Tak baik, tau: Jika di hadapan ku, kamu memujiku, tetapi di belakang ku, kamu mencerca dan mengumpat aku;
Tak baik tau: Semasa susah, sengkak wang, kamu melutut meminta berhutang, tetapi apabila kamu sudah berwang, kamu buat musuh denganku, dan akhirnya "melupakan" hutangmu itu;
Tak baik tau: Semasa aku menyebut nama dia "Khidzir", kamu tergelak sakan, walhal itu nama seorang nabi yang mulia, Nabi Khidzir, Ia bukan khinzir! Jangan kamu mempersendakan dia;
Tak baik tau: Kamu sedekahkan dia pakaian yang lusuh, buruk dan makanan yang sudah tamat tempoh, walhal kamu mahu membantunya. Berilah dia/mereka pakaian yang masih bagus, dan makanan yang masih bagus;
Tak baik tau: Selepas kamu belanja dia (makan, belikan pakaian, hadiah dan lainnya), kamu mengungkit-ungkit dan menceritakannya kepada seluruh alam;
Tak baik tau: Kamu cuma melihat ke depan dan ke atas sahaja (mahu lebih kaya, lebih cantik, lebih mewah, lebih bergaya, lebih hensem), kerana kamu terlupa untuk sekali-sekala menoleh ke belakang memuhasabah diri, dan menekan brek gelojohmu yang tiada batas sempadannya;
Tak baik tau: Jika kamu merasa diri kamu sahaja yang terbaik, yang lebih, dan orang lain semuanya ada kekurangan, kerana setiap orang ada kelebihannya, dan setiap orang ada kekurangannya;
Tak baik tau: Kamu lupa jasaku padamu, dan malah mengataku bahawa aku lupa, ibarat kacang lupakan kulit, kerana kita tak tahu, siapa "kacang" dan siapa "kulit";
Tak baik tau: Kalau aku cuma memberikan nasihat-nasihat di atas kepada kamu sahaja, sebab aku lupa aku juga perlu menasihatkan diriku sendiri...
MasyaAllah...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.