerosakan kecil
Tiadalah menjadi kesalahan oleh sebab yang menyebabkan atau yang dimaksudkan menyebabkan atau yang mengetahui mungkin menyebabkan sesuatu kerosakan, jika sekiranya kerosakan itu terlalu kecil hingga seseorang yang berakal dan berperangai biasa, tindakan akan mengadu tentang kerosakkan yang seperti itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.