Dalam catatan blog saya bertarikh 16 Jun 2011, saya ada menggariskan di antara sebab berlaku kemalangan adalah akibat kenderaan yang tidak berkualiti. Apakah pula “kenderaan yang berkualiti”?
Kenderaan berkualiti ertinya kenderaan yang mencapai tahap dan ciri-ciri minima yang menjadikannya boleh digunakan dengan selamat di atas jalan raya.
Jika kapal/bot, ia dikira selamat jika ia boleh digunakan dengan selamat di laut/di sungai, maka begitu juga dengan kenderaan di daratan, ia juga perlulah sesebuah kenderaan yang selamat untuk digunakan di jalanraya.
Hatta sebuah basikal atau beca pun, ia perlulah merupakan sebuah basikal/beca yang selamat digunakan. Contohnya basikal buruk yang tiba-tiba patah kerangkanya semasa ditunggang, maka dikatakan basikal tersebut tidak selamat digunakan. Kenderaan bermotor (motosikal, lori, bas, kereta, jip, trektor, trak dan seumpamanya) dikatakan selamat digunakan jika, contohnya:
a. Tayarnya elok (tidak cacat, “botak”, dll)
b. Breknya berfungsi dengan baik
c. Steringnya berfungsi dengan baik
d. Lampunya bernyala (terutamanya memandu semasa gelap), dan termasuk lampu brek
e. Ciri-ciri keselamatan lain adalah memadai: tali kaledar, beg udara, tempat pemandu, cermin hadapan yang baik (tidak retak, kabur termasuk kerana calar/berselaput lumpur, dll)
f. Spesifikasi kenderaan dan aksesori menurut piawaian yang ditetapkan.
Untuk mencapai aspek-aspek “selamat” di atas, di antara perkara yang perlu dititik beratkan adalah:
a. Penyelenggaraan yang baik (termasuk mekanik yang kompeten)
b. Alat ganti yang baik dan betul
c. Aksesori kenderaan yang sesuai
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.