Oct 29, 2012

Budak "Buas"

Lengkuas atas bukit
Budak "buas" nak cari "penyakit"

Ulu parang amat kuat
Kalu dilarang, nak lagi dibuat

Air tenang, mandi saja...
Lagi senang, biar ja...


Hari Raya Eidul Adha 1433 (Oktober 2012): Bahagian 2

Suasana Hari Raya Kedua, Raya Haji (Eidul Adha) 11 Zulhijjah 1433 (27 Oktober 2012). Kami sekeluarga musafir beraya sambil ziarah sanak saudara dan sahabat handai...





 

Hari Raya Eidul Adha 1433 (Oktober 2012): Bahagian 1

Suasana Hari Raya Pertama, Raya Haji (Eidul Adha) 10 Zulhijjah 1433 (26 Oktober 2012). Kami sekeluarga musafir beraya sambil ziarah sanak saudara dan sahabat handai...










Oct 22, 2012

Functus Officio



It is a Latin phrase. Black's Law Dictionary defines the phrase as “having fulfilled the function, discharged the office, or accomplished the purpose, and therefore of no further force or authority. An officer or agency whose mandate has expired either because of the arrival of an expiry date or because an agency has accomplished the purpose for which it was created".

Ruby, C., at al (2008), defined functus officio, inter alia, as “... having discharged a duty”

In Chandler v Alberta Association of Architects [1989] 2 SCR 848, Justice Sopinka, in relation to the principle of functus officio states that the general rule is that a final decision of a court cannot be reopened.... "The rule applied only after the formal judgment had been drawn up, issued and entered, and was subject to two exceptions: where there had been a slip in drawing it up, and where there was an error in expressing the manifest intention of the court."

In Malaysia, the principle of functus officio is set out in New India Assurance Co. Ltd v. Karam Singh [1992] 1 LNS 155 where Gill FJ states (at pp. 156-157):
Functus officio means a person who has discharged his duty, or whose office of authority is at an end (see Bedwell v. Wood 918770 2 QBD). Thus, once a president has convicted a person in charged with an offence before him, he is functus officio, and cannot rescind the sentence or re-try the case. Similarly, once he has tried a civil action and made an order on the final determination of the dispute between the parties, he is functus officio and cannot rescind his final order and re-try the case, or try a subsequent action between the same parties on the same subject matter. In the present case, the learned president became functus officio as regards the earlier action on his refusing the plaintiff’s application for its reinstatement, but he certainly did not become functus officio as regards the real dispute between the parties which he never tried, the issue between the parties being whether the plaintiffs were entitled to recover the money which they alleged they had paid to the defendant under a mistake of fact. In other words, he was not functus officio 1 as regards that issue between the same parties in the second action. He was therefore wrong in dismissing the action”.

In Mena Narvaez and others v. The Minister of Citizenship and Immigration 2009 FC 514,  the judge said,"The principle of functus officio is based upon the finality of judgments and jurisdiction once a formal decision is rendered, signed and communicated to the parties, it cannot be re-opened”.

In OCBC Bank (Malaysia) Bhd  v. Delightful Strength Sdn Bhd [2004] 3 CLJ 297, James Fong (High Court of Malaya) (27 May 2004), states,
 I shall first deal with the defence of functus officio. In respect of the proposed amendment to the order for sale, I am of the view that this defence is unsustainable. The general proposition that the same court that issued the order for sale has no power to alter or vary its own order after it is drawn up and perfected does not apply to any proposed amendment made under the slip rule of Order 20 r 11 of the RHC — see the judgment of MT Chang FJ in Hock Hua Bank Bhd v Sahari Murid [1981] 1 MLJ 143”.


Oct 17, 2012

Apa Dah Jadi?

