Berikut ini diberikan garispanduan ringkas kepada saksi yang memberikan keterangan:
Pertama, jangan berbohong. Jika kita tidak pasti atau tidak tahu mengenai sesuatu yang ditanya, maka jawablah “Tidak pasti” atau “Tidak tahu”. Ini memudahkan dan menjimatkan proses perbicaraan;
Kedua, tujuan kita menjadi saksi adalah demi menegakkan keadilan kepada semua pihak. Dengan itu jika kita bercakap benar, jujur ikhlas dan tanpa buruk sangka, maka tentunya keadilan dapat ditegakkan.
Ketiga, cukupkan persediaan (teliti dan rapi) untuk menjadi saksi – maklumat, dokumen sokongan, dan seumpamanya adalah penting. Jangan terlupa untuk membawanya, dan pastikann tidak tertinggal dirumah atau pejabat!
Keempat, jangan terjebak dengan sengaja memberi keterangan palsu, kerana ianya suatu kesalahan/jenayah, terutamanya dibawah peruntukan seksyen-seksyen 191-200 Kanun Kesiksaan (N.M.B Bab 45).
Di atas adalah cabutan daripada artikel, Abdul Aziz Hussin (2003) Peranan Keterangan Dalam Pembuktian Kes Mahkamah. Majalah MATRA. Kuala Lumpur: Persatuan Bekas Polis Malaysia, Januari-Mac (14): 5-8.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.