May 18, 2012

Jeram Linang, Machang, Kelantan

Pada 30 April 2012 saya ke Jeram Linang, Machang, Kelantan, untuk satu penyelidikan berkaitan pelancongan. Berikut sebahagian gambar-gambar yang menceritakan tentang tempat tersebut:












Berikut pula catatan di laman sesawang Majlis Daerah Machang, Kelantan (yang saya muat turun pada 20 Mei 2012), yang juga tentang tempat yang sama...

Air Terjun Jeram Linang, Machang merupakan air terjun terawal dimajukan di Negeri Kelantan. Terletak di Hutan Simpan Ulu Sat, Machang, air terjun sentiasa jernih. Pihak kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan di air terjun ini seperti tandas awam, tempat rehat, musalla, restoran dan tempat letak kereta. Pengunjung Air Terjun Jeram Linang ini boleh melakukan aktiviti Jungle Trekking dan mandi-manda di tempat kawasan ini. Kawasan perkhemah turut disediakan.
Laman sesawang Majlis Daerah Pasir Puteh, Kelantan (yang saya muat turun pada 18 Mei 2012)mencatatkan seperti berikut:

Jeram Linang merupakan salah satu pusat rekreasi yang awal dibuka di Pasir Puteh. Jarak dari bandar Pasir Puteh ialah 20 km, manakala 22 km dari bandar Machang, dan perlu melalui jalan lebuhraya Machang-Pasir Puteh. Pusat rekreasi ini merupakan kawasan air terjun berbatu, dan mempunyai laluan untuk mendaki ke puncak air terjun. Kawasan mandi untuk golongan dewasa dan kanak juga disediakan, juga terdapat play ground untuk kanak-kanak dan kawasan ini merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk tapak perkhemahan dan kemudahan seperti tapak, dewan dan restoran masakan panas juga disediakan. Kawasan letak kereta disediakan untuk kemudahan pengunjung dan juga terdapat satu mini zoo disediakan di sini oleh pihak Pejabat Hutan Negeri Kelantan.


Yang mana satu yang betul ni? Jeram Linang berada di bawah bidangkuasa Majlis Daerah Machang, ATAU, Majlis Daerah Pasir Puteh?

Pada jam 1.25 petang, 20 Mei 2012, saya telah menghubungi Ketua Jajahan (Pegawai Daerah) Pasir Puteh, merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh, iaitu sahabat saya, Tuan Haji Nazran, dan dia ambil maklum hal ini, dan akan selaraskan. Dia juga memaklumkan bahawa Jeram Linang ini memang terletak di sempadan diantara Majlis Daerah Machang dan Majlis Daerah Pasir Puteh. Namun saya nasihatkan beliau, sepatutnya hal Jeram Linang ini cuma wujud di salah satu laman sesawang sahaja. 

2 comments:

  1. Assalamualaikum Prof


    Banyak juga tempat tempat menarik di Kelantan.Saya tak pernah sampai ke Kelantan lagi walau adik saya dok mengaji di Kubang Kerian.

    Kiranya Prof sedap jugalah berjalan makan angin (sambil bekerja)? Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pssst...saya pun kali pertama ke Tok Bali, pantai Tok Bali, Pantai Bisikan Bayu, Pantai Seri Tujuh...he he he...Maklum la, saya sendiri pun kebanyakan masa berada di perantauan...

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.