Jun 17, 2012

HARI BAPA

Hari ini, 17 Jun 2012 adalah "HARI BAPA". Pada pandangan saya, ianya tiadalah berkaitan dengan kepercayaan agama, cuma, ia lebih kepada memupuk kasih sayang satu keluarga kepada Ketua Keluarga bergelar "Bapa", dan sebagai penghargaan pengorbanan seorang bapa. Ia juga kembar kepada "Hari Ibu".
Pada jam 10.16 malam, 15 Jun 2012, anak perempuan bungsu saya, Nur Iqhma Asyiqem, yang berumur 11 tahun, mengirimkan sms kepada saya, dan saya menjawabya..

...Tk lama lg hari bapa nati bg gpo dah ?? Hurm.. he he

Beli BMW la ko abah... kan Adik bnyk duit Tabung Haji, kan? kan? kan?

Haha tabung haji tu duit abah kan? Kan? hehe

Sebenarnya, ABAH DAH PUN DAPAT HADIAH  PALING ISTIMEWA, tau! Jgn jeles...

Haha hadiah apa ? ? hehe

Abah dpt HADIAH YG ALLAH ANUGERAHKN KPD ABAH, iaitu ABAH ADA SEORANG ANAK
PEREMPUAN YG CUKUP SIFAT, TAK CACAT, BAIK BAGUS, RAJIN, BAIK NGAN ABAH DAN HORMAT ABAH. Nama dia, NUR IQHMA ASYIQEM...

Hehe terima kasih abah....



Dan...
Inilah HADIAH ISTIMEWA tu...yang pertama kali saya terima, he he he..

(Bahagian dalam)

(Muka depan)

Emmmm..........., tentu banyak masa dan buah fikiran yang ADIK IQHMA curahkan untuk menyiapkan KAD Hari Bapa nie... Nak tulis..nak tampal..nak tempel...nak cari keratan akhbar, album potret, kad kucing....dan lain-lain... Apapun, "TERIMA KASIH, ADIK. ABAH DOAKAN ADIK BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT", dan abah berjanji akan menjaga Adik sebaiknya selagi abah ada di dunia.. InsyaAllah...



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.