Memandu pagi ini agak berlainan daripada hari-hari minggu yang lain. Simpang jalan utama Batu Uban/Sungai Dua/Jalan Sultan Azlan Shah agak sunyi, dan kebetulan semasa saya tiba di simpang tersebut, lampu isyarat baru menyala hijau. Alhamdulillah... Saya masuk ke kampus melalui pintu Batu Uban (yang dibuka mulai jam 7 pagi). Saya nampak hanya seorang pengawal keselamatan berbangsa India (yang melambai tangan kepada saya setelah saya melambai tangan kepada beliau). Memandu di dalam kawasan kampus (sekitar 1.5 km ke pejabat saya) pagi ini agak terasa kelainan, kerana saya dapati tiada sebuah pun kereta yang mengekori, diekori, atau berselisih dengan saya. Tiba-tiba rasa sayu menyelubungi diri... Rasa sepi, kerdil, dan terfikir, "Adakah begini jadinya jika saya "berhijrah nyawa" selepas ini?" Terfikir juga, kalaulah kampus USM ini ditutup selama-lamanya atas sebab-sebab tertentu, mungkin sunyi sepi beginilah jadinya. Dimana pula saya akan mencari rezeki?
Saya tiba di tempat letak kereta dekat pejabat saya sekitar jam 7.15 pagi, dan cuma disambut oleh banyak burung (biasanya setiap awal pagi, seorang perempuan tua tukang sapu berbangsa India akan memberikan mereka makanan (biasanya roti), tetapi tukang sapu itu sudah 2 bulan berhenti kerja kerana uzur berpanjangan.
Gambar-gambar ini saya ambil jam 7.15 pagi, 21 Ogos 2011
Lampu jalan dan lampu di kawasan padang meletak kenderaan masih bernyala. Begittu juga "lampu keselamatan" di tepi bangunan masih bernyala (dan saya tunggu lampu jalan padam...iaitu jam 7.30 pagi)(disetkan akan padam secara otomatis jam 7.30 pagi, walaupun sekarang jam 7 sudah cerah)(NOTA: Patut la, kami berbuka puasa anjuran Pusat Pengajian yang diadakan di kawasan lapang koridor bangunan pada 16 Ogos 2011 terpaksa makan dalam cahaya berbalam, sebab lampu-lampu di koridor tersebut mula bernyala secara otomatik jam 7.40 malam)(begitulah kita, apabila "mengalah" kepada "otomatik"). Lampu koridor berhampiran pejabat saya pula tidak padam secara otomatik pada jam 7.30 pagi. Jadi saya pula menjadi sukarelawan pemadam (???)/penutup (???) lampu-lampu tu.... Membazir, kan?
NOTA: Pada sabtu 27 Ogos 2011, lampu-lampu jalan (yang berwana oren tu) padam jam 8.05 pagi. Lagi lewat la pula...Mungkin kerana cuaca redup, hujan la kuit....
Pada ahad 11 September 2011 pula, lampu-lampu tersebut pada jam 9 pagi. Mungkin kerana hujan dan hari gelap. Atau kerana memperingati peristiwa pengeboman World Trade Center's Twin Towers di New York pada 11 September 2001? He he he...
Gambar-gambar ini saya ambil pada jam 7.20 pagi, 21 Ogos 2011
(Pangsapuri berwarna kelabu di belakang adalah tempat saya tinggal. Dekat, kan? Bak kata, jika saya berada di pangsapuri saya, dan pada masa yang sama saya juga berada di pejabat saya, maka saya boleh menjerit, "Aziz...!!!", dan saya boleh mendengar jeritan itu, dan menyahut, "Ya...!!!", he he he..)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.