May 25, 2012

Berkongsi Ilmu 41: Projek Studio RMS304 (Pengurusan Pembinaan)

Pagi ini jumaat, 25 Mei 2012, adalah hari persembahan (presentation) kumpulan bagi projek studio no. 4 (segmen Undang-undang), Studio Pengurusan Binaan, dimana saya adalah pensyarah pengendalinya. Berikut adalah gambar-gambar pelajar-pelajar saya ini yang ceria, rajin dan patuh arahan kerja. Cuba perhatikan gelagat mereka yang belajar dan menyampaikan persembahan kumpulan dengan ceria, sopan tetapi tetap mempelajari ilmu-ilmu, serta nasihat-nasihat yang dikemukakan dengan tekun:




Oleh kerana mereka ini tidak lama lagi akan menduduki peperiksaan akhir dan terakhir, sebelum memasuki medan perjuangan sebenar dalam alam pekerjaan, maka ini diantara yang saya pesan/nasihati mereka pada akhir sesi tersebut:
1. Guna ilmu yang dipelajari selama ini sebaik mungkin;
2. Tetapkan pendirian, dan jangan terpengaruh dengan agenda/perbuatan salah-urus, tamak, perbuatan tak baik (rasuah dll);
3. Sabar dan tekun dalam kehidupan;
4. Jika perlukan bantuan saya, hubungi saya, dan harap kekalkan hubungan "kekeluargaan" USM walaupun telah bekerja; dan...

"SELAMAT MAJU JAYA..."

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.