1. Kemalangan di simpang Batu Uban/Sungai Dua/Jalan Sultan Azlan Shah, Pulau Pinang pada 17 Ogos 2011 (Hari Nuzul Al Qur'an), sekitar jam 10.15 pagi. Bukan sahaja terlibat dengan kemalangan, dah ada pertengkaran pula...
(Gambar ini saya ambil dari kawasan berdekatan pejabat saya)
2. Kemalangan sekitar jam 7 pagi, sabtu 20 Ogos 2011, di susur keluar dari arah Jambatan Pulau Pinang, ke arah Gelugor, Pulau Pinang. Para pemandu perlu amat berhati-hati dan memandu perlahan kerana susur keluar ini walau berbentuk U, dan tajam. Banyak kali berlaku kejadian kenderaan terlanggar tebing.
(Gambar-gambar ini saya ambil semasa saya dalam perjalanan ke pejabat).
Di bawah ini pula adalah kereta seorang sahabat karib saya (berasal daripada Parit Raja, Batu Pahat, Johor) semasa di ITM (kini UiTM), dimana kami sama kursus, sama bilik, sama persatuan, sama tahun masuk dan tamat pengajian. Dia meninggal dalam kemalangan jalan raya pada pertengahan puasa dalam tahun 1981. Kemalangan tersebut berlaku di suatu selekoh di Pasir Putih, Kelantan, dimana dia bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan. Kepalanya pecah dan banyak bahagian badannya remuk... Dia dalam perjalanan dari pejabatnya di Kota Bharu ke pejabat organisasinya di Kuala Terengganu. Semoga Allah swt memberikan kebaikan dan perlindungan terbaik kepadanya, dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang Allah muliakan....aamiiin...
Inilah sahabat saya yang saya maksudkan itu, saudara Imam Mokhlas Haji Jabar, bergambar bersama saya di ru,amya di Kg Sri Kemajuan, Parit Tengah, Batu Pahat, Johor. Gambar ini diambil pada Mac 1981.
Bersama beliau semasa singgah di Hot Spring, Pedas, Negeri Sembilan.
Di bawah ini kereta menantu saya yang terlibat dalam kemalangan di jalan Kuala Lipis-Gua Musang. Kemalangan berlaku semasa beliau melalui selekoh yang kebetulan berselisih (dari arah hadapan) dengan sebuah lori treler panjang. Bahagian ekor (treler) lori berkenaan melibas kereta menantu saya. Saya diberitahu lori tanpa muatan berkenaan dipandu laju semasa memasuki selekoh tersebut. Alhamdulillah tiada kecederaan dialami. Nasihat: Jika kita nampak lori treler kosong datang dari hadapan sedang memasuki selekoh, beri laluan ia memasuki selekoh dahulu, dan elakkan daripada berselisih di selekoh.
Kemalangan baru berlaku dan bantuan kecemasan belum lagi diberikan...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.