Apr 17, 2011

Ketidakhadiran Tanpa Cuti


Di atas adalah sedutan ceramah oleh Abdul Aziz Hussin, Pengurusan Tatatertib Penjawat badan Berkanun.

Apr 11, 2011

Minuman Lobak Merah Laici Bersusu

1 batang lobang merah (carrot)(daucus carota)(bersihkan, buang tempat-tempat hitamnya, dan celup di dalam air mendidih sekitar 10 saat)(tujuannya untuk mematikan kuman, cacing dan telornya dan lain-lain yang membahayakan sebab lobak berada di dalam tanah dan "dibajai" dengan pelbagai bahan)
2 sudu besar susu pekat
10 biji laici
1 cawan jus laici

Caranya:
Kisar lobak merah hingga hancur lumat dengan 2 gelas air. Masukkan ke dalam tempayan (ops silap, sori deh, maksud saya masukkan ke dalam jug minuman). Masukkan susu, buah laici dan air laici tadi dan kacau-kacau la. Masukkan ketulan ais, jika suka.
Lepas tu...ngup...nguup...nguuuppp la....
Q: "Mengapa kamu suka air macam tu?"
A: "Emm, sebab ia BESSSST..."

Apr 10, 2011

Land Acquisition: The Process

By whom?
Purposes
Party initiating the acquisition
The process
The Land Administrator's power
Certificate of Urgency
Payment of compensation
Reference to High Court
Market value
Land Administrator must act fairly


















Nota:
Untuk bahasa Malaysia, lihat Abdul Aziz Hussin. 1996. Undang-Undang Pemerolehan & Pengambilan Tanah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).


"Penjuru Yang Ditinggalkan"

Hari ini aku tiba lagi di situ.  Memandu sendirian.  Setelah beberapa bulan aku tidak singgah di situ kerana aku berkursus di luar negara.  Sebab-musabab dan alasannya untuk aku singgah di situ serupa seperti sebelumnya.

            Aku tiba di situ dengan sedikit kegopohan, kerana jam telah hampir 6.30 petang.  Kewajipanku bagi solat zuhur dan asar yang diniat jamak takhir belum lagi kutunaikan.  Aku memandu laju mengejar masa tiba ke destinasi itu.  Aku sempat melintasi suatu perarakan yang cukup ringkas, yang nampaknya keluar dari kawasan masjid itu – enam orang sedang mengusung suatu usungan yang aku pasti keranda, dengan diiringi beberapa orang lagi yang aku rasa tak sampai sepuluh orang semuanya.  Dek mengejar masa aku tidak sempat memberhentikan keretaku untuk sekadar bertanyakan jenazah siapa yang diusung.

            Aku bersegera ke kolah masjid.  Berwuduk.  Bergegas untuk menunaikan solat.  Setelah selesai, seperti biasanya aku mundur ke kiri bahagian belakang masjid itu.  Baru aku perasan penghuni tetap tempat itu telah tiada.

            Tikar mengkuang lusuh itu telah digulung.  Aku membongkok mengintai di dalam gulungan tikar itu.  Beberapa helai pakaian termasuk sepasang kain dan baju sedekahku yang lepas tergulung sama di dalam.

            Selain gulungan tikar itu, tempat itu nampaknya telah dibersihkan.  Bersih dari lipatan kain-kain lusuh dan sebagainya.

            Suasana petang hening.  Tiada seorang pun di masjid itu.  Aku duduk bertinggul berhampiran gulungan tikar itu.  Tanpa apa-apa lagi yang dilakukan.  Beberapa ketika berlalu.  Seorang lelaki datang ke masjid.  Tentu untuk solat maghrib.

            “Abang, boleh saya tanya sikit?”  aku terlonjak kata kerana tak sabar nak tahu kesimpulan persoalan benakku.

            “Orang tua yang biasa berada di sini, ke mana dia?”

            “Ooo…oh…dia telah meninggal dunia petang tadi.  Selepas zuhur.  Dia baru dikebumikan tadi.  Selepas asar.”