Terdapat juga sekali-sekala keadaan dan tika dimana kita merasakan seperti "sesuatu yang tak kena", kan? Cuba kita analisis perkara-perkara berikut:

1. Ini ceramah dalam suatu "Kempen Penggunaan Bahasa Malaysia"...
"Dalam bajet yang lepas, beberapa informasi yang relevan dengan aplikasi Bahasa Malaysia perlulah juga dilihat... dan seterusnya dibuat kompilasi yang complete... Konkulsi yang benar-benar final tentang aplikasi berkenaan know-how perlu juga konklusif. Dengan itu diharapkan peranan networking, stakeholders, dan publik perlu diberikan prioriti dan dikontrol dengan efektif... Posisi outlet-outlet dan kios-kios berkaitan di lokasi-lokasi spesifik pengembangan bahasa sepatutnya diout-sourcekan, termasuk yang terdapat di prescint-prescint....."

Apa dah jadi????

2. Lihat dan perhatikan baik-baik gambar berikut yang saya perolehi daripada satu laman sesawang:

 Sumber: www.cartoonstock.com
Ia berkaitan satu sesi perbincangan berjodol "Ponteng Di Tempat Kerja". Namun nampaknya, ahli panel itu sendiri pula yang ponteng....

Apa dah jadi????

3. Dua sahabat, M dan O sedang melalui satu kawasan amat merbahaya, yang boleh mengancam nyawa. alah satu ikhtiar dan cara yang dikira selamat untuk melalui kawasan tersebut ialah, "melaluinya dengan senyap", yakni berhenti bercakap. M dan O tahu hal tersebut. Apabila hampir tiba di kawasan tersebut, tiba-tiba  O bertanya M...
O: M, ni ker kawasan yang dimaksudkan tu???
M: Pssst....
O: Kau jawab laaaa.. Aku takut kita sesat jer... Lagipun senang la kita buat persediaan...
M terus berdiam diri, sambil kedua-duanya melalui kawasan tersebut
O: M, kita dah sampai ker ke kawasan tu... Aku nak kepastian yang sebenar jer...
M: Pssssttttt...
O: Apa psst pssst pulak ni?? Ni yang aku bengang ni. Kau tak faham ker yang aku tanya tadi? Kan kau kata terdapat satu kawasan merbahaya yang kita akan lalui dan kita kena senyap...
.....
.....
O: Mana tempat tu, hah? Mana!!!!
M: Dah lepas puuuuun, tadiiii....

Apa dah jadi????

4. Dalam siri kempen satu pemilihan utama, seorang VVIP sering menggunakan ungkapan berikut semasa berkempen....


You can cheat some people, sometimes
You can cheat some people all the time
You can cheat all people, sometimes
But
You cann’t cheat all the people all the time

Namun VVIP tersebut kalah dalam pemilihan tersebut.

Saya pun bertanya salah seorang “orang rapat” VVIP tersebut, “Kenapa dia kalah?”
Orang tadi menjawab,

“Sebab, he cheats all the people all the time!!!”

 Apa dah jadi????

5. Pada suatu awal pagi, bertempat dalam sebuah bilik darjah sebuah sekolah kebangsaan, seorang guru wanita, M, telah mengarahkan murid-muridnya membuat karangan (esei???) pendek tentang "Sanjungan saya kepada mak dan ayah". Maka selepas itu semua muridnya mula menulis, kecuali seorang bernama Amy (nama sebenarnya Aminah)... M melihat Amy cuma termenung sambil menungkat dagu....

M: Kenapa kamu tak buat karangan?
Amy: Saya tak dapat buat, cikgu?
M: Kenapa? kamu tak ada mak dan ayah ker?
Amy: Tak ada cikgu...
M: Ooooo..begitu.. Kesiannn... Jadi kamu tingal ngan siapa?
Amy: Saya tinggal ngan Mama dan Papa saya, cikgu...
M: (Dalam hati, "aku mamah-mamah kamu, kang!!!!")

Apa dah jadi????

