May 19, 2012

Jeram Pasu, Pasir Puteh, Kelantan

Pada 30 April 2012, saya singgah di Pusat Rekreasi Jeram Pasu, Pasir Puteh, Kelantan, untuk satu penyelidikan berkaitan pelancongan. Berikut sebahagian daripada gambar-gambar tempat berkenaan yang menceritakan tentang tempat tersebut:












Berikut adalah catatan di dalam laman sesawang Majlis Daerah Pasir Puteh, Kelantan, tentang tempat tersebut:
Jeram Pasu merupakan pusat rekreasi yang paling awal dibuka di Pasir Puteh. Terletak lebih kurang 16 km dari Bandar Pasir Puteh menghala ke Kota Bharu. Kemudahan di Jeram Pasu ialah kolam mandi untuk dewasa dan kanak-kanak, surau, tandas, bilik persalinan, wakaf-wakaf dan dan terdapat gerai menjual air dan makanan segera seperti pisang goreng dan keropok lekor goreng. Tempat letak kereta juga disediakan. Pusat rekreasi ini menyajikan keindahan flora dan faunanya yeng tersendiri. Pusat rekreasi ini amat sesuai untuk aktiviti santai keluarga pada hujung minggu

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.