Pada sekitar jam 9 pagi, 7 Jun 2012, di suatu persimpangan jalan, di sebuah negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, saya terpandang pelekat-pelekat (stickers) ini yang ditampalkan pada sisi kanan cermin belakang sebuah kereta:
Pertama, gambar kura-kura, dengan perkataan, "SLOW", dan
Kedua, gambar dalam bulatan dengan bertulis (yang dipotong), "INSURAN MAHAL"
Selepas lampu isyarat bertukar warna hijau, kereta ini, yang berada di hadapan saya, telah dipandu "agak laju".... Maka saya terfikir, "Adakah 2 gambar (stickers) tersebut ditujukan kepada para pemandu (termasuk saya) yang mengekori keretanya agar memandu tidak laju, kerana kos premium insurans adalah mahal"? Saya berpandangan ia memang ditujukan kepada pemandu-pemandu yang mengekorinya agar jangan memandu laju. Namun, dia terlupa mengingatkan dirinya sendiri agar memandu tidak terlalu laju...kan?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.