Bayangkan, sebagai bahan makanan, yang datang daripada pokok, maka fenomena yang lazim bagi makanan pun berlaku: PEMAKAN (MANUSIA) YANG BERTAMBAH JUMLAH DI DUNIA, DAN DALAM MASA YANG SAMA, TEMPAT UNTUK TANAMAN POKOK (SEPERTI TEBU) SEMAKIN BERKURANGAN. Walaupun ditingkatkan kualiti, cara penjimatan makan, mengelak pembaziran, meningkatkan produktiviti, namun ianya tidak dapat menjamin kebolehcukupan yang maksima untuk semua orang, sepanjang masa, sebanyak yang boleh, dan tanpa had. Dengan itu, HARGA MAKANAN, TERMASUK GULA, JUGA NAIK.
Fakta lain tentang gula...
1 kg gula = 47 sudu penuh (sudu makan)(Saya sendiri yang menyukat dan membilang bilangan suduannya)
1 kg gula = RM2.30 (harga sebelum 29 September 2012)
Cuba perhatikan perkara-perkara berkaitan "HARGA" di bahagian bawah pembungkus tu.... Itu pembungkus gula yang saya beli pada awal tahun 2012.
1 kg gula = RM2.50 (harga mulai 29 September 2012)
Saya terjumpa iklan selit berikut di lama sesawang http://www.gpt.com.my/(diakses 4 Oktober 2012)
Ini pula petikan daripada http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=513969 (diakses 4 Oktober 2012):
Pada 2009 sahaja, Najib berkata penyeludup membawa keluar lebih 200 tan metrik gula merentas sempadan.
Fakta lain:
Di Thailand, harga gula adalah, paling rendah RM3.30, tetapi banyak juga kita mengimport (secara sah atau secara "seludup"), makanan yang mengandungi gula, seperti manis-manisan, pelbagai jeruk dan halwa, dan makanan ringan bersalut gula (atau digaul gula). Begitulah kreatifnya mereka, dan kurangnya kreatif orang kita dalam hal makanan...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.