6. Seorang bapa (yang merupakan seorang perokok tegar) menjadi amat marah dan amat bengang apabila mengetahui anak lelaki tunggalnya mula berjinak-jinak dengan rokok (mula menghisap rokok). Bimbang anaknya turut menjadi "penagih rokok", dia pun bersemuka dengan anak lelakinya, Mamat..

Bapa: Hey, Mamat. Sejak bila lak kamu mula meroko ni??? Mamat tau kan, merokok membahayakan kesihatan, dan segala 100 macam hal negatifnya...bla bla bla bla....
Mamat: (Mulanya terkejut, tapi sedikit tersenyummm). Tapi ayah sendiri yang mengajar....
Bapa: Tu ajaran sesat, Mamat jangan ikut, tau!! Faham?
Mamat: Faham,... tau.... (Sambil menundukkan kepala..)
Bapa: Mamat mesti berhenti sekarang jugak, tau...
Mamat: OK. nanti saya buangkan semua simpanan rokok yang saya ada..
Bapa: Mamat jangan buang rokok tu.... Beri kepada ayah.. Rokok mahal.. Kelmarin dah naik 20 sen lagi...

Apa dah jadi????

7. Pada sekitar jam 8.15 pagi, seorang ketua satu Jabatan kerajaan sedang tercengat di suatu sudut pejabat dimana terletaknya alat perakam waktu kedatangan semua pegawai dan kakitangan (kini disebut "staf", he he he, atau saya gunakan perkataan "penjawat") pejabatnya. Telah ramai penjawat yang merakam kedatangan...nyit nyit nyit bunyi alat perakam waktu setiap kali penjawat merakam waktu kedatangan... sehingalah seorang "Mamat" ni datang men"nyiit"kan kedatangannya pada jam 8.20 pagi. Menyedari bosnya berada di situ memerhatikan kelewatan kedatangannya, dia pun segera menuju ke arah bosnya, seraya berkata..
Mamat: Maaf bos, hari ni saya lewat datang
Bos: Alaaaa..saya tau Mamat selalu datang lewat...kan? kan? Lain kali jangan lewat, tau!!!
Mamat tersipu-sipu malu. Namun sempat pula dia menjawab:
Mamat: Hari-hari lain yang saya lewat tu bukan kerana saya sengaja lewat, bos. Kan saya ni dreba bos. Saya datang menunggu bos di rumah bos dengan kereta pejabat setiap hari kerja biasanya antara jam 7-7.15 pagi lagi. Tapi bos biasanya akan masuk kereta jam 8.30, kan? Kan? Jadi saya lewat kerana bos lewat, kan? kan? Entah kenapa lak hari ni jer bos datang awal dengan kereta sendiri...
Bos: Pssst... Cakap pelan pelan la sikit... Anak buah dengan nanti, malu saya, tau...
Mamat: (Dalam hati: "Bagai ketam menyuruh anaknya berjalan betul"), he he he...

Apa dah jadi????

Oct 15, 2012

Hujan Pagi: Jem: Penting Diri: Polis

Semenjak jam 5.30 pagi lagi, Isnin, 15 Oktober 2012, 29 Zulkaedah 1433, hujan lebat disertai petir telah memulakan perjalanan hari ini... Saya keluar dari rumah di Batu Uban, Pulau Pinang, jam 6.55 pagi. Sebaik sahaja menuju ke simpang empat Batu Uban/Sg Dua/Lebuh Sultan Azlan Shah, saya dapati lampu isyarat tidak berfungsi. Nasib baik kenderaan belum banyak, maka saya sempat "menyelit" di persimpangan tersebut, dan.... bum!!! saya terjun ke dalam air yang banyak di atas permukaan jalan berhampiran pintu utama USM, dekat Kem Batu Uban. Kenderaan saya sedikit "melelong" (goyang dan beraleh)... Fuuuh.. nasib baik saya memandu perlahan, maklumlah hujan..dan kenderaan yang saya pandu tu agak tinggi. Saya terus ke Restoran Subaidah, kampus USM. Selesai makan, sekitar jam 7.20, saya sudah berada di satu kedudukan (posisi) berhampiran simpang empat tadi, merakamkan gelagat para pemandu yang "merempuh" simpang empat yang lampu isyaratnya tidak berfungsi. Ini gambar-gambarnya...

