"Separuh benar" (half truth) adalah satu situasi, ungkapan atau manifestasi yang diungkap, ditulis atau ditonjolkan oleh seseorang yang menggambarkan sesuatu itu benar atau betul, tetapi pada keseluruhannya adalah tidak betul, tidak benar, atau salah, atau bohong.
Ini contoh-contohnya:
Pada suatu hari, Tuan SK telah menelefon saya, menjemput saya ke pejabatnya. Setelah saya tiba, dia terus memberitahu saya satu cerita yang mengambarkan ketidakpuasanhatinya, dan pada akhir perbualan, dia menanya saya, "Bolehkah saya dakwa organisasi ni di mahkamah?". Saya menjawab, "Kalau berdasarkan cerita saudara, saudara boleh mengambil tindakan undang-undang..." Tak lama kemudian dia memberitahu ramai orang bahawa saya telah ke pejabatnya dan menasihatinya supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap organisasi tersebut. Maka riuhlah cerita itu, seolah-olah saya yang mengambil inisiatif datang ke tempat Tuan SK dan terus menasihatinya sedemikian. Ya, cerita itu benar, tetapi yang Tuan SK tidak menceritakan kepada orang adalah, TUAN SK MEMINTA SAYA DATANG KE PEJABATNYA, TUAN SK MENCERITAKAN ISU BERKAITAN, DAN barulah saya memberikan pendapat sedemikian. "Separuh benar", kan?
Satu pagi, saya melihat seorang pelajar keletihan dan "layu". Lantas saya bertanya, "Dah ambil sarapan ker pagi ni". Dia menjawab, "Dah". Setelah saya siasat, "sarapan" yang dikatakan "dah diambil" itu hanya cuma air sejuk semata-mata...kerana sudah kehabisan wang belanja...tetapi mungkin dia malu menceritakan kepada saya. [Kemudian, pelajar ini dijadikan "pelajar di bawah skim khas"]. Apapun pelajar berkenaan berkata "separuh benar", kan?
Katakan kita ke sebuah pasar, dan bertanyakan harga satu barang. Kemudian diberitahu harganya. Kita rasakan harganya sedikit mahal berbanding dengan di tempat lain. lalu kita meminta harga lebih rendah. Dia menjawab, "Tak boleh bang/kak, sebab kalau diturunkan lagi, saya rugi". Walhal, BUKANNYA RUGI, TETAPI KADAR KEUNTUNGANNYA MENJADI KURANG... "Separuh benar", kan?
Satu pagi, kita bertanya anak buah kita, "Tadi solat subuh?". Dia menjawab, "Dah solat". Kita pun tersenyum syukur kerana anak buah kita menunaikan kewajiban bersolat subuh. Cuma dia tak menceritakan hal yang sebenar bahawa DIA SOLAT SUBUH JAM 7.45 PAGI!!!. "Separuh benar", kan?
Sebaik sahaja selesai proses mengundi, kita pun bertanya seorang pengundi, "Dah mengundi?". Dia dengan selamba menjawab, "Dah". Walhal sebenarnya, walaupun sememangnya dia ke tempat mengundi, memang dia mengambil borang pengudian, memang dia memangkah pada kertas undi, cuma, DIPANGKAHNYA PADA MUKA KEDUA-DUA CALON YANG BERTANDING. Dia telah "separuh benar", kan?
Sesorang datang bertemu kita, dan beria-ia memberihu kita satu skim pelaburan yang katanya, "Sangat menguntungkan... Dah ramai yang masuk menjadi ahli. Peguam ada..., cikgu ada..., akauntan ada... Doktor pun ada. Mereka melabur dalam jumlah yang banyak, tau..." Cuma yang dia tidak memberitahu kita, TAK ADA SEORANG PUN SAUDARA MARA, ATAU ADIK BERADIK BELIAU, YANG MENJADI AHLI SKIM PELABURAN TERSEBUT. Dia memberitahu cerita yang "separuh benar", kan? Pssst, tapi ramai juga yang terpengaruh dan terus melabur, kan? kan? kan?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.