Namun perkataan "miskin juga digunakan dalam banyak konteks dan perspektif. Cuba kita tinjau/susuri (explore) hal ini dengan lebih mendalam:
Pertama, daripada perspektif seantero dunia, perkataan "miskin" digunakan sebagai nama orang, nama perniagaan, nama tempat, dan sebagaimya, misalnya,
a. Faiznur Miskin, Jehan Miskin (dua nama yang agak popular dalam bidang masing-masing). Ada juga namanya Chandan Miskin, Murray H Miskin, Rebecca Miskin, Oussama Miskin, Dr. Pandurang Miskin, Dr. Murray Miskin, dan lain-lain lagi.
b. MISKIN Scraper Works, Inc. iaitu sebuah syarikat di Amerika Syarikat yang terlibat dalam pembinaan peralatan kejuruteraan dan peralatan pembinaan. Ada juga nama syarikatnya, Miskin-IT, iaitu syarikat teknologi maklumat.
c. Menurut Wikipedia (2011), Miskin (Welsh: Meisgyn) is a village approximately 2 miles south of Llantrisant in the county borough of Rhondda Cynon Taf, Wales.
d. Terdapat satu blog milik seorang peguam, iaitu miskinlaw.blogspot.com
e. Terdapat sebuah institusi, yang namanya Miskin Theatre, yang beralamat di North West Kent College, Oakfield Lane, Dartford, United Kingdom.
Daripada perspektif ekonomi dan pengurusan sosial (oleh organisasi dan pemerintah), pengklasan "miskin" (termasuk "miskin tegar")(produktif dan tidak produktif) dan bukan miskin adalah perlu bukan sahaja bagi tujuan perangkaan (statistik) tetapi juga bagi tujuan diberikan bantuan, pendidikan, perancangan dan pengurusan sosial yang lain. Untuk takrif "miskin" dan "miskin tegar" bagi maksud pengurusan negara dan sosial, lihat http://www.kpwkm.gov.my/nkra/definisi.
عن أنس بن مالك ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « كاد الفقر أن يكون كفرا ، وكاد الحسد أن يغلب القدر
Hadis riwayat Imam Baihaqi
Ertinya,
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik; sabda Rasulullah SAW: "Hampir-hampir kefaqiran membawa kepada kekufuran dan hampir sahaja sifat hasad mengalahkan ketetapan qadar (Allah).
Disinilah salah satu peranan wang zakat, institusi zakat dan umat Ilam untuk berzakat. Ini kerana zakat boleh disalurkan dalam perbagai cara untuk membantu golongan miskin (bantuan kewangan, pendidikan, pekerjaan, perniagaan dan seumpanaya.
Berbalik kepada sebab musabab miskin. Pertama, ada berlaku seseorang itu menjadi miskin kerana kejadian tertentu. Misalnya ia terjadi kerana "malang", yakni ditakdirkan Ilahi. Contohnya, dia mempunyai bendang, kebun atau kolam perikanan, namun penyakit atau haiwan atau musibat alam datang dan memusnahkan bendang, kebun dan kolam perikanan. Begitu juga kerana kejatuhan ekonomi dunia, maka perniagaan seseorang telah lumpuh, dan pengusahanya bankrap.
Kedua, seseorang itu menjadi miskin kerana tidak mampu mengejar masa/perubahan dan sepertinya. Misalnya seorang yang terlibat dalam perusahan teknologi maklumat yang mengeluarkan produk tertentu. Selepas beberapa waktu (selepas mengalami zaman yang cerah dan "boom"), dia mendapati perniagaannya amat menjunam turun akibat dia tidak dapat menyaingi teknologi baru atau produk baru.
Ketiga, kemiskinan berlaku kerana kurang usaha atau malas. Banyak peluang yang ada disekelilingnya, namun dia lebih suka "menyepi diri", dengan tenangnya tinggal berselimut di rumah, dan menganggap tiada apa yang berlaku dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Malah anak bini yang mengerah tenaga untuk "menyuap" dirinya, sehinggalah pada suatu ketika, lalang panjang disekeliling rumah dan pokok menjalar hingga ke atas bumbung (dan ular, lebah dan burung pun sudah membuat sarang). Manusia jenis apakah ini????
Keempat, miskin ikhtiar. Orang jenis ini, berlainan daripada yang di atas, iaitu dia tidak mahu atau enggan berikhtiar. Ibnu Sina menyatakan bahawa ikhtiar sebagai kekuatan untuk memilih. Kekuatan untuk memilih ini pula berdasarkan atas daya dan pengetahuan yang diberikah Allah melalui upaya dan intelek manusia, sehingga ia dapat memilih sesuatu yang akan dikerjakan atau tidak dikerjakan. Menurut Muhamad Husain Haekal, jabariah ilmiah berpendapat, ikhtiar yang ada pada kita dalam kehidupan ini ialah ikhtiar nisbi iaitu banyak bergantung kepada keperluan hidup sosial dari segi praktisnya.
Kelima, miskin yang dicari. Contohnya, dia memang suka berjudi (untuk pengetahuan pembaca, antara saham yang boleh dikatakan sentiasa untung adalah saham syarikat perjudian. Ini membawa maksud syarikat itu sentiasa untung, dan tentunya syarikat untung kerana aktiviti perjudian. Atas sifat judi itu sendiri, ia membawa maksud ada pihak yang rugi. Siapakah pihak itu? Para penjudi!!!). Orang yang suka minum arak, menggunakan dadah, berfoya-foya, juga termasuk di dalam kumpulam "miskin yang dicari". Ada orang yang hidup bermewah-mewah atau sengaja menunjukkan bahawa "aku mewah", walhal pada hakikatnya dia terpaksa berhutang, menjalankan banyak kerja siang malam untuk mencari wang, atau terlibat pula dengan aktiviti haram termasuk rasuah, hanya kerana perlu mencari wang. Ini juga satu lagi kelompok manusia yang "mencari miskin" (atau miskin yang dicari).
Namun, banyak juga HIDUP MANUSIA MEMANDANG HARTA...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.