Daripada pengamatan dan pengalaman saya, apabila berlaku situasi seperti diatas, maka yang berikut biasanya akan berlaku...

Pertama: Siapa (pemandu) yang berani, akan dapat segera menyusup melepasi situasi tersebut;
Kedua: Kenderaan lebih besar akan terlebih dahulu dapat melepasi persimpangan (sebab, "Aku lebih besar");
Ketiga: Yang "penakut" dan tak sanggup menghadapi cabaran, atau bersifat mengalah, akan "berundur" daripada kemelut (iaitu membuat pusingan balik, atau mencari jalan alternatif lain);
Keempat: Kenderaan lama (buruk?) akan lebih berani mencelah melalui "kemelut" jem kerana, misalnya, "Ah, kereta aku buruk, murah, kereta dia baru, tak kan dia nak sondol kereta aku".."Uh, aku redah jer...takkan kereta baru dan mahal macam tu berani lawan...";
Kelima: Pemandu yang pandai mengambil kesempatan (opurtunis?) akan segera "mencelah", tanpa mengira siapa di hadapan dan tanpa mengira dari arah mana;
Keenam: Yang bersifat sabar biasanya terkebelakang, dan yang tak sabar akan jalan terus;
Ketujuh: Undang-undang jalan raya, seperti "Kenderaan Di Jalan Besar Diberi Keutamaan", tidak lagi terpakai. "Undang-undang rimba" akan mula digunakan/dipraktikkan...hon, ooi, pong pong, kriik..dan lain-lain mengambil tempat...


Jam menunjukkan pukul 7.26 pagi, dan kenderaan mula makin sesak kerana waktu masuk pejabat makin hampir. Saya menghubungi Rakan Cop di talian 0124900999. "Selamat pagi..Ini pejabat Operasi...Boleh saya bantu... bla bla bla...". Staf yang menjawab panggilan saya cukup tertib, dan saya pun memaklumkan tentang hal di atas dan meminta bantuan polis. Sekitar jam 7.38 pagi, seorang anggota polis (berpakaian baju hujan) telah tiba, dan saya kagum dengan cara dia mengendalikan kesesakan tersebut, dan tak sampai 2 minit, lalulintas/kenderaan berjalan lancar. Alhamdulillah. Terima kasih kepada pihak PDRM kerana tindakan pantas tersebut. Maka di sini, 7 perkara yang saya catatkan di atas dapat diselesaikan dengan positif, menggunakan peruntukan 2  undang-undang iaitu Akta Polis 1967 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987



Oct 14, 2012

Petua Mengubat Batu Karang

 Ni bukan hal nak ubatkan batu karang yang berada di dasar laut atau di dalan akuarium yang "sakit" (rosak), tetapi batu karang (gallstone) yang berada di dalam badan manusia...he he he..

Salah satu petua yang saya pernah diberitahu, dan saya amalkan untuk mengelakkan berlaku, atau mengubat, masaalah batu karang di dalam badan kita adalah dengan meminum campuran air suam yang dimasukkan jus limau atau oren sunquick yang dicampur dengan perahan limau nipis.

Amalkan meminumnya pada awal pagi dan sebelum tidor malam untuk beberapa hari berturut-turut.

Selamat mencuba. InsyaAllah, semoga berhasil. Yang penting, KITA BERIKHTIAR, kan?