            “Oh, yang tadi?”

            “Ya.”

            “Innalillahi wainna ilaihirajiun…, sudah dipanggil Pemiliknya.”

Nota:
Di atas adalah sedutan daripada Abdul Aziz Hussin (1995) Penjuru Yang Ditinggalkan (cerpen). Mingguan Malaysia, 22 October 1995.

Walaupun ia cerpen, tetapi ia berdasarkan satu pengalaman sebenar saya, yang saya ceritakan semula dalam bentuk cerpen (dengan sedikit pengubahsuaian daripada cerita sebenar).

Racun, Keracunan dan Meracun

Pada awal April 2011, kita tentu terbaca (dan menonton tv) berita sepasang suami-isteri di utara Semenanjung Malaysia yang dimasukkan  ke ICU (Intensive Care Unit=Unit Rawatan Rapi)(bukan ICU=Implementation Coordination Unit), kerana memakan cendawan beracun, dan dua hari kemudiannya si isteri meninggal dunia. Begitulah kehidupan di kampung... dek mencari makan, ada yang terkorban. Ada yang diserang binatang (ular, gajah, harimau, beruang, babi dan lain-lain) semasa menoreh atau berkebun, atau mencari makanan (buahan, pucuk, berburu dan lain-lain) di hutan. Ada juga kes terjatuh gaung atau ditimpa pokok yang ditebang (untuk mengambil buahnya)(?). Saya sendiri pun pernah mengalami saat getir menghampiri maut kerana memakan umbut beracun. Ceritanya begini:
Semasa itu saya berumur sekitar 8 atau 9 tahun. Suatu pagi, bapa dan ibu keluar menebas menebang hutan, meneroka tanah untuk dijadikan kebun, di Kg. Chenulang, Kuala Krai, Kelantan. Pada tengah hari, mereka berdua pulang ke pondok (bukan layak dipanggil rumah pun), dan membawa pulang sejenis umbut. Sambil memasak nasi, ibu menyediakan masak air umbut tadi. Bapa kata itu umbut bayas, sejenis palma hutan. Tengah hari tu kami makan nasi dengan masak air umbut tadi, dan ikan kering bakar. Berselera kami makan, kecuali ibu, yang seperti biasa, akan lewat makan daripada kami (yang baru saya sedari bahawa dia berbuat demikian secara sengaja kerana demi mempastikan kami makan cukup kenyang. Dia akan makan terkemudian, dengan nasi bercampur kerak (nasi akan berkerak kerana ditanak dalam periuk di atas dapur kayu). Kalau saya tanya sebab apa, dia kata, "Kerak ni sedap, wangi")(tapi saya percaya, sebenarnya dia makan nasi bercampur kerak kerana sifatnya yang tak suka membazir, dan lagipun, nasinya cuma tinggal sedikit...). Selepas makan dan kekenyangan, saya terlena (saya rasa macam mengantuk sangat dan perut sakit serta rasa meloya). Sekitar setengah jam kemudian, saya termuntah, muntah, dan muntah...sampai seperti terkeluar semua isi perut. Abang, bapa juga teruk muntah. Ibu agak kurang muntah. Habis kemuntahan, sekitar separuh hari, dan hampir malam, kami semua terbaring terkulai... Rumah kami terletak jauh daripada rumah-rumah peneroka lain, dan dengan itu tiada siapa yang lain yang tahu hal kami. Kami cuma dapat saling pandang memandang antara satu sama lain, dan masing-masing amat letih lemah terkulai. Namun naluri ibu tetap hebat. Dia menggagahi dirinya dan memberikan kami minum air dengan banyak... Keesokan paginya kami dapat melihat semula dunia dengan badan semakin segar...
Nota:
Beberapa hari kemudian bapa memberitahu bahawa umbut yang disangkakan bayas itu adalah salah satu daripada pokok yang ditebangnya untuk membuka tanah untuk dijadikan kebun. Kawannya ada memberitahunya bahawa pokok itu bukan pokok bayas, tetapi sejenis pokok yang serupa tetapi beracun. Itulah kesan keracunan daripada umbut beracun.
Nota:
Ada juga orang yang meracun diri sendiri. Saya tak faham mental orang sedemikian.
Nota:
Ada juga orang yang sanggup meracuni pemikiran orang lain. Apakah motifnya?

