Jun 17, 2012

LGBT?





Apakah “LGBT”?

Ramai juga orang yang emailkan saya, menelefon saya, bersua dengan saya, yang mengajukan soalan yang hampir sama, iaitu: “Apa dia LGBT ni?”

Bagi menjawab pelbagai sumber soalan itu, saya perturunkan sedikit perbincangan berkaitan LGBT.

LGBT adalah singkatan daripada empat perkataan inggeris iaitu
L untuk LESBIAN
G untuk GAY
B untuk BISEXUAL
T untuk TRANSGENDER

Dikatakan ungkapan “LGBT” ini mula digunakan semenjak tahun 1990an.

Lesbian merujuk kepada hubungan sejenis yang melibatkan pasangan sesama perempuan sekurang-kurangnya dua orang. Gay pula, sering digantikan dengan perkataan ”homoseks”, iaitu hubungan sejenis diantara sekurang-kurangnya dua lelaki Bisexual pula adalah seseorang/kumpulan wanita atau lelaki yang meminati kedua-dua jenis kelamin (lelaki dan wanita). Transgender pula adalah orang yang menilai dirinya berbeza daripada hakikinya semenjak lahirnya, misal seorang yang dilahirkan dengan alat kelamin lelaki tetapi berfikir dan menilai dirinya sebagai wanita, atau seorang yang dilahirkan dengan alat kelamin wanita tetapi berfikir dan menilai dirinya sebagai lelaki, dan orang itu melakukan sesuatu (misalnya menjalani pembedahan organ seks asalnya) untuk menrealisasikan apa yang sebenarnya diingininya.

Tambahan "B"

Saya amat bimbang perkara dan perbuatan terkutuk dalam kelompok LGBT ini berkembang kepada satu lagi kelompok kecil iaitu "B" (Buggery), dan menjadi kelompok besar baru, iaitu "LGBTB". Buggery, dalam istilah bahasa Melayunya adalah "persetubuhan luar tabi'i dengan haiwan". Ia juga disebut "zoophilia". Memang telah pun ada kes terpencil di sana-sini berkaitan perbuatan terkutuk ini, yang melibatkan manusia lelaki atau perempuan dengan haiwan, misalnya anjing, kuda, lembu, kambing dan seumpamanya.
Berikut ini adalah salah satu kes tersebut:
 
Pekerja ladang ditahan kerana berasmara dengan keldai
TALLAHASSEE (Florida): Seorang pekerja ladang ditahan semalam selepas dia disyaki melakukan hubungan seks dengan keldai kerdil bernama Doodle.
Carlos Romero dikatakan leka berasmara dengan haiwan itu di sebuah bangsal yang menjadi tempat tinggalnya di Ocala.
Menurut sumber, pemilik ladang berkenaan ternampak Romero, 31, menanggalkan seluarnya dan berada di belakang keldai berusia 21 bulan itu.
Romero ditahan kerana disyaki melakukan aktiviti seksual dengan haiwan.
Dia juga berdepan tuduhan melakukan kekejaman ke atas haiwan. Bagaimanapun, kata sumber, Romero menafikan menyetubuhi Doodle, sebaliknya mendakwa menunggu keldai itu “menjadi matang.” “Romero cuma mengaku rasa seronok bulu haiwan itu menyentuh kulitnya dan dia menganggap Doodle merangsang nafsunya,” katanya. Romero juga mendakwa, DNA dia berada dalam badan Doodle “secara tidak sengaja.” Sementara itu, media juga melaporkan, Romero berdiri di belakang Doodle dan melakukan onani apabila haiwan itu terangsang. Menurut sumber, Romero menggunakan jarinya untuk membersihkan kemaluan Doodle dan keldai itu akan terangsang akibat perbuatannya.
Katanya, Romero melakukan perbuatan itu lima atau enam kali sejak Doodle dibeli majikannya dua bulan lalu. Sumber berkata, Romero mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan kuda ketika dia berusia 18 tahun. “Dia tidak melakukan perbuatan sama ke atas Doodle kerana menganggap keldai berkenaan belum bersedia dan haiwan itu dalam proses menjadi matang,” katanya. Dia ditahan di penjara daerah Marion sejak pada 17 September lalu. - TS

Artikel ini disiarkan myMETRO pada : 20 September 2012
http://www.hmetro.com.my/articles/Pekerjaladangditahankeranaberasmaradengankeldai/Article

Sodomi

Sodomi adalah perbuatan seks tanpa kemasukan alat kelamin lelaki, atau melakukan seks yang tergolong dalam seks oral (manusia dengan manusia atau dengan haiwan), atau memasukkan kelamin lelaki ke dalam rongga manusia lain (lelaki atau perempuan), yang bukan kemaluan perempuan, atau disebut juga bestialiti (bestiality), yakni liwat.

