Aug 20, 2011

Singgah di Frankfurt, Germany

Pada bulan Ogos 1994, saya dan beberapa rakan sempat menghadiri jamuan makan malam (percuma) di sebuah restoran berputar di tingkat atas sebuah hotel di kota Frankfurt, Germany. Itulah kenangan pertama saya makan di restoran sedemikian. Saya letakkan kamera saya di bahagian tepi dinding, tetapi tiba-tiba saya terperasan bahawa dinding itu sedang bergerak perlahan meninggalkan saya (dan saya segera mencapai kamera yang turut sama dilarikan, he he he..). Rakan daripada Germany menawarkan kami steak rusa (maklum la rusa kan haiwan halal dimakan), tapi kami menjawab, "No, thank you", kerana kami syak sangat rusa tu tidak disembelih mengikut syarak (emmmm, terlepas laaa daging rusa...). Jadi kami makan ikan dan sayur termasuk kentang jer la...







Nasib baik laa kami tak diangkat seperti ni....


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.