Aug 20, 2011

Air Lencikang/Laicikang

Kalau musim kemarau, atau dalam bulan puasa, maka wujudlah perbagai jenis air-- antaranya, AIR LENCIKANG@LAICIKANG. Saya ada juga membelinya beberapa kali, tetapi rasa macam tertipu jer, kerana ramuan yang banyak hanya sagu pelbagai warna (tapi harganya mahal). Minggu lepas, saya pergi ke pasaraya dan membeli ramuan membuat lencikang@laicikang, dan selepas merasanya, rasanya, emmmmm, sedaaap (dan puas sebab dapat minum (makan?) puas-puas. Jadi, saya kongsikan dengan anda cara menyediakannya..

Bahan-bahan:
1. Agar-agar hitam/lengkong (cara sedianya: Secawan agar-agar laut yang hitam (dried seaweed)(dark) dicampur dengan agar-agar putih, yang juga sekitar secawan. Basuh sekejap, masukkan ke dalam pengisar dan kisar lumat bersama secawan air). Keluarkan dan masukkan ke dalam periuk dan tambah lagi secawan air. Didihkan dan apabila hancur, sejukkan dan menjadi ketulan)(potong kecil-kecil).
2. Sesudu besar biji selasih basil seeds): Basuhkan, tapis, dan rendam bersama secawan air suam
3. Tiga biji kurma (bukan bijinya, tapi isinya la wey): Dipotong-potong kecil.
4. Sesudu besar anggur kering (seeloknya yang berwarna kuning): Basuh dan rendam di dalam secawan air suam.
5. Dua sudu besar kacang buah pinggang (kidney beans): Basuh dan rendam di dalam air sekitar satu jam, dan rebus sehingga empuk. Boleh juga guna kacang merah biasa.
6. Sebiji cendawan putih (snow fungus): Pecah-pecahkan menjadi cebisan kecil (tapi jangan kecil sangat) dan rendam di dalam air suam.
7. Kacang tanah yang digoreng kering (tanpa minyak)
8. Beberapa biji buah laici (yang segar lagi sedap)
9. Beberapa biji buah mata kucing kering: Rendamkan beberapa minit di dalam air suam
10. Beberapa biji buah nipah muda (boleh juga menggunakan buah kabung, buah tal, isi kelapa muda, atau buah enau)(atau kombinasi buahan tersebut)

Cara-caranya:
Campurkan semua bahan-bahan 1-10 di atas di dalam mangkuk besar. Tambahkan ketulan air batu dan cairan air gula secukupnya.
NOTA: Ada juga orang yang menambah telor puyuh rebus dan racikan buah pala kering.

TUNGGU APA LAGI??? CEPAT MAKAN (MINUM?)!!! Ops, puasa... Sebab tu la, sebaiknya disediakan (membuat campuran) apabila hampir berbuka puasa/apabila nak dihidangkan.
SELAMAT MINUM/MAKAN LENCIKANG@LAICIKANG...

agar-agar

cendawan putih (snow fungus)

kacang tanah

kacang buah pinggang (kidney beans)

kurma

buah nipah

biji selasih

agar-agar laut (kelabu/hitam)

Kalau macam nie, harganya bukan lagi RM1.50 semangkuk/sebungkus....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.