Oct 17, 2012

Apa Dah Jadi?

Terdapat juga sekali-sekala keadaan dan tika dimana kita merasakan seperti "sesuatu yang tak kena", kan? Cuba kita analisis perkara-perkara berikut:

1. Ini ceramah dalam suatu "Kempen Penggunaan Bahasa Malaysia"...
"Dalam bajet yang lepas, beberapa informasi yang relevan dengan aplikasi Bahasa Malaysia perlulah juga dilihat... dan seterusnya dibuat kompilasi yang complete... Konkulsi yang benar-benar final tentang aplikasi berkenaan know-how perlu juga konklusif. Dengan itu diharapkan peranan networking, stakeholders, dan publik perlu diberikan prioriti dan dikontrol dengan efektif... Posisi outlet-outlet dan kios-kios berkaitan di lokasi-lokasi spesifik pengembangan bahasa sepatutnya diout-sourcekan, termasuk yang terdapat di prescint-prescint....."

Apa dah jadi????

2. Lihat dan perhatikan baik-baik gambar berikut yang saya perolehi daripada satu laman sesawang:

 Sumber: www.cartoonstock.com
Ia berkaitan satu sesi perbincangan berjodol "Ponteng Di Tempat Kerja". Namun nampaknya, ahli panel itu sendiri pula yang ponteng....

Apa dah jadi????

3. Dua sahabat, M dan O sedang melalui satu kawasan amat merbahaya, yang boleh mengancam nyawa. alah satu ikhtiar dan cara yang dikira selamat untuk melalui kawasan tersebut ialah, "melaluinya dengan senyap", yakni berhenti bercakap. M dan O tahu hal tersebut. Apabila hampir tiba di kawasan tersebut, tiba-tiba  O bertanya M...
O: M, ni ker kawasan yang dimaksudkan tu???
M: Pssst....
O: Kau jawab laaaa.. Aku takut kita sesat jer... Lagipun senang la kita buat persediaan...
M terus berdiam diri, sambil kedua-duanya melalui kawasan tersebut
O: M, kita dah sampai ker ke kawasan tu... Aku nak kepastian yang sebenar jer...
M: Pssssttttt...
O: Apa psst pssst pulak ni?? Ni yang aku bengang ni. Kau tak faham ker yang aku tanya tadi? Kan kau kata terdapat satu kawasan merbahaya yang kita akan lalui dan kita kena senyap...
.....
.....
O: Mana tempat tu, hah? Mana!!!!
M: Dah lepas puuuuun, tadiiii....

Apa dah jadi????

4. Dalam siri kempen satu pemilihan utama, seorang VVIP sering menggunakan ungkapan berikut semasa berkempen....


You can cheat some people, sometimes
You can cheat some people all the time
You can cheat all people, sometimes
But
You cann’t cheat all the people all the time

Namun VVIP tersebut kalah dalam pemilihan tersebut.

Saya pun bertanya salah seorang “orang rapat” VVIP tersebut, “Kenapa dia kalah?”
Orang tadi menjawab,

“Sebab, he cheats all the people all the time!!!”

 Apa dah jadi????

5. Pada suatu awal pagi, bertempat dalam sebuah bilik darjah sebuah sekolah kebangsaan, seorang guru wanita, M, telah mengarahkan murid-muridnya membuat karangan (esei???) pendek tentang "Sanjungan saya kepada mak dan ayah". Maka selepas itu semua muridnya mula menulis, kecuali seorang bernama Amy (nama sebenarnya Aminah)... M melihat Amy cuma termenung sambil menungkat dagu....

M: Kenapa kamu tak buat karangan?
Amy: Saya tak dapat buat, cikgu?
M: Kenapa? kamu tak ada mak dan ayah ker?
Amy: Tak ada cikgu...
M: Ooooo..begitu.. Kesiannn... Jadi kamu tingal ngan siapa?
Amy: Saya tinggal ngan Mama dan Papa saya, cikgu...
M: (Dalam hati, "aku mamah-mamah kamu, kang!!!!")

Apa dah jadi????

6. Seorang bapa (yang merupakan seorang perokok tegar) menjadi amat marah dan amat bengang apabila mengetahui anak lelaki tunggalnya mula berjinak-jinak dengan rokok (mula menghisap rokok). Bimbang anaknya turut menjadi "penagih rokok", dia pun bersemuka dengan anak lelakinya, Mamat..

Bapa: Hey, Mamat. Sejak bila lak kamu mula meroko ni??? Mamat tau kan, merokok membahayakan kesihatan, dan segala 100 macam hal negatifnya...bla bla bla bla....
Mamat: (Mulanya terkejut, tapi sedikit tersenyummm). Tapi ayah sendiri yang mengajar....
Bapa: Tu ajaran sesat, Mamat jangan ikut, tau!! Faham?
Mamat: Faham,... tau.... (Sambil menundukkan kepala..)
Bapa: Mamat mesti berhenti sekarang jugak, tau...
Mamat: OK. nanti saya buangkan semua simpanan rokok yang saya ada..
Bapa: Mamat jangan buang rokok tu.... Beri kepada ayah.. Rokok mahal.. Kelmarin dah naik 20 sen lagi...

Apa dah jadi????

7. Pada sekitar jam 8.15 pagi, seorang ketua satu Jabatan kerajaan sedang tercengat di suatu sudut pejabat dimana terletaknya alat perakam waktu kedatangan semua pegawai dan kakitangan (kini disebut "staf", he he he, atau saya gunakan perkataan "penjawat") pejabatnya. Telah ramai penjawat yang merakam kedatangan...nyit nyit nyit bunyi alat perakam waktu setiap kali penjawat merakam waktu kedatangan... sehingalah seorang "Mamat" ni datang men"nyiit"kan kedatangannya pada jam 8.20 pagi. Menyedari bosnya berada di situ memerhatikan kelewatan kedatangannya, dia pun segera menuju ke arah bosnya, seraya berkata..
Mamat: Maaf bos, hari ni saya lewat datang
Bos: Alaaaa..saya tau Mamat selalu datang lewat...kan? kan? Lain kali jangan lewat, tau!!!
Mamat tersipu-sipu malu. Namun sempat pula dia menjawab:
Mamat: Hari-hari lain yang saya lewat tu bukan kerana saya sengaja lewat, bos. Kan saya ni dreba bos. Saya datang menunggu bos di rumah bos dengan kereta pejabat setiap hari kerja biasanya antara jam 7-7.15 pagi lagi. Tapi bos biasanya akan masuk kereta jam 8.30, kan? Kan? Jadi saya lewat kerana bos lewat, kan? kan? Entah kenapa lak hari ni jer bos datang awal dengan kereta sendiri...
Bos: Pssst... Cakap pelan pelan la sikit... Anak buah dengan nanti, malu saya, tau...
Mamat: (Dalam hati: "Bagai ketam menyuruh anaknya berjalan betul"), he he he...

Apa dah jadi????

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.