Boleh dikatakan AMAT JARANG orang Semenanjung Malaysia yang belum pernah menjejakkan kaki di Kuala Lumpur. Kali pertama saya menjejakkan kaki di Kuala lumpur adalah dalam tahun 1975, dan kemudiannya sempat melanjutkan pelajaran di sebuah Universiti di Kuala Lumpur selama 4 tahun (1979-1983). Kini pun sempat juga datang atau singgah di Kuala Lumpur, dalam perjalanan ke tempat lain, dan seumpamanya. Walaupun pernah memberikan ceramah beberapa kali di sekitar Kuala Lumpur, tetapi, kalau boleh, saya tak mahu bekerja di Kuala Lumpur, sebab kerap jem (walaupun saya suka makan jem, he he..). Namun seperti yang disebutkan oleh Datuk Salleh Majid semasa dia menjemput saya naik kereta bersamanya (dia sendiri memandu)(banyak tahun dahulu), dia ada berkata, "
Ziz, jem ni mengajar kita erti sabar". Betul juga.
(Nota: Sekitar jam 10 pagi, Isnin 2 Januari 2012, bersamaan 8 Safar 1433, Datuk Salleh Majid telah dijemput pulang oleh Allah SWT... Semoga perjalanan beliau pada alam berikutnya adalah dalam kerahmatanNya dan perlindungan terbaik olehNya. Aamiin...)
Namun saya dan Kuala Lumpur mempunyai banyak cerita suka duka...
Assalamualaikum Prof.
ReplyDelete