Apr 8, 2011

"Mesyuarat"?

Seperti dinyatakan oleh Mahkamah India dalam D. D. Didolkar lwn. Nagpur University[1], perkataan  “mesyuarat “ membawa maksud perhimpunan orang-orang bagi sesuatu maksud tertentu, dan sebagai intipatinya, ianya suatu himpunan orang-orang dengan suatu tujuan yang khusus.
Adakah ini “mesyuarat” atau cuma satu “pertemuan”?



[1] [1976] A. I. R. Bom.276, m.s.279

Nota:
Di atas adalah cabutan daripada buku, Abdul Aziz Hussin. 2009. Undang-undang dan Pengurusan Mesyuarat. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, hlm. 5

Air Bandung

Satu botol (1.5 liter) air aiskrim soda
2 sudu besar sirap ros
1 cawan susu pekat
2 sudu besar biji selasih (basuh, toskan, dan kemudian rendam selama setengah jam untuk betul-betul kembang)

Caranya:
Masukkan semua bahan di ats ke dalam bekas air (ke dalam periuk, baldi pun boleh...). Masukkan ketulan ais secukupnya (mengikut kehendak peminumnya). Dan....boleh la nak ngup, nguuup...

Nota:
Naper dipanggil air bandung? Kalau nak dikatakan berasal dari Bandung, Indonesia, rasanya, saya tak pernah jumpa air sedemikian di sana.... (Psssssssst........., kat Bandung tu mungkin kita pakat-pakat perkenalkan "Air Baling", atau "Air Gua Musang", boleh?)

Apr 7, 2011

Penyengat

Sekitar jam 7.40 pagi 7 April 2011, seperti biasa saya meletakkan kereta di tepi pejabat/ofis/kantor saya. Ia terletak berhampiran satu perdu pokok bunga tudung periuk (ixora atau siantan atau jejarum). Selepas keluar dari kereta, saya terpandang satu sarang kecil penyengat (peringat). Ia sejenis lebah, tetapi sifatnya ia tidak menyerang kita (tidak juga boleh menyebabkan kematian manusia), tetapi bersedia menyerang untuk mempertahankan diri, atau dengan kata lain, penyengat ni berprinsip: "JANGAN KACAU KAMI, SEBAB KAMI TAK KACAU KAMU. TETAPI JIKA KAMU KACAU KAMI, KAMI AKAN KACAU-KACAUKAN KAMU!"
Ini la gambarnya...


Dikalangan manusia pun, kita biasa bertemu dengan yang berprinsip seperti di atas...

Nota:
Kalau nak bunuh penyengat ni, mudah jer (kalau diizikan Allah swt) iaitu dengan memukul sarangnya, membakar atau menyembur bahan kimia pembunuh serangga, TETAPI, kenapa kita beria-ia mahu meghapuskannya? Dia juga makhluk Allah (swt) yang berhak untuk mendiami alam ini dan menikmati kehidupan alam. Lagipun mereka bukan musuh kita.

Lepat Ubi Bertelor Dadar

4 biji kueh lepat ubi kayu (buang kulit daun pisangnya, dan potong lepat tu 3 atau 4 potongan setiap biji lepat)
Sebiji telor (telor ayam)(pecahkan dan ambil kulitnya, ops silap, ambil isinya la wey)(dan kacau rata-rata)
Sesudu majerin

Cara:
Panaskan kuali, masukkan majerin, dan masukkan lepat tadi, letak jangan rapat-rapat antara satu sama lain, dan kemudian siramkan telor tadi ke setiap lepat tu. Tunggu hingga garing sedikit, dan angkat. Boleh la kalu nak ngap...

