Aug 26, 2011

Kenangan lalu...

Ini gambar saya dan rakan se tingkatan dalam tahun 1973, bersama guru tingkatan (Cikgu Arif, Indonesia), iaitu Tingkatan 5 Kejuruteraan, Sekolah Menengah Teknik (masa tu dikenali sebagai "TI"), Kuantan, Pahang. Saya berdiri di belakang sekali yang kedua di sebelah kanan. Pelbagai cerita suka duka (tetapi lebih banyak yang duka...) semasa belajar di sini...Maklumlah saya daripada keluarga daif, tinggal di pedalaman, dan pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah berasrama penuh, serta berbadan kecil...



Jika terdapat pembaca yang mengenali saya dan masih ingat lagi, mohon hubungi saya. Setakat ini hanya saudara Dahuri Mahamud (kini di KPDNKK) yang masih saling berhubung.

Namun saya perlu mengakui hakikat bahawa dalam perjalanan hidup saya yang lepas, saya banyak bersendirian... SENDIRI...

Banyak kali juga saya perlu musafir ke tempat orang, demi mencari ilmu dan kehidupan (rezeki) yang lebih baik... menjadi ANAK DAGANG...


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.