Pertama: Siapa (pemandu) yang berani, akan dapat segera menyusup melepasi situasi tersebut;
Kedua: Kenderaan lebih besar akan terlebih dahulu dapat melepasi persimpangan (sebab, "Aku lebih besar");
Ketiga: Yang "penakut" dan tak sanggup menghadapi cabaran, atau bersifat mengalah, akan "berundur" daripada kemelut (iaitu membuat pusingan balik, atau mencari jalan alternatif lain);
Keempat: Kenderaan lama (buruk?) akan lebih berani mencelah melalui "kemelut" jem kerana, misalnya, "Ah, kereta aku buruk, murah, kereta dia baru, tak kan dia nak sondol kereta aku".."Uh, aku redah jer...takkan kereta baru dan mahal macam tu berani lawan...";
Kelima: Pemandu yang pandai mengambil kesempatan (opurtunis?) akan segera "mencelah", tanpa mengira siapa di hadapan dan tanpa mengira dari arah mana;
Keenam: Yang bersifat sabar biasanya terkebelakang, dan yang tak sabar akan jalan terus;
Ketujuh: Undang-undang jalan raya, seperti "Kenderaan Di Jalan Besar Diberi Keutamaan", tidak lagi terpakai. "Undang-undang rimba" akan mula digunakan/dipraktikkan...hon, ooi, pong pong, kriik..dan lain-lain mengambil tempat...
Jam menunjukkan pukul 7.26 pagi, dan kenderaan mula makin sesak kerana waktu masuk pejabat makin hampir. Saya menghubungi Rakan Cop di talian 0124900999. "Selamat pagi..Ini pejabat Operasi...Boleh saya bantu... bla bla bla...". Staf yang menjawab panggilan saya cukup tertib, dan saya pun memaklumkan tentang hal di atas dan meminta bantuan polis. Sekitar jam 7.38 pagi, seorang anggota polis (berpakaian baju hujan) telah tiba, dan saya kagum dengan cara dia mengendalikan kesesakan tersebut, dan tak sampai 2 minit, lalulintas/kenderaan berjalan lancar. Alhamdulillah. Terima kasih kepada pihak PDRM kerana tindakan pantas tersebut. Maka di sini, 7 perkara yang saya catatkan di atas dapat diselesaikan dengan positif, menggunakan peruntukan 2 undang-undang iaitu Akta Polis 1967 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.