Apr 6, 2011

SLIDES on "Force Majeure Clause" (and Frustration)










Force majeure: Definition
Elements
Relations
Frustration
Impossibility to perform
Examples of frustration
Results
In Agreement

Singgang Bendi

10 biji bendi (bukan brendi la wey...)
1 keping asam gelugor
2 sm lengkuas (kalau boleh, yang muda)(dimayang halus)
5 ulas bawang merah (dimayang halus)
5 ulas bawang putih (dimayang halus)
Garam (secukup rasa)

Caranya:
Masukkan semua tadi ke dalam periuk, masukkan segelas air. Tunggu sehingga masak (jangan terlalu lama sebab kacang bendi akan terlalu layu, tak sedap). Boleh juga dimasukkan satu sudu budu.

Apr 5, 2011

Cyber law: A brief Outlook

Cyber law?

Concept

Malaysian statutes on cyber law





Goreng Peria

1 biji peria (momordica charanthia). Dipotong melintang nipis-nipis (sekitar 2mm). Masukkan sedikit garam, dan diuli-uli, ramas-ramas, kemudian diperah buang airnya.
1 sudu besar udang kering (ditumbuk lumat, dan digoreng garing tanpa minyak)
2 sudu besar kicap manis
3 ulas bawang merah (dipotong halus)
3 ulas bawang putih (dipotong halus)
Sedikit garam

Caranya:
Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali (bukan kawah la wey). Panaskan, dan kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih. Goreng hingga harum baunya, dan kemudian masukkan peria, udang kering, kicap dan garam. Apabila peria sudah layu, angkat la wey...

Dan, seperti biasa, ngap la..tapi ngan nasi la.....

Apr 4, 2011

Tak Baik, tau!

Tak baik, tau: Jika di hadapan ku, kamu memujiku, tetapi di belakang ku, kamu mencerca dan mengumpat aku;

Tak baik tau: Semasa susah, sengkak wang, kamu melutut meminta berhutang, tetapi apabila kamu sudah berwang, kamu buat musuh denganku, dan akhirnya "melupakan" hutangmu itu;

Tak baik tau: Semasa aku menyebut nama dia "Khidzir", kamu tergelak sakan, walhal itu nama seorang nabi yang mulia, Nabi Khidzir, Ia bukan khinzir! Jangan kamu mempersendakan dia;

Tak baik tau: Kamu sedekahkan dia pakaian yang lusuh, buruk dan makanan yang sudah tamat tempoh, walhal kamu mahu membantunya. Berilah dia/mereka pakaian yang masih bagus, dan makanan yang masih bagus;

Tak baik tau: Selepas kamu belanja dia (makan, belikan pakaian, hadiah dan lainnya), kamu mengungkit-ungkit dan menceritakannya kepada seluruh alam;

Tak baik tau: Kamu cuma melihat ke depan dan ke atas sahaja (mahu lebih kaya, lebih cantik, lebih mewah, lebih bergaya, lebih hensem), kerana kamu terlupa untuk sekali-sekala menoleh ke belakang memuhasabah diri, dan menekan brek gelojohmu yang tiada batas sempadannya;

Tak baik tau: Jika kamu merasa diri kamu sahaja yang terbaik, yang lebih, dan orang lain semuanya ada kekurangan, kerana setiap orang ada kelebihannya, dan setiap orang ada kekurangannya;

Tak baik tau: Kamu lupa jasaku padamu, dan malah mengataku bahawa aku lupa, ibarat kacang lupakan kulit, kerana kita  tak tahu, siapa "kacang" dan siapa "kulit";

Tak baik tau: Kalau aku cuma memberikan nasihat-nasihat di atas kepada kamu sahaja, sebab aku lupa aku juga perlu menasihatkan diriku sendiri...
MasyaAllah...

The Industrial Court: Brief History

The Industrial Court was established in 1941 under the Industrial Court and Court of Inquiry Rules 1941 (Gazette Notification No. 2569/1941) but it did not function due to the Japanese Occupation. During the Emergency period, trade union activities were carried out illegally as many trade union leaders were influenced by communist subversive elements.

