Penambahan "ter..." digunakan bagi, antaranya,
1. Perbuatan tidak sengaja, seperti tertidur, tertelan, terlanggar, dan lain-lain.
2. Ketinggian darjah sifat, seperti terpanas, terlaju, tertinggi, dan lain-lain.
Ini cerita tentang "ter..", dimana ianya berlaku dalam satu kelas Bahasa Malaysia Darjah/Tahap 5, di sebuah Sekolah Kebangsaan... Guru berkenaan telah menghuraikan tentang "ter..." dan penggunaannya di dalam sesuatu ayat, dan meminta para muridnya membuat satu ayat menggunakan penambahan "ter...".
Ali: Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Malaysia, cikgu...
Cikgu: Bagus. kamu Ramasamy
Ramasamy: Kutub Utara adalah kawasan tersejuk, cikgu...
Cikgu: bagus... Kamu, Anita
Anita: Sungai Nil adalah sungai terpanjang, cikgu...
Cikgu: Bagus... Kamu Linda
Linda: Saya datang lewat ke kelas tuisyen kerana saya tertidur, cikgu...
Cikgu: Bagus... Kamu Aziz
Aziz: Malam tadi saya terbang, cikgu...
Cikgu: Bodoh!!!!! Tu bukan penambahan la, Aziz. Lagipun, kamu mana ada sayap nak terbang.. jauh sekali kamu tak ada kapal terbang....
Semua ketawa besar. Cikgu pun, selepas bengang seketika, turut ketawa...ha ha ha hi hi hi ho ho ho...
Kemudian situasi menjadi sepi...Cuma ada beberapa murid yang masih tersengiiiih....
Cikgu memandang tajam, tetapi dengan sedikit senyum kepada Aziz
Cikgu: Cuba ceritakan, macam mana kamu terbang malam tadi
Aziz. Malam tadi saya menghadiri riadah surau. Saya menjadi tukang kejut peserta untuk solat subuh. Pada tengah malam saya terlena sungguh, cikgu. Tetiba saya terjaga, dan tertengok jam dinding di surau menunjukkan sekitar 6.10 pagi.. Saya terus kejutkan kawan-kawan, dan terus bang subuh... Tetiba ada kawan memberitahu masa tu bukan jam 6.10 pagi, tetapi jam 2.30, cikgu. Jadi saya telah tak sengaja bang, sebab tu saya sebut "terbang", cikgu....
Cikgu: Aaaa? Yer la jugak... Ter tak sengaja, kan? Heh he he...
MORAL CERITA: JANGAN CEPAT MEMBUAT KEPUTUSAN. HENDAKLAH SIASAT DAN KAJI TERLEBIH DAHULU
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.