May 10, 2012

Gua Ikan, Dabong, Kuala Krai, Kelantan

Pada 28 Mac 2012, saya berada di Gua Ikan, Dabong, Kuala Krai, Kelantan, bagi satu penyelidikan pelancongan. Di bawah ini gambar-gambar yang dengan sendirinya menerangkan perihal tempat ini.













Berikut adalah catatan daripada laman sesawang Majlis Daerah Dabong:

Terletak di Kampung Slow Pak Long kira-kira 95 km dari Kuala Krai dan 7 km dari Dabong. Perjalanan lebih kurang 30 minit menghala ke Gua Musang melalui Jalan Persekutuan 8 akan menemui satu simpang ke Dabong. Dari simpang tersebut, menghala ke Dabong kira-kira 40 km ke hadapan akan menemui pintu masuk ke tarikan di sebelah kiri.
Merupakan tarikan rekreasi alam semulajadi yang terkenal di Kuala Krai. Terdapat gua-gua yang menarik di dalam Bukit Batu Kapor yang direntangi oleh anak sungai yang jernih. Antara aktiviti yang menarik ialah menikmati keindahan flora dan fauna, mandi-manda, rekreasi dan perkelahan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.