Oct 14, 2012

BENDERA MALAYSIA



Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah Jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Penciptaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diilhamkan melalui satu pertandingan mereka cipta bendera yang dianjurkan di peringkat kebangsaan. Pertandingan ini telah dikelolakan oleh satu Jawatankuasa Khas yang telah ditubuhkan pada bulan Mei 1948 dan dianggotai oleh:

Pengerusi: Sir Alec Newboult (Ketua Setiausaha Negara)
Wakil Sultan
Dato' Abdul Malek bin Yusuf ( Menteri Besar Negeri Sembilan)
Dato' Mahmud bin Mat ( Menteri Besar Pahang)
Wakil Menteri-menteri Besar
Dato' Onn bin Jaafar (Menteri Besar Johor)
Wakil Majlis Perundangan Persekutuan
Tunku Yacob Ibni Sultan Abdul Hamid
Encik Zainal Abiding bin Abbas
Wakil Negeri Selat
A.V Aston (Pesuruhjaya Residen Pulau Pinang)
H.H.Facer
Wakil Ahli Tidak Rasmi Majlis Perundangan Persekutuan
Mr. Yong Shook Lin

Satu pertandingan Peringkat Kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini telah menerima sebanyak 373 corak bendera untuk dikemukakan kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk dipertimbangkan dan pemilihan. Dari jumlah tersebut, hanya tiga rekaan sahaja telah dipilih untuk disenarai pendekkan. Reka bentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Reka bentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi Keris Bersilang tersebut. Reka bentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri. Reka bentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam 2 bulatang mengelilingi kers bersilang, tersebut. Reka bentuk ketiga ialah jalur 11 biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri.
Daripada rekaan-rekaan tersebut, rekaan ketiga oleh Mohamed Bin Hamzah arkitek Jabatan Kerja Raya Johor telah mendapat pilihan majoriti. Pemilihan bendera ini telah mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950 setelah dibuat beberapa pindaan. 
Inilah saudara Mohamed Bin Hamzah:

 
Inilah rekabentuk asal yang dihantar oleh Mohamed:


Ini pula surat iringannya:


Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga reka bentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pad 28 November 1949 menunjukkan majoriti orang ramai memilih reka bentuk ketiga. Reka bentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah.
Reka bentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan telah mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada asalnya bulan sabit dan bintang adalah berwarna putih, tetapi atas cadangan Sultan Kedah dan persetujuan Raja-Raja Melayu yang lain, warna putih itu digantikan dengan warna kuning bagi melambangkan warna Diraja. Akhirnya pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu, seperti yang diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

"That in the opinion of this Council, the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:-
Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven-pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."

Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh D.Y.M.M. Raja-Raja Melayu dan Pegawai-Pegawai King George VI.
Pada 26 Mei 1950, buat pertama kalinya bendera itu telah dikibarkan di Istana Sultan Selangor di Kuala Lumpur. Majlis pengibaran bendera Persekutuan Tanah Melayu itu telah dihadiri oleh Sultan Selangor serta wakil-wakil iaitu:

- Haji Abdul Wahab bin Abdul Aziz (Menteri Besar Perak).
- Dato' Mahmud bin Mat (Menteri Besar Terengganu),
- Nik Ahmad Kamil bin Haji Mahmud (Menteri Besar Kelantan),
- Raja Haji Ahmad bin Raja Endut (Menteri Besar Perlis)
- Tunku Ismail bin Tunku Yahya (Menteri Besar Kedah)
- Dato' Abdul Malek bin Yusuf (Menteri Besar Negeri Sembilan).

Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh Sir Hendry Gurney (Persuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu) bagi pihak pembesar-pembesar negeri pada jam 9.30 pagi.
Bendera Malaysia adalah berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu reka bentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.
Apabila negara mencapai kemerdekaan, sekali lagi ucapan rasmi menaikkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diadakan. Tepat jam 12.01 malam 31 Ogos 1957, bertempat di Padang Kelab Selangor, Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan dengan megahnya bagi menggantikan bendera Union Jack.
Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Melaysia pada 16 September, 1963. Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang pecah 14 itu membawa maksud keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh Encik Tahir bin Abdul Majid diiringi lagu kebangsaan iaitu lagu Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan kepada umum.
Bendera ini berukuran 6 kaki lebar dan 3 kaki penjang dengan enam jalur bewarna merah dan lima jalur berwarna putih. Sebelas jalur ini melambangkan perpaduan sebelas buah negeri Persekutuan iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu.
Warna Merah, putih dan biru melambangkan negara ini sebuah negara Komanwel. Bulan dan bintang melambangkan agama Isalam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu. Warna kuning di bulan dan bintang melambangkan warna Diraja yang menandakan kedaulatan Sultan-sultan Negeri Tanah Melayu yang juga sebagai Ketua Agama Islam. perpaduan dan kerjasama negeri-negeri ini juga disimbolkan oleh bintang pecah sebelas.

Sumber:
Jurnal Malaysia:
Pusat Maklumat Rakyat
Arkib Negara Malaysia
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Wikipedia, “Flag of Malaysia”
http://en.wikipedia.org/wiki/Flag_of_Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.