Kisah Kaun Nabi Luth dan Sodomi

Nabi Luth adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahin a.s. Nabi Luth diutuskan sebagai rasul kepada satu kaum yang mendiami satu kota bernama Sodom, yang terletak disebelah utara lembah Laut Mati (Dead Sea), Israel.

dsd1.jpg

Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang, iaitu melakukan hubungan kelamin sesama sejenis iaitu lelaki dengan lelaki yakni meninggalkan perempuan. Kejadian ini berlaku pada sekitar tahun 1800 sebelum Masihi. Al-quran menceritakan kisah Nabi Luth di dalam 85 ayat (dalam 12 surah), anataranya Al-Anbiaa  (74 dan 75), Asy-Syura (160 sehingga ayat 175),Hud (77 sehingga 83), Al-Qamar (33 sehingga 39), dan At-Tahrim (10), dan lain-lain.

Kaum Luth telah mendustakan rasulnya, ketika saudara mereka Luth, berkata kepada mereka, “Mengapa kamu tidak bertakwa?”. Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu, maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku. Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam. Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas. Mereka menjawab “Hai Luth, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti, benar-benar kamu termasuk orang yang diusir”. Luth berkata ‘Sesungguhnya aku sangat benci kepada perbuatanmu’.
(Asy-Syu’araa’, 26: 160-168 )

Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah (homoseksual) itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?”. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melampiaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: “Usirlah mereka (Luth dan para pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri.
(Al A’raaf, 7: 80-82)

Dan (ingatlah) ketika Luth berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya kamu benar-benar mengerjakan perbuatan yang amat keji yang sebelumnya belum pernah dikerjakan oleh seorang pun dari umat-umat sebelum kamu”. Apakah sesungguhnya kamu mendatangi laki-laki, menyamun, dan mengerjakan kemungkaran di tempat-tempat pertemuanmu?” Maka jawaban kaumnya tidak lain hanya mengatakan: “Datangkanlah kepada kami azab Allah, jika kamu termasuk orang-orang yang benar.
(Al ‘Ankabuut, 29: 28-29)

Ia berkata: “Ya Tuhanku, tolonglah aku (dengan menimpakan azab) atas kaum yang berbuat kerusakan itu.”
(Al ‘Ankabuut, 29: 30)

Ya Tuhanku, selamatkanlah aku beserta keluargaku dari (akibat) perbuatan yang mereka kerjakan.
(Asy-Syu’araa’, 26:169)

Ibrahim bertanya, “Apakah urusanmu hai para utusan?” Mereka menjawab, “Sesungguhnya kami diutus kepada kaum yang berdosa (kaum Luth), agar kami timpakan kepada mereka batu-batu dari tanah yang (keras), yang ditandai di sisi Tuhanmu untuk (membinasakan) orang-orang yang melampaui batas”
(Adz-Dzaariyaat, 51: 31-34)

Kecuali Luth beserta pengikut-pengikutnya. Sesungguhnya Kami akan menyelamatkan mereka semuanya, kecuali isterinya. Kami telah menentukan bahwa sesungguhnya ia itu termasuk orang-orang yang tertinggal (bersama-sama dengan orang kafir lainnya).
(Al Hijr, 15: 59-60)

Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Luth, dia merasa susah dan merasa sempit dadanya karena keda-tangan mereka, dan dia berkata, “Inilah hari yang amat sulit".
(Huud, 11: 77)

Ia berkata: “Sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang tidak dikenal”. Para utusan menjawab: “Sebenarnya kami ini datang kepadamu dengan membawa azab yang selalu mereka dustakan. Dan kami datang kepadamu membawa kebenaran dan sesungguhnya kami betul-betul orang yang benar. Maka pergilah kamu di akhir malam dengan membawa keluargamu, dan ikutilah mereka dari belakang dan janganlah seorang pun di antara kamu menoleh ke belakang dan teruskanlah perjalanan ke tempat yang diperintahkan kepadamu”. Dan Kami telah wahyukan kepadanya (Luth) perkara itu, yaitu bahwa mereka akan ditumpas habis di waktu subuh.”
(Al Hijr, 15 : 62-66)

