May 28, 2012

Dilapidated Building Defined




Jambatan Pulau Pinang dan sekitarnya

Ini gambar Jambatan Pulau Pinang dan sekitarnya yang saya rakam dari pangsapuri kediaman saya di Batu Uban, pada jam 7.05 pagi, 27 Mei 2012...

"Syahidan mustaffa raaji'iin....."



Masak Lemak Ketiak Jagung+Lobak Merah

4 biji ketiak jagung
1 bataing lobak merah
2 ulas bawang merah (ditumbuk/dipotong halus)
Sesudu kecil lada hitam (ditumbuk/dipotong halus)
Sedikit garam, gula
10 biji cili kampung (seeloknya yang hijau)
1 cawan santan
Secawan air

Cara-caranya:
Masukkan bawang, lada hitam, air, santan, garam, dan gula ke dalam periuk. Panaskan sekali mendidih, dan masukkan ketiak jangung dan lobak merah yang sudah dipotong-potong. Masak sekitar 2 minit, dan masukkan cili kampung. Kemudian tunggu sekejap sahaja, dan tutup api.


Pssssst...naper ketiak jagung jer yang boleh dimakan? Ketiak orang tak leh la pulak....he he... Tapi lembu tu, naper tak ada ketiak?????

Bubur Kacang+Dal

Bahan-bahan
Secawan kacang hijau (dibersihkan dan direndam dalam air selama sekitar satu jam)
Secawan kacang dal (dibersihkan dan direndam dalam air selama sekitar satu jam)
Setengah cawan sagu putih
Secawan santan
Secawan gula
5 keping gula melaka
Sesudu kecil garam
2 helai daun pandan
4 cawan air

Caranya
Rebus kacang dengan air sebanyak 4 cawan dan biarkan mendidih sehingga kacang betul-betul empuk dan separuh hancur. Masukkan daun pandan (apabila daun pandan sudah bertukar warna menjadi hampir-hampir kelabu, keluarkan daun pandan tersebut). Masukkan gula melaka, santan, gula, garam, dan sagu (sagu perlu dimasukkan sedikit demi sedikit dengan cara ditaburkan sambil dikacau). Biarkan semua bahan hancur sebati (tetapi bukan sehingga amat hancur seperti macam bubur gandum). Angkat, dan hidangkan (sejuk atau panas). Emmm, sedap...


Kalu cicah ngan roti benggali pun sedap juga, dan pekena ngan air kopi panas...he he he...

May 25, 2012

Insurances and Takaful in Construction Project


What is "Insurance"/"Takaful"?

Classes of Insurance/Takaful

Types of Insurances in Malaysia

Insurances/Takaful in Construction Project

Berkongsi Ilmu 41: Projek Studio RMS304 (Pengurusan Pembinaan)

Pagi ini jumaat, 25 Mei 2012, adalah hari persembahan (presentation) kumpulan bagi projek studio no. 4 (segmen Undang-undang), Studio Pengurusan Binaan, dimana saya adalah pensyarah pengendalinya. Berikut adalah gambar-gambar pelajar-pelajar saya ini yang ceria, rajin dan patuh arahan kerja. Cuba perhatikan gelagat mereka yang belajar dan menyampaikan persembahan kumpulan dengan ceria, sopan tetapi tetap mempelajari ilmu-ilmu, serta nasihat-nasihat yang dikemukakan dengan tekun:




Oleh kerana mereka ini tidak lama lagi akan menduduki peperiksaan akhir dan terakhir, sebelum memasuki medan perjuangan sebenar dalam alam pekerjaan, maka ini diantara yang saya pesan/nasihati mereka pada akhir sesi tersebut:
1. Guna ilmu yang dipelajari selama ini sebaik mungkin;
2. Tetapkan pendirian, dan jangan terpengaruh dengan agenda/perbuatan salah-urus, tamak, perbuatan tak baik (rasuah dll);
3. Sabar dan tekun dalam kehidupan;
4. Jika perlukan bantuan saya, hubungi saya, dan harap kekalkan hubungan "kekeluargaan" USM walaupun telah bekerja; dan...

"SELAMAT MAJU JAYA..."

May 22, 2012

Sahabat dan "sahabat" Baru...

