Dec 2, 2011

Kenderaan Elektrik, Kenaan Elektrik

Adalah dijangkakan kenderaan yang menggunakan enjin berkuasa elektrik sepenuhnya atau sebahagiannya akan meningkat. Dengan itu keperluan "bekalan elektrik yang sesuai" bagi kenderaan juga akan meningkat. "Bekalan elektrik yang sesuai" di sini  bermaksud kuantiti dan kualiti elektrik adalah mencukupi, sesuai bagi kegunaan, tempat menperolehinya cukup, dan harganya juga kompetetif.
Namun kita perlu proaktif atas beberapa perkara, misalnya:
Pertama, mungkinkah akan berlaku pencurian bekalan elektrik (dari rumah jiran, di pejabat, dan lain-lain)?
Kedua, adakah kelak akan diperlukan "stesyen bekalan elektrik" bersama dengan stesyen petrol/disel ("Stesyen Petrik" (petrol-elektrik), he he..)?
Ketiga, pembekal elektrik yang pelbagai, dan bukannya semata-mata mengharapkan daripada TNB sahaja, bagi menjamin kebolehsediaadanya, misalnya menggunakan secara intensif kincir angin, solar, ombak, graviti dan lain-lain)
Keempat, kualiti kenderaan juga, terutama daripada aspek mengelakkan renjatan elektrik daripada kenderaan atau semasa "mengisi elektrik" perlulah diambil perhatian amat serius. Kita bimbang suatu hari kelak akan terbit berita seperti berikut:
"Tiga sekeluarga maut akibat terkena renjatan elektrik di sebuah stesyen petrik akibat kesilapan pemasangan sambungan haram elektrik di stesyen petrik di..., lapor pasukan bomba dan penyelamat..."

Cuba baca berita berikut:

Another Chevy Volt fire risk? Power cords may ignite

The biggest difference between the Chevrolet Volt and the Nissan Leaf may be the $150 price difference between their 120-volt charge cords.

By Justin Hyde and G.E. Anderson | Yahoo! Autos –
In response to a federal probe of battery fires in crash-tested Chevrolet Volts, GM took the unprecedented move of offering Volt owners free loaner cars and vowed that the car was safe.

But Yahoo! Autos has found that Chevrolet Volt owners have been reporting a different problem for months: Overheating and melting of the cord used to charge the car from standard 120-volt household electrical sockets. While GM says the cords are safe and blames the problems on the owners’ wiring, it has replaced an unknown number of cords and made changes to its design.



NOTA: Untuk kenderaan yang menggunakan gas, cuba baca  berita KOSMO berikut:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Wajib pasang alat pengesan kebocoran NGV






KUALA LUMPUR – Mulai Januari depan, kira-kira 46,000 kenderaan gas asli (NGV) di negara ini wajib dipasang dengan Alat Pengesan Kebocoran Gas yang telah diluluskan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).
Alat itu diwajibkan dipasang pada semua kenderaan NGV berikutan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 mengenai penggunaan NGV telah diluluskan oleh Parlimen dan akan diwartakan tahun depan.
Menurut Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ, Ir. Mohamad Dalib, alat keluaran tempatan berharga RM150 itu terbukti dapat mengesan kebocoran NGV dalam kenderaan.
“Ia boleh dipasang di 170 bengkel kenderaan berdaftar di seluruh negara dengan harga RM150 itu termasuk caj pemasangan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
CONTOH alat pengesan kebocoran NGV yang dijual mengikut jenis kenderaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.