Luth berkata: “Sesungguhnya mereka adalah tamuku; maka janganlah kamu memberi malu (kepadaku), dan bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu membuat aku terhina.”
(Al Hijr, 15 : 68-69)

Mereka berkata: “Dan bukankah kami telah melarangmu dari (melindungi) manusia.
(Al Hijr, 15: 70)

Seandainya aku mempunyai kekuatan (untuk menolakmu) atau kalau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat (tentu akan aku lakukan).
(Huud, 11: 80)

Para utusan (malaikat) berkata: “Hai Luth, sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu, sekali-kali mereka tidak akan dapat mengganggu kamu, sebab itu pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut kamu di akhir malam dan janganlah ada seorang pun di antara kamu yang tertinggal, kecuali istrimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka karena sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu subuh; bukankah subuh itu sudah dekat?
(Huud, 11 : 81)

Dan sesungguhnya mereka telah membujuknya (agar menyerahkan) tamunya (kepada mereka), lalu Kami butakan mata mereka, maka rasakanlah azab-Ku dan ancaman-ancaman-Ku. Dan sesungguhnya pada esok harinya mereka ditimpa azab yang kekal.
(Al Qamar, 54: 37-38)

Maka mereka dibinasakan oleh suara keras yang mengguntur, ketika matahari akan terbit. Maka kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah dan Kami hujani mereka dengan batu belerang yang keras. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Kami) bagi orang-orang yang meperhatikan tanda-tanda. Dan sesungguhnya kota itu benar-benar terletak di jalan yang masih tetap (dilalui manusia).
(Al Hijr, 15: 73-76)

Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan (batu belerang) tanah yang terbakar secara bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim.
(Huud, 11: 82-83)

Kemudian Kami binasakan yang lain, dan Kami hujani mereka dengan hujan (batu belerang), maka amat kejamlah hujan yang menimpa orang-orang yang telah diberi peringatan itu. Sesungguh-nya pada yang demikian itu benar-benar terdapat bukti-bukti yang nyata. Dan adalah kebanyakan mereka tidak beriman. Dan sesung-guhnya Tuhanmu, benar-benar Dialah Yang Mahaperkasa lagi Maha Penyayang.
(Asy-Syu’araa’, 26: 172-175)

Dan (Kami juga yang telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelumnya?”. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang me-lampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: “Usirlah mereka (Luth dan pengikut-pengikutnya) dari kotamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura menyucikan diri”. Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan). Dan Kami turunkan kepada mereka hujan (batu belerang), maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang memperturutkan dirinya dengan dosa dan kejahatan itu.
(Al A’raaf, 7: 80-84)

LGBTB Daripada Pandangan Hukum Islam:

Berikut adalah petikan beberapa surah Al-Qur'an dan hadis berkaitan LGBTB:

Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia, Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)! (As-Syu’araa’: 165-166)

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur: 2)

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan) (Surah Al-Isra’:32)

Sesiapa yang kamu dapatinya mengamalkan maksiat kaum Nabi Luth, maka bunuhlah peliwat dan yang diliwat. (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu Abbas RA)

Jika seorang lelaki mendatangi lelaki lain (meliwatnya) maka mereka berdua adalah penzina, dan jika seorang wanita mendatangi wanita lain (lesbian) maka mereka berdua adalah penzina. (Hadis riwayat Al-Baihaqi, daripada Abu Musa)

Barang siapa yang berzina dan meminum arak, Allah mencabut daripadanya iman sepertimana seseorang manusia menanggalkan baju daripada kepalanya. (Hadis riwayat Hakim, daripada Abu Hurairah RA)

Terdapat empat golongan yang sentiasa mendapat kemurkaan Allah pada waktu pagi dan petang. Salah satunya yang bersetubuh dengan binatang.
(Hadis riwayat al-Tabarani dan al-Bahaqi)

 Terlaknatlah siapa saja yang mendatangi satu jenis dari binatang ….
(Hadis riwayat Abu Hurairah r.a)



Apabila seorang laki-laki memasukkan kemaluannya ke dalam dubur laki-laki yang lain, maka hukumannya adalah dibunuh, sama ada keduanya sudah pernah berkahwin ataupun belum.

