Jun 11, 2012

Pengemis

Pengemis: Ia berkaitan perbuatan mengemis, iaitu perbuatan/perkataan/kelakuan meminta-minta (biasanya wang) dan biasanya dengan rayu simpati. Ia bukan sahaja sumber mencari rezeki kepada orang yang amat daif yang tidak ada cara lain untuk menyambung kehidupan harian (selain mendapat simpati penderma), tetapi kini berkembang menjadi satu profesyen yang paling mudah mendapat sumber kewangan (yang ada diantaranya berpendapatan lebih daripada pendapatan kita, kan?).
Terdetik dihati: Bukankah kita mempunyai banyak agensi dan NGO yang bersedia membantu? Adakah kita (pihak berkenaan) kurang usaha untuk membantu, atau pengemis berkenaan sememangnya tidak mahukan/memerlukan bantuan sedemikian? Tidak terasa aibkah pengemis tersebut melakukan "pekerjaan" tersebut, walhal sebahagiannya sihat, dan tidak cacat?
Lebih teruk lagi, di mana-mana, pengemis-pengemis ini kebanyakannya datang daripada satu kaum sahaja...


Pernah saya terjumpa gambar berikut di satu laman sesawang, yang saya percaya, diantara tujuannya adalah untuk "mencela" atau menempelak perbuatan mengemis...

Seseorang telah mengirimkan saya video berikut untuk dimasukkan di sini:



Terdapat satu hadis Nabi (saw) yang diriwayakan dari Al Mughirah bin Syu'bah ra. dimana Nabi (saw) pernah bersabda, "Nabi (saw) melarang kamu tidak berbakti kepada ibumu, mengubur anak perempuanmu hidup-hidup, tidak memenuhi hak orang miskin dan yang lainnya (yakni tidak mengeluarkan sedekah, membayar zakat, dan sebagainya), dan mengemis, dan Allah membencimu yang qil dan qal (beromong kosong, seperti berdusta, mengumpat dan sebagainya), mengajukan terlalu banyak pertanyaan (dalam persoalan agama), dan memperagakan/menunjuk-nunjuk kekayaan"


Satu hadis riwayat al-Bukhari menyatakan bahawa Zubair bin Awwam (r.a) berkata, Rasulullah (saw) bersabda: “Sesungguhnya,  jika seseorang di antara kamu membawa tali-talinya dan pergi ke bukit untuk mencari kayu api yang dipikul di belakangnya untuk dijual sehingga dia mampu memenuhi keperluannya, adalah lebih baik daripada meminta-minta kepada orang lain, baik mereka memberi atau tidak”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.