May 18, 2012

Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh, Kelantan

Pada 1 Mei 2012, saya berkunjung ke Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh, Kelantan, bagi satu projek penyelidikan berkaitan pelancongan. Berikut sebahagian daripada gambar-gambar yang saya ambil yang menerangkan ceritanya sendiri.











Berikut adalah sebahagian daripada maklumat berkaitan Pantai Bisikan Bayu yang terdapat di laman sesawang Majlis Daerah Pasir Puteh, Kelantan:

Pantai Bisikan Bayu merupakan satu produk pelancongan yang paling awal dibangunkan di Pasir Puteh. Lokasinya terletak di Cherang Ruku, Semerak, 16 km dari bandar Pasir Puteh, 3 km dari Pekan Cherang Ruku. Pengangkutan awam yang disediakan untuk datang ke sini ialah bas dan teksi. Di kawasan pantai ini, disediakan surau, tandas, bilik persalinan, taman permainan, dan juga terdapat sebuah chalet penginapan iaitu Taman Rehlah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan di sini ialah berkelah, berkhemah dan aktiviti keluarga.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.