1. Bongkah-bongkah batu yang sedang menunggu untuk menggelungsur turun... Satu daripadanya telah pun jatuh, dan "mendarat" betul-betul di belakang sebuah chalet
4. Hujung laluan jejambat penghubung yang telah "hilang" dan cuma ditutup papan lapis, yang amat membahayakan penggunanya, terutama waktu malam.
6. Sebaik sahaja jurugambar (seorang penduduk tempatan Pulau Redang) selesai merakamkan gambar kami di bawah ini, dia menerima panggilan telefon, dan tiba-tiba dia bergegas berlari ke arah botnya, sambil berkata, "Maaf, saya kena balik segera. Anak saya umur 4 tahun digigit kera. Nak kena pergi hantar klinik..." Menurut cerita beberapa pekerja dan pengusaha resort, termasuk saudara Kamil (di dalam gambar di bawah, bersama saya), dan seorang lagi dikenali "Mak", terdapat banyak kera di Pulau Redang, yang kadangkala menyusup masuk ke chalet dan mencuri makanan, pakaian pelancong (termasuk pakaian dalam wanita, ops!!!!), dan jika disergah, kadangkala si kera (terutama kera jantan) akan "menyergah' kita balik. Mereka mengesyorkan bilangan haiwan ini dikurangkan kerana dibimbangi boleh mengancam keselamatan pelancong dan penduduk tempatan dengan lebih serius.
7. Gambar di bawah adalah saya bersama anak ular sawa, yang menurut si pemeliharanya, berusia 7 bulan. Ia mungkin menyeronokkan. Namun, menurut salah seorang anggota penyelamat daripada JPA, memang terdapat juga ular yang berbisa dan "amat berbisa", termasuk ular kapak di Pulau Redang. Jadi, pelancong perlu berawas-awas jika meredah hutan, menyusur pulau, atau berjalan di celah-celah bukit, batu dan lorong denai...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.