The Industrial Court Ordinance 1948 (Federation of Malaya Ordinance 37 of 1948) was enacted to establish a dispute resolution system. Trade Disputes Ordinance 1949 (Federation of Malaya No. 4 of 1949) was enacted. The Industrial Court at that time was a voluntary dispute resolution body, which heard disputes on an ad hoc basis. From year 1948 to 1964, only 4 disputes were heard.

The voluntary dispute resolution system was abolished with the introduction of two new Regulations, i.e. the Essential (Prohibition of Strikes and Prescribed Industrial Action) Regulations 1965 and the Essential (Trade Disputes in the Essential Services) Regulations 1965 (L.N. 355/1965). These two Regulations were made under the Emergency (Essential Powers) Act 1964 to prohibit any industrial action in both the public and private sectors which are classified as essential services.

The Industrial Relations Act 1967 was then enacted. This Act (and the jurisdiction of Industrial Court) has   been extended to Sabah and Sarawak via Modification of Laws (Trade Disputes) (Extension to Borneo States) Order 1967 (P.U. 94/1967) and Modification of Laws (Industrial Courts) (Modification and Extension to Borneo States) Order 1967 (P.U. 95/1967).

The present Industrial Court was established under the Industrial Relations Act 1967.  According to section 21 of this Act, Industrial Court consist of a President who shall be appointed by the Yang di-Pertuan Agong; and a panel of persons representing employers and a panel of persons representing workmen all of whom shall be appointed by the Minister (provided that before appointing the panels the Minister may consult such organizations representing employers and workmen respectively as he may think fit).

Kangkong Goreng

Seberkas (sekitar 20 batang)(bukan seguni tau) kangkong (ipomoea aquatica)(dibasuh dan potong berukuran 3sm panjang setiap satu)(asingkan batang dan daun)
5 ulas bawang merah (dipotong kecil)
5 ulas bawang putih (dipotong kecil)
2 sudu besar kicap manis
10 biji cili padi (ditumbuk halus)
Sedikit garam
2 sudu makan minyak makan (tapi jangan makan pulak minyak makan ni)
Segenggam su'un (direndam di dalam air sekitar setengah jam)

Cara:
Panaskan kuali, masukkan minyak makan, dan masukkan bawang merah dan bawang putih, Apabila telah berbau wangi, masukkan cili, dan terus masukkan kangkong (didahulukan batangnya, kemudian baru daunnya), kicap, garam dan su'un. Tunggu sekitar satu atau dua minit dan segera angkat. ...jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, ia ia jadi tak sedap....

