Dari tahun 1979-1983, saya menuntut bidang undang-undang di Universiti Malaya. Salah seorang rakan sekuliah saya bernama Zainudin Embong. Dia anak kepada Y.B. Dato' Embong Yahya (allahyarham, yang pada masa itu adalah Timbalan Menteri Penerangan, Malaysia). Pada Hari Raya Puasa tahun 1981, saya dan beberapa rakan sekuliah memilih untuk berhari raya di Kuala Lumpur (lagipun saya kekurangan wang untuk tambang balik kampung). Pada Hari Raya Puasa tersebut, Kamarudin menjemput kami berhari raya di rumah keluarganya di Petaling Jaya. Apa yang saya masih terkenang sehingga kini adalah keramahan Y.B Dato' dan Datin, rumahnya yang betul-betul "simple" dan mereka tinggal di perumahan dan kejiranan yang "biasa-biasa" sahaja (tidak di perumahan elit). Saya percaya keluarga ini "tidak kaya harta", tetapi saya amat percaya mereka "kaya budi, amanah dan pegangan agama". Semoga Allah SWT mencucuri rahmatNya dan sentiasa dalam perlindungan terbaik daripadaNya, kepada mereka sekeluarga. Mereka benar-benar saya kagumi...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.