Dec 14, 2011

Termenung

Termenung atau melamun (muse), atau mengelawang, adalah suatu perbuatan (dan ada juga saya jumpa orang yang menjadikannya suatu aktiviti minda, atau "rekreasi senyap"), termasuklah "memandang tanpa destinasi".

Namun ia juga mungkin suatu muhasabah diri, suatu kenangan, imbauan, berfikir serius, atau meditasi jiwa.




 Apapun, biarlah termenung itu ada hadnya dan munasabahnya (masa, tempat dan situasi). Ini kerana termenung juga boleh membawa implikasi negatif seperti sakit jiwa, membuang masa, dan melaram diri nan sunyi sehingga terbawa-bawa kepada kesedihan, dan menitis air mata...


Atau, kita TERMENUNG kerana teringat kisah sedih menimpa diri???





4 comments:

  1. Salam Prof

    Sebagai pelajar kami termenung/mengelamun bila-

    1-Tak siap assignment
    2-Tak dapat jawab soalan ditanya atau peperiksaan
    3-Tak cukup duit makan
    4-Tak tahu cakap Bahasa Inggeris dalam kelas

    ReplyDelete
  2. Salam. banyakkan bersabar, dan terus gigih berusaha. Jangan mengalah atau mengundur diri. Saya dah lalui itu semua, sebab saya juga dahulu (dan selamanya) adalah "pelajar".

    ReplyDelete
  3. sudah ada ruangan komen! Dulu takde. Yea!

    *termenung KPI tinggi*

    ReplyDelete
  4. He he... Sdra Dr ben... Sdra, anak sulung saya cadangkan dimasukkan ruang KOMEN....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.