Dari Ibnu Abbas ra bahwa Rasulullah saw bersabda:
Siapa saja yang kalian jumpai melakukan perbuatan kaum (Nabi) Luth, maka bunuhlah fa’il (pelakunya) dan maf’ulbih (korbannya).
(Shahih Ibnu Majah, Tirmidzi).

Lihat perbincangan 'Abdul 'Azhim bin Badawi al-Khalafi, Al-Wajiz Fi Fiqhis Sunnah Wal Kitabil 'Aziz, (Al-Wajiz Ensiklopedi Fikih Islam dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah Ash-Shahihah, terjemahan oleh Ma'ruf Abdul Jalil. Jakarta: Darus  Sunnah, m.s. 820 - 834.

Undang-undang Di Malaysia Berkaitan LGBTB

Kanun Kesiksaan (NMB Bab 45): Darihal Kesalahan-Kesalahan Luar Tabii

377.     Persetubuhan luar tabii dengan haiwan
Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan haiwan hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda, atau sebat.
Huraian – Kemasukan adalah memadai bagi persetubuhan luar tabii yang perlu bagi kesalahan yang tersebut dalam seksyen ini.

377A.   Persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii
Mana-mana orang yang melakukan perhubungan seks dengan seseorang lain dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur atau mulut seseorang lain itu dikata melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.
Huraian – Kemasukan adalah memadai bagi perhubungan seks yang perlu bagi kesalahan yang tersebut dalam seksyen ini.

377B.   Seksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii
Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang tertentangan dengan aturan tabii hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.

377C.   Melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan, dsb.
Barang siapa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan luar tabii ke atas seseorang lain tanpa kerelaannya, atau bertentangan dengan kemahuannya atau dengan meletakkan orang lain dalam ketakutan mati atau cedera kepada orang itu atau kepada mana-mana orang lain, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.

Seksyen 377CA. Perhubungan seks dengan objek
Mana-mana orang yang melakukan perhubungan seks dengan seseorang lain dengan memasukkan apa-apa objek ke dalam kemaluan atau dubur orang lain tanpa kerelaan orang lain itu hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak lebih dari dua puluh tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.
Kekecualian:
Seksyen ini tidaklah termasuk memasukkan apa-apa objek ke dalam kemaluan atau dubur orang lain yang dilakukan bagi maksud perubatan atau penguatkuasaan undang-undang.

377D.   Melanggar kesopanan
Mana-mana orang lelaki yang melakukan, atau bersubahat melakukan, atau mendapat atau mencuba mendapat supaya dilakukan oleh mana-mana orang lelaki, apa-apa perbuatan kelucahan melampau dengan seorang lelaki lain di tempat awam atau di tempat persendirian, hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun.

377E.   Merangsang seorang kanak-kanak untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau
Mana-mana orang merangsang seorang kanak-kanak di bawah umur empat belas tahun untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau dengannya atau dengan orang lain hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebat.

Persoalan, Dan Benteng

Persoalan yang saya ingin terjah kepada diri sendiri dan kepada khalayak, terutama yang beragama Islam: Apakah kita mampu hanya untuk mengetahui dan menganalisis isu-isu di atas sahaja, tanpa mampu untuk menyediakan benteng pertahanan dan kuasa "menyerangnya"? Satu senjata dan juga benteng/perisai yang paling ampuh (mujarab/sakti) dan kukuh adalah benteng agama: Menginsafi ke mana kita akan tuju dan destinasi akhirnya. Juga, menginsafi hukum karma yang akan menimpa (seperti yang Allah s.w.t. mengingatkan kita kepada kisah kaum Nabi Luth di atas). Kalau di dunia kini, saya yakin amalan solat adalah diantara senjata dan benteng/perisai yang terbaik. Jadi dekatilah diri dengan bersolat, dan jika mampu, laksanakan solat secara berjemaah, walaupun bermakmumkan isteri (atau isteri-isteri) dan anak-anak. Jika kita terdengar azan, maka itu penanda panggilan/seruan untuk bersolat....Seperti pesan Akhil Hayy dan Nazrey, dalam lagu "Suara Hidayah":


Sila baca berita-berita di bawah ini:

Updated: Thu, 11 Oct 2012 10:30:24 GMT | By Agence France-Presse

Malaysian transsexuals lose cross-dressing case
Four Malaysian Muslim transsexuals on Thursday lost a landmark case challenging an Islamic law that bars them from dressing as women, activists said.

