Jun 11, 2012

Jika Berlaku Kebakaran...

Jika berlaku kebakaran, JANGAN BAWA DURIAN DAN MANGGIS MENAIKI LIF yer? he he he...


Psssst... jangan terkejut lak... Tu saya bergurau jer..
Sebenarnya gambar tu terpampang dekat pintu lif sebuah hotel di Bangi. Ia sebenarnya memberitahu peringatan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia agar tidak menggunakan lif semasa berlaku kebakaran (sebab dibimbangi lif pula menjadi "perangkap maut"). Namun, kenapa la kebiasaannya pihak hotel melarang pengunjung membawa durian dan manggis (takkan la bau durian tu teruk sangat!), walhal bau rokok lagi la teruk dan membahayakan (kesihatan) dan juga merokok boleh menjadi punca berlaku kebakaran. Manggis tu pula dikatakan akan mengotorkan kemudahan di dalam bilik hotel terutama tuala dan cadar.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.