Semasa saya "meronda-ronda" di dalam kawasan satu resort di Pantai Bisikan Bayu, Semerak, Pasir Puteh, Kelantan, pada awal pagi 1 Mei 2012, saya bertemu dan berbual-bual (sambil temubual untuk penyelidikan saya, he he he..) dengan sahabat baru, abang Mohd. Nor, 60an. Petah cara abang Nor berborak dan banyak pengalaman yang dikongsikan dengan saya. Kami berbual di satu meja batu...


Tiba-tiba seekor "sahabat baru" seperti berikut telah terbang dan singgah di meja batu tersebut...


Adakah ini, "kerengga terbang"?

Selepas itu, pada awal pagi 2 Mei 2012, semasa saya bersiap-siap untuk mendaftar-keluar (check-out) dari sebuah resort di pantai Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan, saya "dikunjungi" pula oleh seekor lagi "sahabat baru"...


Sebelum itu, pada awal pagi 28 Mac 2012, saya "disambut" seekor lagi "sahabat baru" di tepi jalan utama dekat perkarangan pintu utama di Gunung Stong State Park Resort.... Ni dia, yang "ditemani" salah seorang staf resort berkenaan...


Sebelum itu lagi, iaitu pada 8 Mac 2012, saya terjumpa pula seekor lagi "sahabat baru" yang ini, di sebuah kandang di Melor, Kota Bharu, Kelantan...

Isssh..ish...iiissshhh... Tak kan la pakai macam tu nak masuk jumpa "sahabat baru" ni???. Ops, sebenarnya ia berlaku secara spontan jer. Saya baru habis memberikan ceramah kepada para pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, yang di adakan di Kota Bharu. Selepas itu saya terus berkunjungziarah ke kilang makanan haiwan sahabat saya, Tuan Haji Ismail di Melor. Dia ajak saya ke kandang kambing kepunyaannya yang terletak di bahagian belakang kilang tersebut. Saya tertarik dengan salah satu kambingnya yang berwarna putih ini, yang datang manjer-manjer gensel-gensel saya.  


Claims and Damages in Construction Project



May 21, 2012

Minit Mesyuarat

APAKAH “MINIT MESYUARAT”?
Seperti dinyatakan oleh Shackleton[1], perbezaan yang jelas perlulah dibuat diantara minit dan laporan:
“Minit mengandungi rekod rasmi prosiding sesuatu mesyuarat dan boleh dikemukakan dalam mahkamah sebagai keterangan. …..minit, sebagai satu kaedah hanya menunjukkan keputusan bagi sesuatu mesyuarat[2].”
Dengan itu, minit mesyuarat adalah merupakan rekod mengenai apa yang berlaku dalam sesuatu mesyuarat, terutama mengenai apa yang dibincangkan, apa yang dipersetujui, dan apa pula keputusan mesyuarat.

TUJUAN MINIT
Minit disediakan bagi memenuhi beberapa tujuan. Dengan mengambil apa yang dinyatakan oleh Hodgson, P. dan Hodgson, J[3]., mesyuarat mempunyai tujuan-tujuan berikut:
Pertama:           apabila mesyuarat  membuat keputusan, tindakan yang dipersetujui hendaklah direkodkan bagi mempastikan tidak lagi pertikaian mengenai apa yang dibincangkan dan diputuskan semasa mesyuarat.
Kedua:              adalah satu perkara yang perlu direkodkan mengenai tanggungjawab siapa yang mengambil apa-apa tindakan yang dipersetujui dalam sesuatu mesyuarat.
Ketiga :             Untuk menjadi rujukan pihak-pihak lain yang ingin mengetahui apa yang berlaku dalam sesuatu mesyuarat; dan
Keempat:          untuk kegunaan masa hadapan (rujukan, imbas kembali, bukti dan lain-lain)
Selain daripada itu minit mesyuarat[4] akan di jadikan bahan bukti atau keterangan bagi apa-apa perbicaraan di mahkamah (melibatkan sama ada kes sivil atau kes jenayah). Ini kerana minit mesyuarat adalah merupakan suatu “dokumen”[5]. Contohnya, dalam Lo Siong Fong lwn. Federal Paint Factory Sdn. Bhd.[6], Bin Hee Heng lwn. Management Corporation Strata Title No. 647[7] dan Datuk Phua Cheng Leong lwn. Tan Kah Wich[8], mahkamah merujuk minit mesyuarat untuk mengetahui apa yang berlaku dalam sesuatu mesyuarat. Malah terdapat beberapa statut yang telah secara nyata menyebut bahawa minit mesyuarat itu sendiri adalah merupakan keterangan prima facie[9]. Contohnya, perkara ini diperuntukkan di bawah seksyen 16(2) Akta Suruhanjaya Syarikat 2001, seksyen 27(4) Akta Kerajaan Tempatan 1976, Fasal 8(2) Jadual kepada Akta Penggalakan Pelancongan 1992, seksyen 156(3) Akta Syarikat 1956, dan Fasal 8(2) Jadual Kedua, Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978. Dengan demikian, penulis bersetuju dengan saranan Smalley[10] bahawa minit mesyuarat perlulah disimpan dengan baik untuk rujukan masa hadapan dalam hal jika timbul persoalan atau masaalah.