The case was the first attempt to overturn the prohibition on cross-dressing in the conservative, Muslim-majority nation where homosexuality and transsexual lifestyles remain taboo. The High Court in Seremban, just south of the capital Kuala Lumpur, dismissed the challenge mounted by the four that Sharia, or religious law, in the state infringed on their constitutional right of non-discrimination.

Thilaga Sulathireh, an activist who helped them bring the case to court, said the judge refused to overrule the ban. Malaysia has a dual-track legal system with Sharia courts administering certain matters for Muslims.

"The (judge) said they are born male, they are still male and so the law applies to them... She said cross dressing is condemned in Islam," she told AFP.

"It shows if you are Muslim, it's difficult to challenge anything in this country," she said, adding that the four were considering whether to appeal.

"They are disappointed. We are all quite shocked by the ruling."

The case was lodged by Juzaili Khamis, 24, Shukor Jani, 25, Wan Fairol Wan Ismail, 27, and Adam Shazrul Yusoff, 25, who work as bridal make-up artists and typically dress as women. All have previously been arrested for cross-dressing under Islamic law -- administered by state authorities -- which bars Muslim men from dressing or posing as women. Juzaili and Shukor currently face charges in court and if convicted, they face up to six months in jail. Last year, another High Court rejected a bid by a transsexual to change the name registered on her identity card after undergoing a sex-change operation to become a woman. The 25-year-old former pharmaceutical assistant died weeks later, reportedly of heart problems.

Sodomy is punishable by 20 years in prison in Malaysia. Transsexuals are a marginalised community and many become sex workers after being shut out of other employment opportunities.


Kemaruk seks dengan kucing
Boise (Idaho): Seorang lelaki yang gemar memakai pakaian seperti anjing ditahan bukan kerana kostum itu, sebaliknya akibat kemaruk melakukan hubungan seks dengan seekor kucing.
Ryan Havens Tannenholz, 28, dituduh mendera secara seksual haiwan peliharaannya itu beberapa kali selama setahun. Polis menahan Tannenholz, pada 1 Ogos lalu dan kini berdepan enam pertuduhan jenayah luar tabii dan satu salah laku kezaliman terhadap haiwan. Tannenholz dikenali sebagai “si bulu” gelaran diberikan penduduk tempatan terhadap individu yang memakai kostum haiwan.
Menurut Flayrah, laman web “golongan si bulu”, dia mempunyai pelbagai kostum termasuk anjing, serigala, anjing putih dan musang. Foto di laman media sosial dimuat naik Tannenholz menunjukkan dia memakai kostum untuk watak makhluk bergelar Bubblegum.


Lelaki perkosa kambing dilarang dekati ladang
Wiltshire: Seorang lelaki yang mengadakan seks dengan seekor kambing dilarang mendekati semua ladang di Britain bagi melindungi haiwan berkenaan.
Robert Newman mulanya menafi melakukan seks dengan kambing itu di sebuah ladang di Wiltshire April lalu.
Bagaimanapun, lelaki berusia 23 tahun itu mengubah pengakuannya ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Wiltshire Barat Laut, semalam.
Mahkamah akan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 12 September depan. Buat sementara waktu, mahkamah mengarahkan dia tidak mendekati semua ladang ternak haiwan serta tidak keluar rumah antara 7 pagi hingga 7 malam.
Minggu lalu, seorang lelaki Amerika menghadapi enam tuduhan jenayah kerana melakukan kekejaman ke atas haiwan selepas melakukan seks dengan seekor kucing berulang kali.
Ryan Havens Tannenholz, 28, dari Idaho gemar berpakaian seperti anjing yang digelar Bubblegum Husky sebelum memperkosa kucing itu.
Setahun lalu, seorang bapa tiga anak dari Gloucestershire didapati bersalah mengadakan seks dengan anjing bekas isterinya.
Nicholas Saunders, 46, ditangkap mengadakan seks dengan anjing benama Shasha di atas katil bekas isterinya, Kelly Thacker.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lelakiperkosakambingdilarangdekatiladang/Article (21 Ogos 2013)



