Aug 16, 2011

Main (bakar?) Mercun

Ini yang dicatatkan dalam laman Wikipaedia (Ogos 2011):
A firecracker (also known as a cracker, noise maker, banger, or bunger) is a small explosive device primarily designed to produce a large amount of noise, especially in the form of a loud bang; any visual effect is incidental to this goal. They have fuses, and are wrapped in a heavy paper casing to contain the explosive compound. Firecrackers, along with fireworks, originated in China.

Dalam sejarah Malaysia, satu kejadian letupan besar di sebuah kilang membuat mercun dan bunga api, milik Bright Sparkles Sdn Bhd, Kampung Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh, Selangor (Nota: kilang tersebut beroperasi secara haram sejak 1978), yang berlaku pada petang 7 Mei 1991. Ia memakan korban seramai 26 orang, dan yang tercedera termasuk parah seramai lebih 100 orang, yang kebanyakannya pekerja kilang tersebut (terdapat juga beberapa ahli Bomba yang tercedera).




Dilaporkan telah berlaku 2 letupan besar yang berselang sekitar 10 minit. Letupan tersebut berlaku apabila terjadinya percikan api yang menyambar sekitar 200 tan bahan belerang yang disimpan di dalam kilang tersebut. Letupan itu berpunca daripada kelalaian pihak pekerja yang menjalankan ujian bunga api di luar tempat khas. Kesan gegaran dapat dirasai sehingga 7 kilometer dari lokasi kejadian. dimana terdapat kes cermin tingkap rumah di bandar Seri Menjalara dan Selayang yang pecah. Gas toksid dan asap tebal turut merebak ke kawasan kejiranan. Malah difahamkan 7 orang anggota penyelamat turut pengsan akibat tersedut gas itu.

Seksyen 2 Akta Bahan Letupan 1957 memasukkan "mercun" sebagai salah satu "bahan letupan" yang tertakluk kepada Akta ini:
“explosive” means gunpowder, nitro-glycerine, dynamite, guncotton, blasting powders, fulminate of mercury or of other metals, coloured fires, and every other substance used or manufactured for the purpose of producing a practical effect by explosion or a pyrotechnic effect and includes fogsignals, fireworks, fuzes, rockets, percussion caps, detonators, cartridges, ammunition of all descriptions, and every adaptation or preparation of an explosive, any material for making any explosive and any apparatus, machine, implement or material used or intended to be used or adapted for causing or aiding in causing any explosion in or with any explosive and any part of any such apparatus, machine or implement

Bermain (sebenarnya membakar) mercun sudah sinonim dengan bulan puasa. Malah di tempat saya tinggal di Batu Uban, Pulau Pinang, malam nak mula puasa pun dah ada orang bermain mercun. Yang bermain pula adalah anak-anak orang Islam, yang walaupun pukul ratanya "kanak-kanak", tetapi ada juga "kanak-kanak tua". Semasa orang lain bersolat terawih, mereka akan boom, bang, boumm, baaang.... Ada yang ssssiiiiuutttt...doom, dan ada yang peh puuusss peh puuss pet dong!!!. Difahamkan ada yang macam roket, ada yang bulat, ada yang seolah-olah bom berangkai. Apapun tentu mereka ini "ORANG BIJAK PANDAI DAN KAYA RAYA", sebab
1. Mereka orang bijak pandai sebab pandai memberikan alasan apabila orang memberitahunya, "Tak baca surat kabar, tengok tv ko, ada orang putus tangan, jari, buta mata, akibat bermain mercun?" Mereka dengan bijak dan pandainya menjawab, "Aaah, mereka tu tak pandai main mercun"
2. Mereka orang bijak pandai kerana walaupun bermacam cara pihak berkuasa bertindak membenteras perbuatan menyeludup, menjual mercun, tetapi mereka boleh lepas. Boleh pula mereka meledakkannya di tempat terbuka. Malah ini pula "disokong" oleh keluarga. Bijak dan pandai la tu, kan?
3. Mereka orang kaya raya sebab mereka membakar mercun = membakar wang. Mercun yang canggih lagi mahal harganya, dan mercun dibeli hanya untuk dibakar. Wah, mereka tu kaya raya sungguh...!!!



Akta Bahan Letupan 1957
Seksyen 7
Seseorang yang secara melakukan secara sengaja atau cuai dalam kilang, kenderaan dan seumpamanya, yang mengakibatkan letupan  boleh dihukum sehingga 5 tahun penjara atau didenda sehingga RM10 ribu, atau kedua-duanya
Seksyan 8
Seseorang yang secara salah atau berniat jahat dengan menyebabkan letupan yang mungkin membahayakan nayawa atau kecederaan parah atau kerosakan harta, maka dia boleh dihukum sehingga 7 tahun penjara atau didenda sehingga RM10 ribu, atau kedua-duanya.

 

Buruh mengaku miliki mercun
Oleh Azman Mahmood
azmanm@bharian.com.my
2010/09/10

Letupan kuat sebabkan anak tertuduh maut
KUALA TERENGGANU: Bapa kepada Khairul Arif Ayub, 6, kanak-kanak yang terbunuh dalam kejadian letupan mercun di sini, baru-baru ini mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan memiliki mercun dan bunga api. Ayub Abd Rahman, 29, mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Majistret, Mohd Erman Che Mat. Ayub, seorang buruh, didakwa memiliki mercun dan bunga api di rumah tidak bernombor di Jalan Seri Nilam, Kampung Makam Lama, Chabang Tiga, di sini, pada jam 3 petang, 22 Ogos lalu. Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207), dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali. Pendakwaan dibuat Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda yang menawarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin. Tertuduh memakai baju T berwarna kuning dan berseluar denim yang diiringi isterinya, Kamariah Sufian, 25, merayu supaya mahkamah mengurangkan jaminan atas alasan kekurangan wang, selain baru kematian anak. Berikutan pengakuan itu, Mohd Erman kemudian menetapkan 22 September ini untuk sebutan kes dan membenarkan wang jaminan dikurangkan kepada RM1,800. Dalam kejadian itu, mayat Khairul tersangkut di atas pokok setinggi 15 meter selepas terpelanting apabila rumah tinggal yang dipercayai dijadikan stor simpanan bunga api dan mercun, meletup di Kampung Makam Lama, Chabang 3, Kuala Terengganu...

Cuba baca keratan akhbar di bawah:


Mungkin dia sahaja yang serik, tetapi orang lain tak juga serik-serik, kan?


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.