AYAM PERCIK
Pertama, kena ada ayam la, yang dah sembelih... jangann dera yang masih hidup....
Kalu tak der ayam, itik, angsa, burung, turkey pun boleh.. tapi kalu nak tukar ngan kancil, maka ia jadi KANCIL PERCIK la pulak.....
Ayam tu kena potong besar, misalnya seekor belah 4 jer. kemudian perap ngan sedikit garam dan gula... jangan buang kulit tau.
Kemudian bakar ayam separuh masak dan keluarkan
Sediakan rempah perenjisnya:
Bawang merah 5 ulas,
bawang putih 2 ulas,
sedikit halia,
sedikit lada hitam,
sedikit cili (dua tiga jer),
garam,
gula sikit,
santan pekat.
Mesyin sampai hancur semua bahan di atas (kecuali ayam la wey..), dan panaskan dalam periuk kecil, dan tambah sedikit gandum atau kanji atau tepung beras sebagai pemekat kuah. Apabila sudah pekat, angkat dari dapur.
Renjiskan kuah tadi pada ayam dan bakar, dan kemudian renjiskan sekali lagi dan bakar lagi sampai ayam betul-betul masak, tapi jangan kering la ayam tu.
NOTA: Gunakan batang serai yang dipecahkan hujung sebagai alat perenjis kuah (jadi macam seberkas lidi la)
Hidangkan dalam pinggan (jangan dalam tempayan tau), dan siram baki kuah tadi sekeliling ayam. Dan makan la.... Jangan hidang dan pakat tengooook jer....
Makan panas-panas... best......!!!! Biasanya orang tak ratah begitu sahaja, tetapi dijadikan lauk dan dimakan dengan nasi
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.