BENDERA MALAYSIA



Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah Jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Penciptaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diilhamkan melalui satu pertandingan mereka cipta bendera yang dianjurkan di peringkat kebangsaan. Pertandingan ini telah dikelolakan oleh satu Jawatankuasa Khas yang telah ditubuhkan pada bulan Mei 1948 dan dianggotai oleh:

Pengerusi: Sir Alec Newboult (Ketua Setiausaha Negara)
Wakil Sultan
Dato' Abdul Malek bin Yusuf ( Menteri Besar Negeri Sembilan)
Dato' Mahmud bin Mat ( Menteri Besar Pahang)
Wakil Menteri-menteri Besar
Dato' Onn bin Jaafar (Menteri Besar Johor)
Wakil Majlis Perundangan Persekutuan
Tunku Yacob Ibni Sultan Abdul Hamid
Encik Zainal Abiding bin Abbas
Wakil Negeri Selat
A.V Aston (Pesuruhjaya Residen Pulau Pinang)
H.H.Facer
Wakil Ahli Tidak Rasmi Majlis Perundangan Persekutuan
Mr. Yong Shook Lin

Satu pertandingan Peringkat Kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini telah menerima sebanyak 373 corak bendera untuk dikemukakan kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk dipertimbangkan dan pemilihan. Dari jumlah tersebut, hanya tiga rekaan sahaja telah dipilih untuk disenarai pendekkan. Reka bentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Reka bentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi Keris Bersilang tersebut. Reka bentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri. Reka bentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam 2 bulatang mengelilingi kers bersilang, tersebut. Reka bentuk ketiga ialah jalur 11 biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri.
Daripada rekaan-rekaan tersebut, rekaan ketiga oleh Mohamed Bin Hamzah arkitek Jabatan Kerja Raya Johor telah mendapat pilihan majoriti. Pemilihan bendera ini telah mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950 setelah dibuat beberapa pindaan. 
Inilah saudara Mohamed Bin Hamzah:

 
Inilah rekabentuk asal yang dihantar oleh Mohamed:


Ini pula surat iringannya:


Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga reka bentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pad 28 November 1949 menunjukkan majoriti orang ramai memilih reka bentuk ketiga. Reka bentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah.
Reka bentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan telah mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada asalnya bulan sabit dan bintang adalah berwarna putih, tetapi atas cadangan Sultan Kedah dan persetujuan Raja-Raja Melayu yang lain, warna putih itu digantikan dengan warna kuning bagi melambangkan warna Diraja. Akhirnya pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu, seperti yang diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

"That in the opinion of this Council, the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:-
Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven-pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."

Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh D.Y.M.M. Raja-Raja Melayu dan Pegawai-Pegawai King George VI.
Pada 26 Mei 1950, buat pertama kalinya bendera itu telah dikibarkan di Istana Sultan Selangor di Kuala Lumpur. Majlis pengibaran bendera Persekutuan Tanah Melayu itu telah dihadiri oleh Sultan Selangor serta wakil-wakil iaitu:

- Haji Abdul Wahab bin Abdul Aziz (Menteri Besar Perak).
- Dato' Mahmud bin Mat (Menteri Besar Terengganu),
- Nik Ahmad Kamil bin Haji Mahmud (Menteri Besar Kelantan),
- Raja Haji Ahmad bin Raja Endut (Menteri Besar Perlis)
- Tunku Ismail bin Tunku Yahya (Menteri Besar Kedah)
- Dato' Abdul Malek bin Yusuf (Menteri Besar Negeri Sembilan).

Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh Sir Hendry Gurney (Persuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu) bagi pihak pembesar-pembesar negeri pada jam 9.30 pagi.
Bendera Malaysia adalah berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu reka bentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.
Apabila negara mencapai kemerdekaan, sekali lagi ucapan rasmi menaikkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diadakan. Tepat jam 12.01 malam 31 Ogos 1957, bertempat di Padang Kelab Selangor, Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan dengan megahnya bagi menggantikan bendera Union Jack.
Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Melaysia pada 16 September, 1963. Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang pecah 14 itu membawa maksud keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh Encik Tahir bin Abdul Majid diiringi lagu kebangsaan iaitu lagu Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan kepada umum.
Bendera ini berukuran 6 kaki lebar dan 3 kaki penjang dengan enam jalur bewarna merah dan lima jalur berwarna putih. Sebelas jalur ini melambangkan perpaduan sebelas buah negeri Persekutuan iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu.
Warna Merah, putih dan biru melambangkan negara ini sebuah negara Komanwel. Bulan dan bintang melambangkan agama Isalam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu. Warna kuning di bulan dan bintang melambangkan warna Diraja yang menandakan kedaulatan Sultan-sultan Negeri Tanah Melayu yang juga sebagai Ketua Agama Islam. perpaduan dan kerjasama negeri-negeri ini juga disimbolkan oleh bintang pecah sebelas.

Sumber:
Jurnal Malaysia:
Pusat Maklumat Rakyat
Arkib Negara Malaysia
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Wikipedia, “Flag of Malaysia”
http://en.wikipedia.org/wiki/Flag_of_Malaysia

Oct 13, 2012

Gula..dan Kenaikan Harga...

Gula, yang hampir kebanyakannya daripada tebu, adalah sumber utama bahan pemanis, yang berfungsi sebagai penyedap makan, pembuka selera, bahan utama sebagai/dalam makanan seperti cokelat, kek dan aiskrim, dan minuman tertentu, dan juga dijadikan bahan untuk tujuan lain selain makanan.

Bayangkan, sebagai bahan makanan, yang datang daripada pokok, maka fenomena yang lazim bagi makanan pun berlaku: PEMAKAN (MANUSIA) YANG BERTAMBAH JUMLAH DI DUNIA, DAN DALAM MASA YANG SAMA, TEMPAT UNTUK TANAMAN POKOK (SEPERTI TEBU) SEMAKIN BERKURANGAN. Walaupun ditingkatkan kualiti, cara penjimatan makan, mengelak pembaziran, meningkatkan produktiviti, namun ianya tidak dapat menjamin kebolehcukupan yang maksima untuk semua orang, sepanjang masa, sebanyak yang boleh, dan tanpa had. Dengan itu, HARGA MAKANAN, TERMASUK GULA, JUGA NAIK.

Fakta lain tentang gula...
1 kg gula = 47 sudu penuh (sudu makan)(Saya sendiri yang menyukat dan membilang bilangan suduannya)



Bayangkan, 1 kg gula dapat disediakan sekitar 47 cawan teh 'O'!!!, yang berharga paling murah 50 sen secawan, kan?

1 kg gula = RM2.30 (harga sebelum 29 September 2012)

Cuba perhatikan perkara-perkara berkaitan "HARGA" di bahagian bawah pembungkus tu.... Itu pembungkus gula yang saya beli pada awal tahun 2012.

1 kg gula = RM2.50 (harga mulai 29 September 2012)

Saya terjumpa iklan selit berikut di lama sesawang  http://www.gpt.com.my/(diakses 4 Oktober 2012)
 
Ini pula petikan daripada  http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=513969 (diakses 4 Oktober 2012):
Pada 2009 sahaja, Najib berkata penyeludup membawa keluar lebih 200 tan metrik gula merentas sempadan.

Fakta lain:
Di Thailand, harga gula adalah, paling rendah RM3.30, tetapi banyak juga kita mengimport (secara sah atau secara "seludup"), makanan yang mengandungi gula, seperti manis-manisan, pelbagai jeruk dan halwa, dan makanan ringan bersalut gula (atau digaul gula). Begitulah kreatifnya mereka, dan kurangnya kreatif orang kita dalam hal makanan...

Hati Lembu Bakar

Minat tak makan hati lembu bakar? Mudah jer nak menyediakannya...
Pertama, kena ada HATI LEMBU la

Bahan:
Sedikit garam
2 ulas bawang merah
Sedikit kunyit

Caranya:
Semua bahan di atas dikisar halus, dan sapukan rata-rata pada hati lembu yang dah dibersihkan. Perap sekitar setengah jam-1 jam. . .

