Terdapat satu lagu kanak-kanak lama (bukan kanak-kanak tu yang lama, tetapi lagu tu yang lama) berkaitan bangau...iaitu "Bangau oh bangau". Laman web tarditional-songs.com (http://www.traditional-songs.com/download_score.php?name=Bangau%20Oh%20Bangau&country=Malaysia) ada memberikan lirik lagu tersebut:
Namun versi lagu yang pernah saya belajar adalah seperti berikut:
Bangau oh bangau
Kenapa engkau kurus?
Bagaimana aku tak kurus, ikan tak mau timbul
Ikan oh ikan
Kenapa engkau tak mau timbul?
Bagaimana aku nak timbul, rumput panjang
Rumput oh rumput
Kenapa engkau panjang?
Bagaimana aku tak panjang, kerbau tak makan aku
Kerbau oh kerbau
Kenapa tak makan rumput?
Bagaimana aku nak makan rumput, tuan aku tak bawa aku
Tuan oh tuan
Kenapa tak bawa kerbau?
Bagaimana aku nak bawa kerbau, perut aku sakit
Perut oh perut
Kenapa engkau sakit?
Bagaimana aku tak sakit, aku makan nasi mentah
Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah?
Bagaimana aku tak mentah, kayu api basah
Kayu oh kayu
Kenapa engkau basah?
Bagaimana aku tak basah, hujan timpa aku
Hujan oh hujan
Kenapa engkau timpa kayu?
Bagaimana aku tak timpa kayu, katak panggil aku
Katak oh katak
Kenapa engkau panggil hujan?
Bagaimana aku tak panggil hujan, ular nak makan aku
Ular oh ular
Mengapa engkau nak makan katak?
Bagaimana aku tak makan katak, ia makanan aku!!!
Walaupun lagu tersebut berupa lagu kanak-kanak dan berbentuk jenaka, namun isi dan tujuannya agak mendalam, iaitu antaranya, menjauhi sifat sering menyalahkan orang lain, dan dalam masa yang sama diri sendiri tidak pula mahu berikhtiar mengatasinya.
Namun di atas adalah versi lama. Versi barunya pula adalah seperti berikut:
Bangau oh bangau
Kenapa engkau kurus?
Eik kau kata aku kurus? Memang spesis aku macam ni. Tak belajar ilmu sains kajihayat ker...?
Tu la, dok terikut-ikut dengan cerita lama yang kurang tepat!!!
Tu la, dok terikut-ikut dengan cerita lama yang kurang tepat!!!
Ops, maaf...
Ikan oh ikan
Kenapa engkau tak mau timbul?
Bagaimana aku nak timbul, kau buang sampah penuh sungai... Jadi, sampah jer la yang timbul!!!
Kalau aku timbul pun, sebagai bangkai ikan...
Lagi pun spesis kami dah makin pupus...
Lagi pun spesis kami dah makin pupus...
Ops, maaf...
Rumput oh rumput
Kenapa engkau panjang?
Bagaimana aku tak panjang, pemotong rumput dah tak ada... balik kampung menoreh getah
Lagipun, disebahagian tempat, mereka sengaja membiarkan aku panjang, atas perbagai alasan
Lagipun, disebahagian tempat, mereka sengaja membiarkan aku panjang, atas perbagai alasan
Ops, maaf...
Kerbau oh kerbau
Kenapa tak makan rumput?
Bagaimana aku nak makan rumput sungai...Kan aku dalam kandang.. kerbau feedlot...
Jadi akan makan rumput dan lain-lain yang dibawa jer la...
Kadang-kadang aku juga terpaksa makan rumput kering yang disiram air garam....
Jadi akan makan rumput dan lain-lain yang dibawa jer la...
Kadang-kadang aku juga terpaksa makan rumput kering yang disiram air garam....
Ops, maaf...
Oh tuan oh tuan
Kenapa tak bawa kerbau?
Bagaimana aku nak bawa kerbau, aku asyik bawa kereta (kereta baru beli, dapat bonus!)
Ops, maaf...
Perut oh perut
Kenapa engkau sakit?
Bagaimana aku tak sakit, masa berbuka/masa makan segala benda manusia ni telan
Dan lagi, benda kering benda basah yang tak dibersihkan sepatutnya pun ditelan
Tu belum kira benda halal benda haram yang ditelan!!!
Dan lagi, benda kering benda basah yang tak dibersihkan sepatutnya pun ditelan
Tu belum kira benda halal benda haram yang ditelan!!!
Ops, maaf...
Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah?
Bagaimana aku tak mentah, tuan rumah tak bayar bil eletrik, ... gas pun habis
Ada pula kejadian tuan aku terlupa buka suis periuk elaktrik
Ada pula kejadian tuan aku terlupa buka suis periuk elaktrik
Ops, maaf
Kayu oh kayu
Kenapa engkau basah?
Bagaimana aku tak basah, tuan rumah ni asyik tak ada kat rumah jer. Malas pula nak tutup aku
Lagipun aku bukan lagi kayu api, tetapi kayu perabut (perabut kayu mahal, tau)
Ops, maaf...
Hujan oh hujan
Kenapa engkau timpa kayu?
Bagaimana aku tak timpa kayu, tempat lain dah jadi "hutan batu"
Ni pun nasib baik aku turun. Kalau aku tak turun, macam mana?
Ops, maaf...
Oh katak oh katak
Kenapa engkau panggil hujan?
Bukan aku lah yang panggil hujan, tetapi kumpulan penyanyi tu, yang tak tau menyanyi,
"Macam katak panggil hujan"
Ops, maaf...
Oh ular oh ular
Kenapa engkau nak makan katak?
Ish ish ish..., mana ada makanan lain. Nak aku makan kamu?
Maaak..lari.....!!!!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.