PEMBETULAN DAN PENGESAHAN SERTA PENGEDARAN MINIT
Terdapat juga kadangkala minit yang disediakan tidak seperti yang diputuskan dalam mesyuarat, atau tidak lengkap, atau terdapat kesilapan perkeranian. Jika perkara ini di sedari selepas mesyuarat tamat dan minit telahpun disediakan, maka perkara berkenaan akan dibangkitkan dalam mesyuarat akan datang (iaitu semasa membincangkan  “minit mesyuarat lepas”) dan ianya dibetulkan sebelum minit itu ditandatangani Pengerusi[11]. Pernah juga dilakukan, dan pada pandangan penulis ianya boleh dilakukan, ialah pembetulan itu dicatatkan dalam minit mesyuarat yang sedang berjalan (iaitu mesyuarat berikutnya). Kesilapan perkeranian, ketinggalan catatan (misalnya tempat atau tarikh sesuatu perkara, atau ejaan nama orang dan lain-lain) adalah diantara perkara-perkara yang akan dibuat pembetulan minit. Penulis ingin menekankan bahawa perkataan “pembetulan” di sini, adalah sama maksudnya dengan “meminda”. Jadi, “pembetulan minit mesyuarat” bererti minit mesyuarat tersebut dipinda[12].
Perlulah dinyatakan bahawa apa-apa pun bentuk atau jenis pindaan, ianya perlu di maklumkan dalam mesyuarat (dan akan dilakukan pindaan jika tiada bantahan ahli-ahli). Setiausaha mesyuarat tidak boleh sekali-kali meminda sebarang minit bersendirian tanpa memaklumkannya (untuk persetujuan) dalam mesyuarat. Dalam Re Cawley & Co.[13], fakta yang relevan adalah seperti berikut:
Dalam satu mesyuarat syarikat, terdapat keputusan untuk dibuat panggilan langganan saham. Namun tidak pula ditetapkan tarikh panggilan akan dibuat. Selepas minit mesyuarat ditandatangani oleh Pengerusi, Setiausaha Syarikat atas daya usahanya sendiri telah mencatatkan tarikh panggilan akan dibuat (iaitu meminda minit). Kesannya minit tersebut nampak seolah-olah menjadi seperti rekod yang asal. Semasa kes ini dibicarakan di mahkamah, hakim Esher M.R ada menyebut,
“saya berharap tidak lagi akan melihat atau mendengar cerita Setiausaha Syarikat meminda minit mesyuarat, sama ada dengan membatalkan apa-apa atau menambahkan apa-apa[14]
Namun begitu, seperti dinyatakan oleh Shackleton[15], jika Setiausaha mesyuarat diberi mandat atau kebenaran oleh ahli-ahli mesyuarat (semasa mesyuarat) untuk memasukkan sesuatu fakta secara khusus, maka ini dibenarkan (dan kira keputusan mesyuarat juga).
            Perlulah dinyatakan bahawa cara lazim dan terbaik yang dilakukan untuk mengelak (atau meminimakan) pembetulan atas kesilapan mencatat minit, biasanya Setiausaha mesyuarat akan mengedarkan deraf minit  kepada ahli-ahli (termasuk Pengerusi mesyuarat berkenaan) untuk setiap ahli menyemak, dan seterusnya memaklumkan kepada Setiausaha jika terdapat kesilapan. Dengan itu pembetulan boleh dibuat segera dan minit yang dibetulkan bolehlah diedar kepada ahli-ahli mesyuarat pada mesyuarat yang berikutnya untuk disahkan.
Malah sememangnya minit meyuarat perlulah dipastikan (terutama oleh Pengerusi dan urusetia atau setiausaha mesyuarat) supaya diedarkan kepada ahli-ahli mesyuarat[16] dan juga pihak lain yang berkenaan (termasuk bagi mematuhi kehendak-kehendak statutori). Kadangkala terdapat juga peruntukan di dalam perlembagaan atau undang-undang atau statut yang mengawal mesyuarat  tertentu yang telah menetapkan kepada siapa minit tersebut perlu diedarkan. Jika tidak terdapat arahan atau kehendak sedemikian, maka seperti yang dinyatakan oleh Kwakye[17], akan ada[18] persetujuan ahli-ahli mesyuarat mengenai penyediaan dan pengedaran minit mesyuarat (iaitu kepada siapa).



