Jan 18, 2012

PPP Dalam Kenangan...

PPP = "Persatuan Pemakan-pemakan Pagi"... he he he...

Ceritanya begini:

Sebelum saya berhijrah ke USM Pulau Pinang, saya sempat bertugas di sebuah badan berkanun di sebuah negeri, dimana antara jawatan yang saya sandang termasuklah Pengurus Pentadbiran merangkap Penasihat Undang-undang. Sebagai Pengurus Pentadbiran, antara tugas saya adalah berkaitan tatatertib penjawat, pertukaran, kenaikan pangkat dan seumpamanya (psst, bukannya saya ada kuasa, tetapi kebanyaknnya dalam bentuk syor kepada Pasukan Pembuat Keputusan).

Sudah menjadi kelaziman semenjak mula bekerja (swasta atau kerajaan/badan berkanun), saya biasanya sampai awal di pejabat: Sebab senang meletak kenderaan, senang untuk memilih makanan, masih banyak masa sebelum waktu rasmi bekerja bermula, dan lain-lain sebab/alasan. Apapun, apabila makan di kafeteria pejabat tersebut, saya dapati kebanyakan yang datang awal adalah pemandu (sebab nak ambil kenderaan dan menjemput pegawai, mempersiap kenderaan, dan lain-lain), buruh, pekerja pencuci pejabat, dan pengawal keselamatan. Saya dapati amat jarang penjawat berpangkat "pegawai" yang datang sebelum jam 7.30 pagi. Ops, ini bukan pun satu kesalahan, sebab pejabat bermula jam 8 pagi, kan?

Biasanya saya dan mereka itu akan memenuhkan sesuatu meja, misalnya 6 orang, dan kami berborak macam-macam-macam hal. Persetujuan kami ialah:
1. Siapa yang sampai paling awal, dia yang akan mempengerusikan sesi "perborakan" pagi itu; dan
2. Tajuk borak, ialah "Hal-hal Lain", yang kalau boleh, yang tiada kaitan dengan kerja.
Kami bersetuju juga, ia dijadikan satu persatuan tak rasmi, dan dinamakan, "PERSATUAN PEMAKAN-PEMAKAN PAGI (PPP)"
Selain itu, saya beritau mereka, sesi pagi ini tidak ada ciri pegawai-staf, tidak ada carta organisasi, dan tidak ada pangkat tinggi pangkat rendah...
Jadi, kami makan dengan gembira, berseloroh, bercerita macam-macam hal (dengan syarat tidak mengumpat sesiapa). Biasanya juga, walaupun tiada elemen kekananan, saya la yang kerap kena belanja...he he he... Biasa la tuuuu...
Apapun, secara mereka tidak sedari, banyak juga saya mendapat maklumat berguna/berharga yang boleh digunakan untuk pelaksanaan kerja, terutama kerja rasmi saya. Ada juga rahsia "salah laku" pegawai yang dapat saya hidu....
Apapun, itulah salah satu cara dan ruang untuk bermesra dan merapatkan hubungan diantara kami.
Setelah saya tidak lagi memegang jawatan Pengurus Pentadbiran, bilangan ahli PPP menjadi berkurangan. Salah seorang pemandu memberitahu saya, "Yer la...Tuan Haji bukan lagi Pengurus Pentadbiran...". Adat la tu....kan?

Kini segalanya itu telah tiada. Saya pun telah berhijrah tempat kerja. Ada juga ahli PPP yang sudah meninggal dunia, dan ada yang berpencen...dan difahamkan ada juga diantara mereka yang dah "keluar ahli"...he he he..

Kini, walaupun saya masih kekal dengan tabiat datang awal, dan makan awal, tetapi pada kebanyakan hari, saya cuma makan bersendirian. ... Suasana sudah berubah..

Ini la makanan pagi saya untuk pagi ini, jam 7.15 pagi Rabu 18 Januari 2012 (24 Safar 1433)...

Jenis makanan yang saya makan kini pun dah tak sama seperti dahulu.... 

2 comments:

  1. Assalamualaikum Prof. Semoga sihat dan tersenyum macam biasa selalu.


    Berkenaan datang awal ini, pada pandangan Prof elok atau tidak pelajar itu datang lambat dan masih masuk kelas atau tidak datang kelas sebab terlambat datang (dan takut dimarah pensyarah)?

    Ini antara permasalahan yang melanda saya dan kawan kawan waktu pengajian kami di USM dulu.Dimana-mana unviversiti pun mesti sama lebih kurang.

    ReplyDelete
  2. Alaikummussalam
    Saya sendiri tak pernah menghalau pelajar yang datang lewat. Cuma selepas kuliah, ada juga saya bertanya, kenapa dia/mereka lewat. Mungkin mereka ada masaalah yang perlu pensyarah bantu. Semasa bergelar pelajar pun, saya tak pernah masuk lewat, he he he...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.