Apr 3, 2011

Pakcik Osman dan Makcik Khatijah

Seingatan saya, Pakcik Osman adalah Pembantu Hospital (HA) swasta yang bekerja di sebuah ladang getah di Ladang Kuala Pertang, Kuala Krai, Kelantan. Makcik Khatijah, isteri Pakcik Osman, seorang suri sepenuh masa. Saya tak ingat macam mana keluarga (ibubapa saya) mengenali mereka. Mereka ada 2 anak lelaki. Saya dan ibu kerap juga ke rumah kuarters mereka.  
     Pakcik Osman dan Makcik Jah (panggilan ringkas kami kepada beliau)) amat baik orangnya. Kerap tersenyum... dan saya tak pernah melihat mereka berwajah masam. Malah selalu mengambil berat hal kami sekeluarga. Kadangkala, Pakcik Osman mengajak saya ke bilik pengubatannya, dan memberitahu dia nak cucuk ubat di lengan saya (kadang-kadang di punggung saya), kerana katanya saya ni "la'ih" sangat, kuning dan amat kurus. Katanya saya ada penyakit dan kekurangan zat/vitamin, dan dia tolong cucuk ubat (walaupun saya tak tau ubat apa). Makcik Jah biasanya mengajak kami (biasanya ibu saya dan saya) makan bersama mereka. Sedap sangat makan, lauk bermacam jenis, dan lazat-lazat. Tapi saya tak makan banyak, malu. Maklum la, di rumah orang. Apabila kami nak pulang, biasanya mereka memberikan bekalam makanan, pakaian terpakai dan juga kadangkala duit belanja. Pernah juga mereka mengajak saya makan angin dengan kereta mereka. Kadangkala saya bermalam di rumahnya, sebab mereka kerap mengusulkan kami tidor di rumah mereka, kalau dah amat petang untuk pulang. Ini kerana kalau nak pulang, saya dan ibu akan berjalan kaki sekitar 5 kilometer. Pada suatu malam, semasa saya menonton tv di rumah mereka, saya duduk terperuk di satu sudut penjuru ruang (saya tak duduk di atas sofa/kerusi, sebab segan), tangan saya memeluk dada sambil menonton tv (hitam putih lagi masa tu), tiba-tiba Makcik Jah menyapa, "Aziz sejuk ker? nanti makcik kurangkan sikit kipas ni ya", sambil dia memperlahankan sedikit kelajuan kipas siling. Begitu la prihatinnya Makcik Jah.
     Hampir 20 tahun kemudian, setelah saya merantau ke banyak tempat untuk belajar dan bekerja, saya pergi mencari mereka, dan diberitahu mereka telah berpindah ke Machang, Kelantan. Saya mencari mereka di Machang berpandukan maklumat yang diberikan. Alhamdulillah saya bertemu.. Namun cuma sempat bertemu Pakcik Osman yang sudah amat uzur, dan katanya, "Makcik Jah dah lama meningal dunia. Sakit biasa sahaja..". Terkilan sangat tak dapat bersua Makcik Jah, untuk bersua muka, dan memberitahunya, "Saya berterima kasih atas jasa Makcik.."
      Saya mengembara lagi, mencari rezeki. Sekitar dua tahun kemudian, saya nak berkunjung semula ke rumah Pakcik Osman, tetapi seseorang memberitahu saya bahawa Pakcik Osman juga sudah menyambut panggilan Ilahi, "sekitar enam bulan yang lalu".

TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA PAKCIK OSMAN DAN MAKCIK KHATIJAH ATAS SEGALANYA. SESUNGGUHNYA SAYA TAK DAPAT MEMBALAS KEBAIKAN DEMI KEBAIKAN YANG BANYAK YANG PAKCIK DAN MAKCIK HULURKAN KEPADA SAYA DAN KAMI SEKELUARGA.


Ya Allah
Kau cucurilah limpah rahmatMu kepada mereka berdua yang amat baik hati, pemurah dan sentiasa menolong kami
Ya Allah
Kau berilah aku peluang untuk menyusur langkah hidup mereka berdua dengan memberi peluang kepadaku untuk berbakti kepada orang lain sepertimana mereka berbakti kepadaku
Ya Allah
Semoga roh mereka dilindungiMu sehingga dan selama mereka di alam barzakh, dan alam akhirat yang kekal

Aamiiin..Ya rabbal 'alamiiin....

Contract: Construction Contract






Parties in contract

Two types of contract

Existence and relationship among parties

The contract

What contains in the Contract?

Salad Goreng Sos Tiram

Seperdu (sekitar 8 batang) salad (lettuce) batang putih. Potong batang, dan daun. Potongan batang dan daun diasingkan
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis pekat
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih

Cara:
Bawang merah dan bawang putih dipotong halus, dan kemudian goreng dengan sedikit minyak. Apabila bawang sudah berbau wangi (bukan hangit), masukkan batang salad, Tutup kuali sekitar 1 minit, kemudian masukkan daun salad, sos tiram dan kicap pekat. Biarkan satu minit, dan cepat-cepat angkat (sebab sayur seperti ini kurang sedap jika terlalu masak).

Nota:
Kalau suka, boleh masukkan cili padi ke dalam goreng salad tadi.

Ni la salad batang putih yang saya maksudkan tu...