[1] Shearman, 1 (Ed.). 1991. Shackleton on the Law and Practice of Meetings. Edisi ke-8. London: Sweet & Maxwell Ltd m.s. 76.
[2] Ibid.
[3] Hodgson, P. dan Hodgson, J. 1993. Effective Meetings. London : Century Business. M.s 73.
[4] Ini kerana Minit Mesyuarat adalah merupakan suatu “tulisan” bagi maksud seksyen 3, Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388) dan “tulisan” adalah merupakan suatu “dokumen” di bawah seksyen 3 Akta Keterangan` 1950 (Akta 56). Seterusnya di bawah seksyen-seksyen 74 dan 75 Akta Keterangan 1950, dokumen terbahagi dua—“dokumen awam” dan “dokumen persendirian”.
[5] Ibid. Ia juga suatu “dokumen” bagi maksud seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388).
[6] Mahkamah Tinggi Malaya. Keputusan hakim V.C George pada 20 Januari 1994 -- [1994] 2 M.L.J. 72; www.ipsofactoj.co./archive/1994/Part1/arc1994(01)-012.htm.(Diakses pada 11 April 2007)
[7] Mahkamah Tinggi Singapura. No. ST 647/91. Keputusan pada 14 Mac 1991. www.ipsofactoj.com/archive/1991/Part04/arc1991(4)-006,htm (Diakses pada 11 April 2007. 
[8] Mahkamah Tinggi Malaya di Kuantan. Keputusan pada 11 Julai 1978.  www.ipsofactoj.com/archive/1978/Part5/arc1978(5)-008.htm (Diakses pada 11 April 2007). Kes Mahkamah Rayuan ialah Tan Kah Wich lwn. Datuk Phua Cheng Leong [1979] 2 M.L.J. 259.
[9] Perkataan “prima facie” adalah ungkapan atau perkataan Latin. Iaitu ia akan diterima oleh mahkamah sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya (namun masih boleh ditolak jika dapat dibuktkan minit itu salah, taksah dan lain-lain—Untuk bacaan lanjut mengenai hal ini, lihat  Herlitz, G.N. 1994. The meaning of the term “prima facie”. 55 Lousiana.Law Review. 391.
[10] Smalley, K. 2004. Strategies for planning and conducting effective meetings. www.workoninternet.com/article_2314.html (Diakses pada
[11] Ada juga keperluan mandatory yang menghendaki minit mesyuarat ditandatangani oleh Pengerusi mesyuarat, contohnya di bawah peruntukan seksyen 156(1) (b) Akta Syarikat 1956.
[12] Malah menurut seksyen 3 Akta Tafsiran 1967 (Akta 23), perkataan “meminda” termasuklah memansuh, menambah dan mengubah.
[13] (1889) 42 Ch. D. 209.
[14] Ibid. m.s. 226.
[15] Op. Cit. Nota kaki 1, m.s.79.
[16] Smalley, K. 2004. Strategies for Planning and Conducting Effective Meetings. www.workoninternet.com/article_2314.html. (Diakses pada 15 Jun 2005).
[17] Kwakye, A.A. 1997. Costruction project administration in practice. Essex, England: Addison Wesley Longman Ltd. M.s. 168.
[18] Penulis lebih suka menggunakan ayat, “Sepatutnya ada…

Di atas adalah sebahagian daripada kandungan Bab 8, Abdul Aziz Hussin. 2009, Undang-undang Dan Pengurusan Mesyuarat. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, m.s. 114-124.

