Dec 13, 2011

Abang Ngah & Abang Cik

Nie adalah Abang Cik (dok atas riba abah)(Mustaqem) ketika berumur 4 tahun, semasa mengikut abah pergi makan kenduri di Selatan Thailand. Di kiri adalah kakak saya yang sulung, Jaharah, tinggal di Banggul Beko, Golok, Thailand, dan di tengah adalah ibu kami, Mek Limah. Di belakang adalah Abdullah dan Noraini, iaitu anak kepada Mek Gayah (yang berdiri di belakang) yang tinggal di Kg. Puyu, Bukit Merah, Thailand. Tentu Abang Cik masih ingat cerita Abang Cik yang membuatkan riuh gak ngan gelak kami semua kerana...ops, maaf, abah tak cerita la di blog nie....




Di belakang tu adalah Kak Long (Nurul Asyiqen), Abang Ngah (Luqman Nulhaqem) dan Abang Cik pada awal tahun 1993. Tu Cumi, kucing jantan yang manjer sangat ngan abah...ia antara makhluk Allah SWT yang "ditumpangkan dengan amanah" untuk bersama keluarga kita, untuk kita jaga dan kasihi...

Ni masa kita semua menziarah rumah Ayahanda allahyarham Hussin, semasa raya

Abang Ngah, Abang Cik dan Fiza (anak sepupu)
Peewiit...saper yang anggun lawa berkebaya nie?? Ops, isteri saya (Junaidah)(ibu anak-anak dia la wey...)


 Abang Ngah dan Kak Long...
 Abang Ngah...
 Abang Ngah dan Kak Long...
 

Abang Cik...





Gambar atas, Abang Ngah. Gambar bawah, Abang Ngah ngan Kak Long, dan kereta pertama saya

Nie abah hadiahkan lagu-lagu untuk semua...Cuba hayatinya, sebab ada yang abah ingin sampaikan kepada semua... Abah memohon maaf jika semasa Abang Ngah dan Abang Cik masih budak-budak, abah menggunakan pendekatan agak keras dalam mendidik Abang Ngah dan Abang Cik...maklum la, anak lelaki... Apapun, abah berbangga dengan sifat dan sikap Abang Ngah dan Abang Cik yang gigih dalam kehidupan dan mencari ilmu.. Dan pesan abah, SABAR DAN CEKAL LAH DALAM MENEMPUH KEHIDUPAN. LAKUKAN DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DEMI KEBAIKAN, DAN JANGAN LUPA MENGERJAKAN SOLAT (sebab semasa sujud dan selepas solat adalah masa yang terbaik untuk memohon kebaikan daripada Allah SWT). Semoga berjaya di dunia dan akhirat.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.