EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Dec 15, 2011
Berkongsi Ilmu 32: Lawatan Pembelajaran & Kajian Kes Pulau Aman
Pada 12 Disember 2011, saya dan Pak Ya (Mohd. Yahya, juga pensyarah di Pusat Pengajian Perumahan, bangunan dan Perancangan, USM), mengaturkan lawatan pembelajaran dan kajian kes untuk pelajar Studio RMB 317: Pengurusan Binaan (tahun 3) ke Pulau Aman, Pulau Pinang. Emmm, seronok la mereka, sebab semuanya percuma (pengangkutan darat dan laut, makan pagi dan tengah hari, lawatan pulau), dan dapat pula pengalaman/ilmu untuk pengajian. Tapi, jangan lupa, Laporan Projek perlu dibentangkan pada 23 Disember 2011 mengikut arahan dan format yang ditetapkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Prof
ReplyDeleteAwat nampak macam tak ramai aja pelajar CM la ni? Dulu zaman saya 40 orang lebih satu studio.
Salam
ReplyDeleteSekarang dah tinggal 25 orang. Polisi USM, mengurangkan bilangan pelajar ijazah pertama tetapi dalam masa yang sama, meningkatkan bilangan pelajar ijazah lanjutan.