Tuntutan Bayaran Kerja Kontrak Dan Pemotongan


PRESENTATION

“Presentation” connotes “submission”.  In ordinary term, “submission” means put forward for opinion, discussion, decision, etc.  For our purpose, it is not a technical or legal term.
Presentation can be in the form of “oral presentation” or “written presentation” – Each of it has its own advantageous and disadvantageous.  And it may be in the form of discussion or only one-way presentation!  When we are preparing written presentation, generally the report are more structured and more detailed compared with oral presentation.
In our presentation, especially written presentation, it is recommended that our presentation contains the following four sections28:
·        Background of the case,
·        Our analysis,
·        Alternatives and Recommendation, and
·        Implementation Plan
Written presentation usually accompanies by an “Executive Memo”, especially when we present our case to top management, board of directors or to stake-holders.  According to Rowe A.J.,29 executive memo (or executive summary) serves two purposes:
(i)      It is a concise way of summarizing the findings and recommendations of the case analysis.  Its one-page form forces the writer to address the issues clearly and succinctly.
(ii)    It emphasizes that the case analysis is only a basis for arriving at viable strategic alternatives.  The final choice involves a number of considerations, not the least of which is the active involvement of the CEO.



28 Digman, L.A., 1990, Strategic Management-Concepts, Decision, Cases, 2nd Edition, Boston: Richard D. Irwin Inc., p. 430 (with modifications).
29  Rowe, A.J., et.al., 1989, Strategic Management:  A Methodological Approach, 3rd. Edition, Reading, Massachusets:  Addison – Weley Publishing Co., at p. 33.

May 20, 2012

Kes RASUAH (Untuk Iktibar Kepada Kita Semua..)







Saya kemukakan lagu-lagu Ahmadi Hasan, "Tiada Yang Kekal", dan Al-Jawaher, "Kembara Di Tanah Gersang"...





May 19, 2012

Makan Pagi Di Gong Kulim, Pasir Puteh, Kelantan

Pada pagi 2 Mei 2012, semasa saya dalam perjalanan dari Tok Bali ke arah bandar Pasir Puteh, Kelantan, saya singgah makan di sebuah kedai/warong di simpang tiga Gong Kulim. Ni yang saya makan...

Sedap juga... Lauknya termasuklah gulai ikan tongkol ngan nenas dan cili besar, hati lembu goreng dan sedikit sayur, sambal... Emm, sedap.. Harganya cuma RM2.50. Saya minta teh o, harganya 50 secawan....

Sambil makan ni, seronok gak kalau diiringi lagu, kan? Ni lagu Ahmad Jais, "Ke mana di mana"....



Senario Penyelesaian Pertikaian Melalui Timbang Tara Dalam Projek Pembinaan








Had Masa Untuk Mengambil Tindakan Undang-undang Dalam Projek Pembinaan






REVERSION OF ALIENATED LAND TO THE STATE AUTHORITY

Section 46, National Land Code 1965



·         Expiry of the term


·         Order  of  forfeiture  on  the  ground  of  non-payment of rent or breach of condition


·         Death of proprietor without successors, and abandonment of title


·         Upon surrender


·         Encroachment of alienated land by sea or river

LAND DEALINGS AND MATTERS RELATING TO LAND DEVELOPMENT



                        Variation of land category


                            Section 124 NLC


                        Amalgamation


                            Sections 146 - 150 NLC



                        Subdivision


                            Sections 135 - 359 NLC




                        Partition


                            Sections 140 – 145 NLC




                        Subdivision of building


                            Strata Titles Act 1985

DISPOSAL OF STATE LAND OTHER THAN ALIENATION


Provisions in National Land Code 1965 (Peninsula Malaysia)

 

       Reservation


        Sections 62 – 64 NLC


        62.   Power of reservation
  63.   Power to lease reserved land
        64.   Revocation of reservation


       TOL


        Sections 65 – 69 NLC


        65.   Power of license state land, mining land and reserved land
  66.   Issue of TOL
67.         Duration
68.         Non-transfereble of license
69.         Combine TOL and Permit


       Permit


        Sections 70 – 75 NLC


70.         Power to permit extraction and removal rock material
71.         Issue of permit
72.         Duration and condition
73.         Non-transferable
74.         Deposit
75.         Effect of permits