Jun 8, 2012

Tujuannya Apa?

Pada sekitar jam 7.40 pagi, 5 Jun 2012, saya terpandang sebuah kereta (yang diletakkan di bahagian hadapan sebuah hotel di Bangi, Selangor), yang pada plet nombor pendaftarannya (di bahagian depan dan belakang), di tulis, "FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL". Saya percaya kereta ini adalah kereta rasmi sebuah universiti awam.



Namun apakah tujuan ditulis sedemikian? Saya percaya, diantara tujuannya ialah jika berlaku kemalangan, kecurian, berlaku sesuatu kejadian malang yang lain, dan sebagainya, maka saksi, atau pihak berkuasa berkaitan (misanya polis dan universiti terbabit) boleh mengenalpasti dengan segera dan mudah, identiti universiti berkenaan (dan pemunya kereta tersebut), dan memudahkan dilakukan tindakan susulan. Sepatutnya bukan ditulis "FAKULTI.....", tetapi "UNIVERITI.....". Ini kerana di Semenanjung Malaysia, bukan sebuah universiti sahaja yang terdapat "FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL"...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.