 Bakar sekitar 5 minit di dalam oven
Keluarkan, dan bakar pula sekejap di atas dapur gas atau dapur kayu.
Dah boleh dihidangkan dan di ngappp...


Oct 11, 2012

Pulau Redang: Aspek Ketidakselamatan Pelancong

Pulau Redang, Terengganu, sebagai salah satu destinasi popular pelancongan, tidak boleh dipertikaikan lagi. Ianya bolehlah dikatakan salah satu destinasi pelancongan antarabangsa. Apabila membincangkan perkara berkaitan pelancongan, salah satu perkara yang perlu diambil perhatian, dan tindakan positif yang serius dan segera oleh pihak-pihak berkaitan (penyedia produk/aktiviti pelancongan dan pihak berkuasa tertentu), adalah aspek keselamatan pelancong. Perhatikan beberapa perkara berkaitan "ketidakselamatan" pelancong yang sempat saya rakamkan dalam lawatan singkat saya di sana pada 5-7 Oktober 2012:

1. Bongkah-bongkah batu yang sedang menunggu untuk menggelungsur turun... Satu daripadanya telah pun jatuh, dan "mendarat" betul-betul di belakang sebuah chalet


 2. Salah satu bahagian atas tempat tumpuan pelancong berehat, lalu atau beriadah, yang "sedang menunggu" untuk jatuh...dan jika nasib kurang baik, ia boleh menimpa dan mecederakan pelancong.


 3. Pagar tepi dan lantai jambatan utama yang reput, ada yang sudah "hilang", dan membahayakan pelancong yang menggunakannya, terutamanya kanak-kanak dan orang kelainan upaya (OKU).


4. Hujung laluan jejambat penghubung yang telah "hilang" dan cuma ditutup papan lapis, yang amat membahayakan penggunanya, terutama waktu malam.


5. Perhatikan papan tanda (NOTIS) yang ditampalkan di dalam sebuah feri/bot penumpang di bawah... Saya perhatikan hanya terdapat beberapa jeket keselamatan sahaja yang "tersorok" di dalam bot tersebut, dan terdapat yang sudah koyak. Apa akan berlaku kepada para penumpang/pelancong jika berlaku kemalangan bot (karam, berlanggar, terbalik, dll)?


6. Sebaik sahaja jurugambar (seorang penduduk tempatan Pulau Redang) selesai merakamkan gambar kami di bawah ini, dia menerima panggilan telefon, dan tiba-tiba dia bergegas berlari ke arah botnya, sambil berkata, "Maaf, saya kena balik segera. Anak saya umur 4 tahun digigit kera. Nak kena pergi hantar klinik..." Menurut cerita beberapa pekerja dan pengusaha resort, termasuk saudara Kamil (di dalam gambar di bawah, bersama saya), dan seorang lagi dikenali "Mak", terdapat banyak kera di Pulau Redang, yang kadangkala menyusup masuk ke chalet dan mencuri makanan, pakaian pelancong (termasuk pakaian dalam wanita, ops!!!!), dan jika disergah, kadangkala si kera (terutama kera jantan) akan "menyergah' kita balik. Mereka mengesyorkan bilangan haiwan ini dikurangkan kerana dibimbangi boleh mengancam keselamatan pelancong dan penduduk tempatan dengan lebih serius.


7. Gambar di bawah adalah saya bersama anak ular sawa, yang menurut si pemeliharanya, berusia 7 bulan. Ia mungkin menyeronokkan. Namun, menurut salah seorang anggota penyelamat daripada JPA, memang terdapat juga ular yang berbisa dan "amat berbisa", termasuk ular kapak di Pulau Redang. Jadi, pelancong perlu berawas-awas jika meredah hutan, menyusur pulau, atau berjalan di celah-celah bukit, batu dan lorong denai...