‘Dah minta izin kambing’

Abuja: Seorang penduduk kampung di Nigeria ditahan kerana berasmara dengan kambingnya tetapi tetap berkeras mengatakan dia tidak bersalah kerana sudah meminta kebenaran terlebih dulu daripada haiwan itu.
Menurut laporan media semalam, Malam Kamisu Baranda diserahkan kepada polis oleh ketua kampung di Dutse sebelum direman.
Lelaki berusia 20 tahun itu mengakui berasmara dengan kambing sebanyak 10 kali sebelum ini.
Alasan Baranda?
Dia mengulangi perbuatan itu kerana haiwan berkenaan benar-benar memuaskan nafsunya sehingga dia tidak berminat menjalin hubungan cinta dengan wanita.
Baranda berkata, dia membawa kambing berkenaan ke hutan berhampiran kediamannya untuk mengelak daripada rasa malu ketika melakukan perbuatan itu.
Katanya, dia hanya berasmara dengan kambingnya sendiri, selain turut meminta kebenaran daripada haiwan itu sebelum berasmara.
Dia juga mendakwa tidak faham mengapa berasmara dengan haiwan adalah satu kesalahan.
Baranda memberitahu jika dia tahu perbuatannya itu salah, dia tidak akan melakukan demikian.
Ketua majistret Dutse kemudian mengarahkan Baranda dipenjara dua minggu atas kesalahan itu.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/01
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014030100144720140301001447/Article
 



Padah kemaruk pada lembu
 Cornwall, England: Seorang lelaki yang gagal mengawal “nafsu” pelik terhadap lembu dihukum penjara selepas dia mengancam untuk membunuh sebuah keluarga yang cuba menghalang berahinya.
David Truscott, 43, dilaporkan berulang kali berguling di kandang lembu dalam keadaan bogel untuk memuaskan nafsunya di sebuah ladang di Redruth, Cornwall.
Dalam perbicaraan di Mahkamah Exeter Crown semalam, Truscott dikatakan melakukan aksi tidak senonoh itu selama lapan tahun.
Mahkamah juga diberitahu, Truscott bertindak membalas dendam ke atas pemilik ladang itu - Clive dan Jackie Roth - apabila mereka menghalang tindakannya itu.
Dia yang dipenjarakan pada 2005, 2009 dan 2011 atas tindakan yang dilakukan, berulang kali membakar bangsal, traktor, kandang dan rumput kering di ladang itu.
Tahun lalu, dia mengaku mengancam untuk membunuh keluarga Roth dan memusnahkan harta benda mereka.
Kini tempoh hukumannya dilanjutkan kepada 10 tahun berikutan laporan pemeriksaan yang dilakukan pakar psikologi ke atasnya.
Hakim Philip Wassall memberitahu, akibat gangguan Truscott bahawa keluarga Roth sentiasa hidup dalam ketakutan.
“Apabila keluarga itu mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghalang kamu menceroboh ladang mereka, kamu mula melakukan jenayah ini.
“Kamu juga menyatakan tidak kisah dimasukkan ke penjara asalkan dendam kamu terbalas.
“Itu memberi impak buruk kepada keluarga ini dan menyebabkan mereka hidup dalam ketakutan,” katanya.
Wassall juga memberitahu Truscott, dia akan menghabiskan masa lima tahun pertama di penjara dengan menjalani rawatan di hospital.
Truscott kemudian perlu menyambung tempoh lima tahun lagi di dalam penjara.
Mahkamah juga mengeluarkan perintah yang melarangnya mendekati ladang itu.
Peguam pendakwa, Elanor Purkis berkata defendan mempunyai nafsu pelik terhadap binatang.
Pada September 2009, Truscott dihukum penjara 16 minggu selepas berbogel di kandang lembu bagi memuaskan nafsunya.
Selepas dibebaskan, dia kembali ke ladang itu dan melakukan perkara yang sama, menyebabkan dia dipenjara 20 minggu lagi.
Truscott dipenjara selama dua tahun pada September 2011 selepas polis menahannya dalam keadaan bogel di ladang itu dan mengganggu keluarga Roth.
Kali terakhir dia melakukan perkara itu adalah pada Jun tahun lalu.- Agensi

Harian Metro.2014/06/01



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.